$

Thursday 8 December 2011

Kari Ikan Merah


Salam Khamis malam Jumaat (ok tak kelakar),

Sorry lah gambar kari tu comot sebab ambil gambar selepas makan. Tu ikan merah pun tinggal sepotong je dalam mangkuk tu. PakMir yang semangat suruh MK ambil gambar ok. Siap ambilkan tisu suruh lap-lap sikit mangkuk comot tu ala-ala MasterChef.

Ok - MK mengaku kari ikan kali ni adalah sangat sedap. Kenapa?
  1. Sebab ikan tu fresh from the sea. Baru naik dari laut terus masuk ke periuk.
  2. Sebab sempat bertanya dengan Kak Ngah apakah rahsia dalam pembuatan kari ikan
  3. Sebab MK guna serbuk kari Babas, sebab TunTun marah kalau guna yang lain.
  4. Sebab PakMir yang tak pernah memuji masakan MK tu cakap gini "Ummmm sedaaappp" pfftt...nampak sangat berlakonnya bila cakap gitu. Dia cakap gitu sebab MK komplen yang dia tak pernah puji. Tapi lepas tu dia pergi dapur tamah nasi sendiri.
  5. Esoknya bawak bekal ke office 4 colleagues mengatakan bahawa kari sedap meletup. Wuhuu
  6. Sebab it was cooked with love..heheh poyo!
Ok love, resepi:-

Bembahan:-
2-3 potong ikan merah
1 kotak santan
1-2 cawan air campur dengan santan
1 sudu besar cili blended (dah macam bunyi ice blended pulak kan..hehe Coco Loco Ice Blended please)
1 inci halia (tumbuk)
1 biji bawang besar (tumbuk)
1-2 biji bawang putih (tumbuk)
1 paket serbuk kari ikan Babas
1 keping asam keping (limau nipis & asam jawa dah habis) - nak guna cuka pun boleh je, 1 sudu besar ok.
2 biji tomato (sedih sikit sebab cari bendi tapi tak jumpa yang best, semuanya dah tua, nyampah)
1/2 kiub ayam knorr
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Cecara:-
  1. Tumis bawang, kiub ayam/ikan bilis & halia sampai garing, masukkan cili blended. Kacau sikit lepas tu tunggu pecah minyak.
  2. Masukkan rempah kari yang dah digaul dengan air masak sikit. Tunggu kejap sampai pecah minyak atau sampai sukahati kita lah (eh..?)
  3. Masukkan santan, asam keping (air limau nipis/cuka).
  4. Masukkan ikan, biar mendidih. Jaga api ye jangan kuat sangat api. Rajin-rajin kacau.
  5. Rasa-rasalah adjust apa yang kurang/lebih.
  6. MK selalu keluarkan asam keping sebelum hidang sebab takut ter-over masam.
  7. Masukkan tomato (kalau ada bendi boleh masukkan sekarang. Ayomartt..gesett, go!)
  8. Biar kejap, siap!! tutup api. Makaaaaannn!!!!
Jemput makan! Tata!

P/s: Nanti MK update resepi cucur udang pulak ek. Mak Mertua punya resepi. Masih trial & error sebab kadang sedap, kadang kureng...hehe..

P/p/s:- Esok MK cuti....yeayyyyyy!!!

3 comments:

Mak Ton said...

Eheh.. Kari babas mmg setap... Percayalahhh

Esok kita g merongeng.. Yeay...

dalin said...

syabazzzz..dulu aku bodoh gile tan masak kari. skrg ada oke sket laki suke. tp aku guna adabi.harusss ter'babas' nnti.. hehe..

MK said...

tun: weehooooo!!

dak ana: baik ko guna babas..kalu tak matun marah kang