Hi ladies...& gents (kalau ada),
Dah la tu jangan sedih lama-lama nanti memakan diri. Meh lah kita kembali kepada perangai asal iaitu tersengih-sengih selalu. Anak-anak masih sayang saya walaupun saya bekerja. Suami pun harapnya bertambah sayang....
Ni ada cerita pendek je. Hari Isnin lepas saya tiba-tiba rasa rindu pada kawan saya nama dia Iqma. Ni kawan sekolah rendah yang paling rapat (geng Linggi) sekali dengan Tuntun kesayangan qalbulah ni. Tapi saya kenal Iqma lebih lama yakni (yakni katanya....hehe) dari saya berusia 9 tahun. Iqma jiran depan rumah saya waktu tu. Kami juga rakan sekelas, sepermainan nyorok-nyorok. Budak lelaki suka nyorok dalam skirt kembang dia. Dulu masa saya mula-mula belajar hidup di KL, Iqma lah yang banyak tolong saya.
Okla..pendekkan cerita, disebabkan saya rindu dia so saya pun message lah dia.
"Hello sayangku, lama tak mendengar khabar berita. Rindu rasanya di hati"
Well memang gitu bunyi message saya. Well I am lomantic wannabe. Memang suka panggil orang sayang darling manja comel dan sewaktu dengannya.
Tapi Iqma tak reply. Saya rasa mungkin sebab saya dia ada 2 number phone & saya pun tak pasti phone yang mana satu yang aktif so saya sent pada number 019 dia.
Malam tu, masa saya tengah mandi saya dapat 3 missed calls. So saya call back. Bila saya hello hello dia tak jawab. So saya biarkan. Pastu masa saya tengah masak pun ada misses calls lagi 2 dari nombor lain pulak. Saya call back pun sama ada orang angkat tapi senyap je.
Pagi semalam saya dapat sms dari nombor yang tak dikenali "Awak siapa? Dari mana awak kenal Rusdi?"
Haa? Rusdi mana? Rusdi Ramli anak Joyah tu saya kenallah. So saya pikir salah nombor kot...so saya biarkan je.
So semalam baru saya teringat Iqma tak reply message saya kan. So saya call dia on my way back home. Saya call nombor 012 dia. Seronok gelak-gelak bercerita dengan dia. Pastu saya cakaplah saya message dia tak reply. Dia cakap dia dah bertahun tak guna number 019 tu. Owhhh patutlah.
Barulah saya perasan maybe orang yang missed call & sms saya tu mungkin bini/girlfriend Rusdi (Ramli?) hihihih....
Sorry lah awak...saya tak bermaksud bersayang-sayang bertanya khabar dengan Abang Rusdi awak. Saya tersilap nombor daaa....
P/S:- Lesson of the day:- Lain kali kalau rindu kawan sila call je terus & cepat-cepat delete nombor yang kawan dah tak gunakan.
1 comment:
Muekekekeke.. Seb baik xkena serang!!
Sabo je la... Huhu...
Post a Comment