Hari ni hari yang agak best untuk diri saya. Sebab hari ni ialah kali yang ke 100 saya workout di gym. Nak tahu berapa lama 100 kali tu? Hehehe...sejak Oktober 2013. So kalau kira dalam 18 bulan lah kot baru dapat 100 kali.
Finally saya dapat t-shirt curves ni. Lama gile kot saya tunggu. Asyik tengok kat whatsapp group gym ni orang lain dapat posing macam ni dengan coaches. Saya pun nak jugak!! Dah la masa tu kki saya injured tu kan. Hari-hari ada aje update kat group gambar member dapat t-shirt ni. Jealous ok!
Sebenarnya t-shirt tu boleh dibeli di gym ni. Hehe..kalau nak bayar je lah kan. Tapi kalau berjaya workout 100 kali dapat lah free. Kalau workout 200 kali dapat gym bag! Cantik warna purple jugak. I want!! Beli pun RM25 je kot. Tapi takmo beli.
Saya nak t-shirt & beg tu dibayar dengan menggunakan peluh saya je. Hehe poyo kan. Samalah kes nya dengan running. Kalau kita masuk race tu memang tak akan menang top price lah kot. Tak tau la kalau puan-puan memang pernah menang. Tapi saya memang tak pernah bercita-cita pun nak menang. Haha..cita-cita saya nak habiskan larian saya dengan timing yang lebih baik dari sebelumnya dan tidak injure.
Kalau running tu dapat finisher medal tu...owwhhh bermakna sungguh ok. Padahal we paid for that medal. Kan ke kita register nak masuk race tu kan. So technically we paid for it. Dah la bukan medal emas/silver/copper betul pun. Kikikiki...
Tapi tu lah...kalau orang yang tak pernah cuba berlari tu memang tak akan faham perasaan seorang runner bila dapat habiskan larian dia. I still malu nak call myself a runner. But I am. I am a runner.
Siap Ana kawan saya cakap dekat blog dia yang saya ni marathoner...hahaha jauh panggang dari api Ana oii...half marathon pun bukan. Sepanjang 2 tahun saya berlari ni saya baru join 7 races je kot. Tu pun paling jauh 12km je.
I'm training hard for my 1st half marathon targeted on October 24th. Saya ada masa lagi dalam 6 bulan. Saya nak cuba ikut 12 weeks training program. Saya nak buat 2 kali training program tu. Sekarang baru masuk minggu ke-2 hari yang ke 11. Mihmih...jauh lagi perjalanan saya.
Setakat ni memang memenatkan. Saya harap betul yang saya dapat habiskan training program ni dengan berdisplin sangat lah. Maknanya ikut betul-betul dan takde skip days.
Saya & Tun dah berangan nak dapat medal & finisher shirt untuk half marathon pertama kami. Kami pun dah berangan macam mana nak posing di garisan penamat tu. Nak berlari sambil pegang tangan melepasi garisan penamat lepas tu menangis terharu dan berpelukan bersama-sama...hahaaha...
Haruuuuuu...
P/S: Angan-angan tu free kan....
3 comments:
Terbaiklah. Tak ramai dapat spend time utk exercise.
tengkiu Akak Vitamin. Saya memang bz mcm emak-emak lain jugak. kita serupa.
Aww romatisnya kau dgn Matun. Uols can do it Tan Tun.
Iols akan komen dengan jayanya pics uols nanti.
Awas!!!
Post a Comment