$

Wednesday, 23 June 2010

Mee Hoon Goreng

Hai all,

Kesian blog ni sebab macam di-abandon kan? MK busy bersama kawan-kawan menjual baju kurung daaa... Bagi business women amatur macam kami ni agaklah kelam kabut sangat. Especially MK lah. Siap kena marah dengan kawan lagi 2 orang tu. Hihihhi... tapi marah-marah sayanglah. Tak ambil hati pun. ~hai Tun & Mie - banyak sales hari ni?~

Ok - sebelum blog ni merajuk, MK nak tunjuk hari tu masak meehoon goreng yang sukses. Selama ni MK memang mengelakkan diri dari memasak meehoon goreng sebab either it will be lembik or hancur..hiks! So as a pembebel, MK tidak memalukan diri untuk bertanya soalan pasal petua masak. Kadang-kadang nampak senang atau kita pikir kita tau kan... tapi tetap tak jadik juer apa yang kita masak tu. So...rajin-rajinlah bertanya. Soalan bodoh pun tak pe....


Suke!! Jadik pun meehoon goreng ini. Cukup lembut tapi tak hancur. Sedap jangan ditanya...mestilah sedap! huhu...Jom tengok resepi.

Bembahan:-
1/2 bungkus meehoon (rendam sekejap dengan air sejuk - pastu toskan airnya guna tapislah..bukan sejat saja ok! jangan malas) ini adalah kesalahan MK dulu. MK just buang air dalam bekas tu guna tangan je. MK tak guna tapis
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 batang carrot (shred)
2-3 pokok sawi
1/2 sudu besar cili boh (tak pedas untuk kanak)
1 piring kecil ayam
1/2 kiub ayam (perasan tak MK memang suka guna kiub ayam dari garam - banyak MSG kah?)
1 sudu besar sos cili
1 sudu esar sos tomato
1 biji telur ayam
Kicap manis secukupnya
Air secukupnya (MK guna 1 senduk)
Minyak masak

Cecara:-

  1. Tumis bawang putih & bawang merah sampai wangi dekat-dekat nak garing tu masukkan cili boh

  2. Biarkan sekejap sampai naik minyak (cakap pasal minyak teringat Bayong cerita pasal orang minyak "Nama dia Lamin ibu tau tak? Ada pompuan tu cantik dalam cerita tu sebab dia pakai susuk" Pastu MK jawab "Habis tu ibukan cantik(perasan), ibu pakai susuk ke Bayong?" Bayong jawab "Tak laaa...ibu cantik sebab ibu makan vitamin" kekeekek....ok sambung

  3. Masukkan kiub ayam

  4. Masukkan ayam  kacau -kacau, masukkan semua sos & kicap

  5. Bila ayam dah agak empuk, masukkan sayur semua

  6. Pecahkan telur kacau sikit

  7. Masukkan meehoon

  8. Kalau kering sangat baru masukkan air. Itupun sikit sikit ye.

  9. Rasa - tip top?

  10. Hidang!
Ok tu saje. MK akhiri posting kali ini dengan ucapan "Jemputlah menjenguk blogshop kami di http://manisdesa.blogspot.com/

Kalau puan-puan nak beli baju kurung ready made yang terbukti cantik menawan jangan tunggu lama-lama sebab memang stok habis laju gila macam LRT (eh LRT laju ke ek?)

Owh - kalau puan-puan introduce kat blogshop tu yang puan-puan dari blog MK ni, MK akan bagi special discount!!!

Mari mari mariiii!!!

P/s: Eiii geramnyaaa.... macam mana nak hilangkan highlight ni...dah undo terhilang semua yang MK dah type tadik...lantak lah haiiihhh

3 comments:

dali said...

tan..perlukah ko upload gambar meehoon mengiurkan ini di saat aku kelaparan nak mampos ni..ahaha..

aku juer malas tan selalu tapis pakai tgn..

ya tuhan insafkanlah hambaMu ini

Mak Ton said...

tan.. mehoon ko sgt sedap rupanya..

cap apakah meehoon yg ko beli itu.. sungguh halus dan bersinar2 rupanya...

mcm nak masak meehoon la mlm nih hiks...

MK said...

diana: insaf dah pakai tangan..hahah lawak lawak..suka aku pagi2 ni baca lawak ko.

tuntun: cap apa? daku tidak perasan. hanya membeli ikut gerak hati serta bungkusannya berwarna hijau (peberet kaler ku) terus aku beli sbb kaler ijau? (ahaha aku sewel)