$

Wednesday, 16 June 2010

Facebook Jahat?

Best ke facebook? Bayong budak 5 tahun pun tau facebook ok. Ibu MK kat kampung pun tau apa fecebook. Ada 1001 macam orang yang MK jumpa kat FB. Jom discuss!!
  • Orang yang dikenali dari jauh nak add. Hmm... rasa macam taknak accept. But will I need them in future?Friend of friend nak add. Hmm...kenal pun setakat kenal nama saje. Tak payah accept.

  • Orang yang kita tak berapa suka. Tapi kawan dia memang dah ada dalam list of friends kita. Hmmm rejected twice. Tak paham kenapa dia beriya-iya nak add kita jugak. Dah rejected sekali tu sepatutnya got the message lah kot.

  • Orang yang suka banding-banding "Eh..hubby I ada business sendiri, hubby u keje apa?" Sila jawab "Umm...tak taulah. Selalu tetiap malam balik rumah suami saya longgok-longgok je duit kat atas meja"

  • Orang yang setiap saat update status: 10.00am "I rasa nak gi berak". 10.10am "Eh tak jadiklah gi berak" 10.20am "eh..rasa nak berak balik"

  • Orang yang bangga-bangga "My hubby just bought me a Coach Bag! I love u hubby" Siap bold kan jenama beg itu ye.

  • Pastu dia jugaklah yang bergaduh dalam FB "I'll ask for divorce" pastu nanti kawan-kawan dia pun bagilah comment membina or husband pun pujuklah dia "Don't leave me honey bani" or if she's lucky the husband will give comment like "Go to hell you ungrateful wife!!"

  • Ada jugak yang rasa FB ni membuatkan kita kena speaking london all the time pastu dia pun nak speaking london juer. Berabuk katanya. Tapi.... "My hubby just brought (bought) me a Cauch (Coach) Bag" or yang paling kelakar "I hit (hate) him!!!" kekekek...don't get me wrong - my english also berterabur lah. kata manglish kan....

  • Tu kalau yang bercakap perihal dalam kelambu tapi suruh semua orang baca...adeehhh berdarah mataku "Keris suamiku sungguh ampuh!" atau "sejak makan jamu serapat ni, abang I selalu balik cepat tau...hikhik" (gelak miang).

  • yang comment tak membina "Eh..apsal ko ni sekarang dah gemok?" Lor... masa last dia jumpa kita tu time 16 tahun. Dah dia tu still macam dulu ke? Tengok dah macam rupa auntie-auntie je. Nyesal add!

  • ada so-called secret 2nd wife bercinta-cinta dalam FB ber-mushy-mushy & dirty jokes bersama husband serta mengumpat 1st wife yang baik hati siap cakap 1st wife tu "S*i*a*l". Padahal 1st wife tu sikit habuk pun tak pernah kacau dia.

  • Pastu husband bongok tu siap kata yang anak-anak dia yang dekat sebaya dengan bini no.2 dia tu mesti tak tau pasal account  FB dia tu. Of course lah budak-budak tau & boleh baca apa kau buat. Malulah sikit..otak ada ka??

  • dan macam-macam lagi
BUT - I'm not denying the pros of FB-ing. Contoh:-

  • boleh reunite dengan kawan-kawan lama (I mean REAL friend)

  • Boleh promote online business! (hey-I support this) but- kurang suka bila nama asyik di tag kat gambar product tu. Tak best lah. Kena fikir method lain untuk promote barang.

  • ada kes anak hilang, pastu parents pegi check FB kawan-kawan anak dia, dapat traced anak. Well this is good.

  • jimat-tak perlu call, tulis surat, just message.
Anyway, I'm going to delete some existing friends dalam my list. Yeap I feel guilty but rasanya kalau takde kepentingan & lebih banyak keburukannya lebih baik delete kan.

My pictures - thinking of padam those too.  Macam sayangkan? Tapi tengoklah nanti macam mana.

Ok nak pergi beli nenas!!! Tata!!

5 comments:

dali said...

tan aku jua tension jika dapat komen gemuk kat fb. siap bagi tau since sekolah dulu mmg gemuk.. apakah tiada peradaban lagi di donia ini *pitam*

MTM said...

HAHAHAHAHAHA.. i like this...lagi satu..bile mereka2 post status yang emo2.."aku keseorang tnpa teman..." or yg tuka2 status kejap in relationship kejap single..mengharap sume owg akan tnye, wats wrong? and the ultimate.... "friend request, ada 150 orang malas nk approve" duh~

Mak Ton said...

ehehehe...

lagik status "sdg memilih utk bli coach, prada or LV?"...

peh tue org lain comment...
berbelanja biar jgn terlalu boros..

peh tu mula la perang mult kt fb...

huh...

Anonymous said...

hahaaa.. betul la kak intan..... pastu nnt duk tgk gmbr2 kita pastu komen apsal ko dh tembam?? pastu bila aku block privacy gmbr2... tanya la apsal ko block aku tak leh tgk gambo ko?? apakah????? sebuk betul!!! btw, saya tak de la add akak kt fb.. apa nama fb akak nk add?? meh add.. ;) - zira

darling8tabby said...

ye...macam2 kan orang dalam fb ni intan..scarry maryyy...