Kisah benar seorang pelari. (ini suma
poyooooo.. hihihi)
Aku ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dulu
rutin rumahtangga aku bermula seawal 6.00 pagi. Menunaikan kewajipan terhadap
Pencipta di awal pagi. Sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak dan bekalan
untuk ke sekolah, menyidai pakaian yang semalam, dimesin dan menggosok baju
yang telah kering semalam, menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan anak2
untuk dihantar ke taska serta tadika.
Waktu kerja dari 8.30 pagi hingga 5.30
petang, isnin sehingga jumaat. Rutin kerja macam biasa. Melayan kerenah clients,
kerenah boss, rakan sekerja dan macam-macam orang lah.
Pukul 6.00 petang, sampai rumah. Mulakan
pulak tugasan sebagai chef handalan kepada anak-anak yang selalu nyanyi lapar. Sesambil tu bolehlah memulakan tugas mesin basuh yang sangat berjasa tersebut
dan sambil menunggu lauk masak sambil melipat kain. Tup tap tup tap jam dekat
pukul 8.00 malam. Ohhhh.. belom solat dan
mandi… zasssss.. mandi dan solat maghrib.. membaca beberapa helaian
surah sementara menunggu waktu isya’.. masuk waktu aku pun solat.
Pukul 9.00 malam baru nak makan malam… No
good… nasik pulak tu… siap makan kemas-kemas pukul 9.30malam. Masa untuk mengajar
anak pulak… 10.30malam masa untuk tido.
Itulah rutin hidup aku sebelum ini…. Macam tak de
masa untuk diri sendiri.. Tapi setelah diperli oleh seorang coach yang kejam,
aku tersedar diri. Dari situ lah aku berazam untuk berlari dan mementingkan
diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan anak-anak juer. Aku percaya bahawa ibu/isetari yang
gembira akan menjadikan anak-anak dan suami juga turut gembira.
Permulaan aku adalah setelah mendapat
kebenaran oleh suami tercinta. “Abang, esok ayang nak pergi jogging kat kompleks sukan
tu boleh?” Encik suami menjawab “Boleh.. “
Ting ting ting…. Masa tu suka sangat!! Impian menjadi kenyataan. Permulaan
aku pada sabtu pagi bersama penyokong-penyokong tegar (anak-anak-anak) yang sibuk main di taman permainan
sambil diawasi ayah.
Aku bermula pada 19 April 2014, aku berjaya
berlari sejauh 2.45km selama 23 minit. Aku cukup berbangga dengan pencapaian
ini. Walaupun baru 2.45km aku tetap kagum. Semenjak aku berumahtangga
hampir 10 tahun, hari itu lah hari permulaan aku bersenam. Sebelum ni ada
juer berlari tapi banyak jalan la.. lari 2 minit rehat 10 minit.. gitu je lah…
tidak bersungguh… Coach aku Kevintan Zahra yang bagi banyakkkkk tips berlari.
"Berlari sampai setengah jam, jangan berenti jalan tak per jangan duduk, paham??!!"
Kena
marah pun selalu… tsk tsk.. tapi aku sangat sayang kan coach aku itu…
Aku mula bercadang untuk berlari pada
weekend, tetapi rasa macam tak puas. So aku memberanikan diri untuk
meminta izin suami untuk berlari pada weekdays.
Sungguh memeranjatkan aku, suami aku memberikan kebenaran tanpa
bertanya banyak. Ohhhh.. bertambah lagi aku sayang pada dia… hihi…
Semenjak
dari itu lah aku rajin berlari. Sehingga ke hari ini aku dah berari sejauh
45km (dah sampai KL dah aku lari ni.. huhu).
Di samping itu juga, coach aku telah
menghadiahkan aku sports attire reward kerana aku rajin berlari katanya.
Lepas dapat hadiah aku lagiiiii bersemangat. Plus, berlari ni dah jadi macam
addicted, kalau tak dapat berlari rasa macam nak melompat2 je… hihi… Aku berazam
untuk join 10km race di Seremban bersama coach kesayangan aku pada bulan Ogos kalau tak silap. Aku
akan gigih untuk training. Doakan aku dapat merealisaikan impian ye…
Aamminnnn…
Walaupun sibuk berlari.. aku juer
masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa.. tiada perubahan. Cuma
terkejar-kejar untuk memasak pada permulaan. Tapi Alhamdulillah aku dapat
melaksanakannya.
Thank coach Kevintan Zahra saya tersayang.
Muka gembira baru lepas berlari.
MK: Hehe...comel kan TunTun ni. Dulu dia pun ada blog. Tapi lepas dia buat entry pasal buat kuih masalavadei... dia dah terus tak update blog dah. Mungkin dia terlalu kenyang makan vadei...hahaha. Jangan marah Tun.
FYI 'Kenvintan Zahra' tu saya lah....hehehehe
Bravo girlfriend!!! I'm proud of you. TunTun memang seoang ibu yang super caring memang selama ni tak pernah terpikir untuk buat sesuatu untuk diri sendiri. Dia memang buat semua benda untuk orang-orang tersayang je. Owwhhh...sayaaanggg dia. Tapi tengok!! TunTun berjaya buktikan bahawa kasih sayang dia tak berubah secubit pun kalau dia spend time tak sampai sejam je untuk diri sendiri - itu pun bukan ber-party-party pun...pergi berlari je..
Ibu happy - anak-anak happy, suami happy. Yeayyyy!!!! So come on girls!!!!! Let's parteeeyyyyy!!! (read: RUN)
Ok till the next 'artis jemputan', bye!!
1 comment:
Lep u coach!!
Post a Comment