$

Tuesday, 13 December 2011

Reunion Terhebat di Tahun 2011

Assalamualaikum you olss!!

Maka hari yang dinanti-nantikan telah tiba. MK anak beranak berangkat balik ke Seremban. Lepas breakfast kat rumah ibu, terus ke Klana Resort, Seremban untuk bertemu Geng Linggi - Reunion Terhebat Tahun 2011. Itulah slogan reunion kali ini...haha..mcm bagus!

Mula-mulanya kan, MK selaku Presiden Undi Diri Sendiri & Pemangku Presiden TunTun (MK yang undi dia) berhajat hendak buat reunion yang betul-betul, i.e ajak batch UPSR Tahun 1991 untuk berjumpa maybe for lunch or hi-tea. Kami nak jemput Cikgu-cikgu yang mengajar kami dulu - Cikgu Siban, Cikgu Ros, Cikgu Faridah, Parminder, Ustazah Siti Muhibbah, Cikgu Wok...ramai lagi!!

Tapi, ada pulak Ketua Murid kami tu En.Maman tu dia pulak menentang niat murni kami yang hanya nak catch up berjumpa kawan-kawan & cikgu. Dia memberikan idea yang 'lebih bernas' yakni meracun kami membuat kem motivasi di sekolah? Memberi ceramah kepada adik-adik yang akan ambil UPSR memberi contoh yang baik serta memberi semula kepada rakyat katanya? Whaaattt?

Wadehellll? Tak setuju!!! Itu agenda lain ye En.Maman. Me don't likey!! So MK ask TunTun to ditch him. Kita buat girls reunion je. Suka-suka je MK ditched Ketua Murid hhihihi..lantak...aku gila kuasa. Ko buatlah kem motivasi ko sengsorang blueeekkkk...orang nak jumpa-jumpa nak catch up among each other nak gossip-gossip & gelak ketawa ria mengimbas kenangan lalu ok.

Setelah Tun bersusah payah meng-organize so here we go!!! MK tak susah, sebagai Presiden, saya hanya mengarahkan je Tun membuat semua kerja..haha...

Posing dulu... bila nampak je Tun angkat camera DSLR laki dia tu, terus MK buat my signature posing yakni kepala senget ke kiri, senyum menampakkan gigi, tangan kiri di pinggang, kaki disilangkan. Hebat kan? Ko ade? Eh..tetiba...

Ambil gambar Tun comel pulak, cantikkan beg Tun, Fossil ok, MK belikan tau, tapi guna duit dia sendiri lah..hihi..Owh..tak...Tun tak pregnant, itu baju dia terkena angin, jangan speku ok.

Sementara menunggu kawan-kawan lain sampai, MK & Tun melantak dulu apa-apa yang patut. Kami book buffet lunch harga dalam RM32++ rasanya. Makanan banyak! Sushi pun ada..gembira!!! 

Kejap tu Farah sampai, Farah sekarang yelah tauke daging yang berjaya. Dia pun sangat komited tentang reunion ni ok. Tak banyak cerita pun..terus je datang dengan senyuman.

Bila semua dah sampai, rasanya meja kami tu yang paling meriah sekali. Nine (sebutan Ni-ner) datang bawak baby dia Ajwa. Comel baik...diam je. Nine ni ustazah ok. Kami pada mulanya agak segan sebab kami kan kecoh gile, kang Nine tiba-tiba memberi ceramah kang..haru...Tapi tak ok, Nine memang gila-gila macam dulu. Anak dia baru 10 bulan dah pandai berjalan. MK dulu sama mengaji dengan Nine, tapi dia mengaji sampai ke Mesir, MK ni sampai ke mana ek? Hehehe...

Macam-macamlah lagi cerita terkeluar, gelak tak henti-henti. Mulut pot pet pot pet sambil makan, sambil ketawa-ketawa. Tak sedar dah dekat pukul 3. Solat pun belom. So terpaksa bertolak ke surau.

Sebelum ke surau, jom berkenalan dengan kengkawan MK
  1. Emililla (MK satu sekolah dengan dia dari darjah 3, lepas tu sama MRSM, lepas tu sama UTM, lepas tu office dia depan bangunan office MK)
  2. Suzana - sepupu Emililla, dulu masa derjah 6 dia sangat ladylike yelaahh time tu dia orang bandar dari Bangi kan. Dia suka pakai long skirt kembaaanngg...MK dengki & sangat nakal, selalu angkat skirt dia sambil buat bunyi 'Weeeeee!!!!!' Bahagia tengok dia termalu-malu menjerit sambil tutup-tutup ala-ala posing Marylin Manroe..hihih. Nana hanya 1 tahun je sekolah kat Linggi ni. Tapi cerita-cerita yang dia masih ingat tu sangat la kelakarnye. Penat gelak dengar cerita dia.
  3. Nine-Ustazah pilihan, sangat sweet & tak kurang kelakarnya. Sama macam dulu tak berubah. Sayang ko Nine!! Tengok ustazah cool posing peace-peace lagi ok. Hihi..& baby ajwa yang pelik kenapa auntie-auntie ni semua kecoh melampaui batas...
  4. Farah Eiszuein - sekarang dah ada kedai daging segar & frozen, usahawan berjaya. Syabas Farah!! Bangga dengan kejayan anda (ada bunyi pakar motivasi tak MK cakap cenggini?)
  5. Amy - Ni seperti sedia maklum yelah geng terapat MK (Tan, Tun Ma & Mie). Amy baru je kehilangan bonda tercinta hujung November. Ayah dia masih dekat Mekah dapat balik dengan bantuan tabung haji, adik no.2 dia ada kat UK pun dapat terbang balik untuk jumpa emak mereka buat kali terakhir. Nak type pasal ni pun MK bergenang air mata sebab memang dah lama kenal emak Amy, memang baik hati lemah lembut orangnya. Semoga Allah menempatkan Emak Amy di kalangan Ahli Syurga, Amiinnnn
  6. Hermaniza - Home maker sepenuh masa, tinggal di Kg. Baru. Antara ahli kumpulan yang paling kecoh & kelakar. Tak pernah bosan dengar cerita dia.
  7. Perlukah diperkenalkan lagi cinta hati MK ni? Puan TunTun kawan yang paling disayangi kali 100 juta. Hari-hari call, sms, chat, viber dan apa lagi? Tak pernah bosan mendengar celotehnya. Tak pernah lost contact dari tahun 1990 sampai sekarang.
  8. Iqma - Ni pun ahli kumpulan TanTunMaMie hihih... masih single tapi not available ahhh dah bertunang. Kesayangan MK juer ni sebab dialah yang banyak membantu masa MK mula-mula tinggal kat KL dulu. Sangat tidak kedekut kalau boleh nak belanja satu Malaysia makan...heheeh..
  9. Yours truly - yang gembira!!!
Kat dalam surau pun sempat posing-posing lagi. Nasib baik hanya kami je solat kat situ pada masa tu. Kalau ada orang lain, mesti kami dah kena halau

Ni gambar masa Amy baru sampai dari Kuala Pilah, dia sampai lambat sikit sebab dia kerja hari tu.

Aksi posing bebas, mungkin dimenangi oleh Farah dengan aksi samseng bini-biniku gangster

Cubaan posing sambil tidak menunjukkan gigi. Nampaknya kurang berjaya. Tapi lantaklaaahhhh!!!

Ada ramai lagi girls yang tak berkesempatan join parteyyy kami pada kali ni. Mungkin tak bukak facebook event & ada juga yang busy tak dapat cuti. Yelah kami pun jumpa pada hari Jumaat. Faham-fahamlah..weekend kan family day. so buat lah hari Jumaat so boleh tinggalkan anak kejap pada baby sitter ke, taska ke, tadika ke kan. Facebook pun kami invite yang dikehendaki join saje...tak create event kat wall sebab takut Maman nampak..ngehehehe!

Hingga ketemu lagi girls!!!! Lepas ni kita buat family day pulak ye. Boleh jerit-jerit sokong anak rebut gula-gula dalam tepung ke kan?!

Tata!!!




1 comment:

Mak Ton said...

I lap u 2 3 4 tan tan..

Skali skala jumpa mcm nk terbalik meja allson dikeja kan.. Xabes2 nya berckp.. Plak tu kekonon nk discuss next gathering.. Harammm... Leko dek burak yo lah.. Hiks...