Ok ke layout baru ni? Nampak macam ceria kanak-kanak sangat ke? Takpe la kan, terasa muda bila berjiwa muda. Hiks...
How's your weekend? I had a long weekend sebab cuti last Friday. Balik ke Kedah umah TokWan PakMir as I told u earlier. Gerak dari KL pukul 10.00pm after dinner kat R&R Awan Besar. Makan nasi kukus ayam berempah yang sedap. Kedai baru kot, sebab selalunya orang datang R&R tu nak cari Sate Hj.Samuri je. Sekarang dah ada kedai nasi kukus ayam berempah, ada ikan keli goreng rangup atau pun boleh dimakan dengan daging. Sila cuba.
Kami sefamily terus gerak straight sampai Sungai Petani non-stop. Time tu pukul 2.00am dah. On the way tu MK tah berapa kali tidur bangun tidur bangun. Sampai Sungai Petani tidur kat Northern Lodge nama hotel tu. Budget hotel je, tapi ok la bersih dan memuaskan. Setakat nak tidur 4 jam je kan. Masa tunggu PakMir gi book hotel tu MK tunggu dalam kereta sebab Bayong tidur. Yen pulak terjaga pastu dia tiba-tiba tunjuk kat tingkap sebelah MK tu ok sambil cakap "Syyhhh, syyhhh atu!" pastu tadah tangan baca doa kumat kamit mulut. Tsk...dah la malam-malam buta, dia cakap ada hantu pulaaaaakkkk pastu siap baca doa nak halau hantu. Tah dia main-main ke betul-betul ke Wallahualam....
Eventhough tidur kat budget hotel je itu pun like 4 hours je, Bayong & Yen sikitlaaahhh punya happy. Macam duduk kat hotel 5 stars gamaknya. Hihihihi...kanak-kanak easy to please kan. Pagi after breakfast kat Nasi Kandaq Pelita kami gerak ke umah Wan di Tualang. Kenduri doa selamat after solat Jumaat. Orang punyalah ramai. Macam kenduri kahwin pun ada. Tumbang 3 ekor kambing & 1 ekor lembu. Hari panas terik alaahaaiii panasnya. Orang utara maybe suka masak yang simple-simple kot. Sebab lembu tu sekor hanya dimasak sup cicah dengan air asam yang sumpah sedap!! Itu pun mak kata tak berapa sedap. Kalau yang betul-betul sedap bak kata mak tu mesti MK makan nasi seperiuk terus kot.
Wan tak sihat sangat, nak pergi ke toilet pun kena sorong atas wheel chair. Baring je, duduk kejap-kejap boleh lagi. Tapi dia still kenal semua orang. Umurnya dalam 75-78 kot. Lebih kurang sebaya ayah MK (tsk..sayu kenangkan ayah pun dah tak sihat macam dulu) yelah hari ni hari dia, esok-esok entah hari kita tak sihat kan. Respect the elders!! Love them!!
MK ada bawak camera, tapi hanya ambil gambar sawah padi je. Yang lain-lain tu tak sempat keluarkan camera pun sebab dok busy tolong cuci pinggan. Adoiiiiaiii tak sempat kering tangan dah kena cuci lagi. Nope, I'm not complaining, MK ni kira sikit la buat kerja sebab Yen tu takmau berpisah dengan ibu dia ni. Asyik laaaa bergantung je kat kaki. Bayong ok, dia dah terbang ke sana-sini dah. Tengok adik ipar & mak MK cuci periuk belanga yang besar-besar tu lagi penat agaknya. Takpe Kak Yang, anggaplah amal jariah..hiks.
Konon-konon PakMir nak kasik MK petik pokok padi tu sebab bini dia ni tak pernah pegang padi ok. Asyiklah tengok je dari jauh dan pegang beras je. Padi tidak pernah. Sampai MK cakap "Cantiknya padi tu semua dah kuning!!" Excited nih...sekali itu bukan padi ok...itu lalang yang dah kena racun kot..pasal tu dia kuning. Sedih betul lah..padi dengan lalang pun tak reti beza. Nak kata orang bandar sangat taklah pulak, MK orang Kampung Linsum je... hihih!!
Sabtu pagi after breakfast gerak ke Perak pulak, rumah Maktok (belah ayah PakMir) sebab Sunday ada kenduri kahwin sepupu PakMir. Perak dekat Bota, Lambor Kanan. Sebelum tu singgah kat Juru sebab nak carik Mee Udang. MK lah tu sebut-sebut nak mee udang teruslah mak & ayah melayan menantu dia yang memang dasar kaki makan. Hihhihi... MK drive ok, sanggup tu sebab mee udang punya pasal. Sadly, kedai tu hanya bukak malam saja. Wuuu wuuuu sedih juer tapi takpe lah belum ada rezeki. Kami mengubat hati lara dengan makan kat restoren tu hidang kari ikan sembilang.
Pukul 11.00am gerak ke kenduri kahwin anak Ayah Mok di Lambor Kiri (eh..ye ke?) Ye kot...sorrylah puan-puan MK dulu tak ambik subject Geografi. So peta-peta kedudukan memang gagal selalu..huhu. Tempat duduk lelaki & perempuan diasingkan ok. Agak tak biasa juer. Tapi MK dah terduduk kat khemah lelaki sebab Yen dah lelap kat kerusi tu. Tak kan nak pindah? So kami tetap degil makan juer kat khemah lelaki. kami 3 orang je perempuan kat situ. Kikikiki...tapi lepas tu ada lagilah orang perempuan lain makan kat situ. Jadiknya khemah campur akhirnya.
Gerak jalan balik ke KL konvoi dengan mak ayah sekali. Berhenti kejap 10 minit tidur kat R&R apa ntah. Pastu sambung gerak sampai ke rumah mak. Kami selamat sampai di Kota Damansara dalam pukul 3.00+pm
Sekian weekend saya. Nampaknya semua happy, tapi seperti biasa Yen akan demam sikit kalau berjalan jauh atau terlalu penat. Dia muntah lagi...hmmmm..tadi MK tinggalkan dia kat nanny tu dia nangis. Hopefully dia ok kejap lagi. Sebab tadi masa hantar dia lemau je.
Tata all!!!
3 comments:
ngeri okeh stetmen anak jantan ko nampak antu tu...
laaa... mana gambar sawah padinyer? ke tangkap gambar lalang?
jakun jugak x penah bergambar kat sawah padi.. kat pahang tader sawah, ada hutan utk pembalakan je
Mimi: Aku rasa Yen berlakon je kot. Sebab takde rasa meremang pun. Slalu kalu ade mesti ada rasa meremang bulu tengkuk. Eh jap..tengkuk ade bulu ek?
Ita: Kakakaka... padi betul..nanti MK edit lah malam kang..ni kat opis, camera tinggal kat umah.
Post a Comment