Semalam Tan dapat M.C. Badan sakit-sakit macam perempuan baru lepas beranak. Batuk + selesema pakej lengkap. Sampai rumah dalam pukul 10.00am. Termenung sendirian.
Tan: Tun, ko rasa kalau aku turun Seremban jumpa korang sakit-sakit badan aku ni hilang tak?
Tun: HILANGGGG!!!!
Heheheh...
Hmm... tapi takut pulak nak minta ijin dari PakMir. Kang buatnya disergahnya kang..terus ternganga-nganga. Tapi taklah...dia tak pernah buat gitu. Dia pun tau kot Tan asyik sakit-sakit ni sebenarnya sakit rindu pada kawan-kawan. Hihihi..gedik!! So.. terus angkat tangan bersyukur mandapat husband memahami kehendak isteri tercinta. Apa ada hal..setakat jumpa kawan-kawan dia je pun kan bukannya meminta ijin nak gi clubbing ke. Pastu tak mengganggu kacau keharmanian rumah tangga pun. Tetap hantar/jemput anak macam biasa, basuh kain macam biasa apa.... eh..ko explain dengan sapa sebenarnya ni?
Umm...call kaunselor yang ke-2 lah... tringgg troongggg! Si Dak Ana lawyer melaka pun terlibat sama dalam persetujuan teori ubat paling mujarab bagi seorang perempuan, isteri & dot dot dot yang sakit yelah bagi dia berjumpa kawan-kawan tersayang. Tak kiralah sakit badan, sakit otak atau sakit hati dan sewaktu dengannya. Banyak manfaat kalau para suami memberi keijinan isterinya berjumpa kawan-kawan. Berikut antara khasiatnya:-
- Demam isteri akan kebah
- Isteri menjadi lebih gembira
- Bila isteri menjadi gembira, dia akan membuat kerja-kerja rumah dengan ikhlas & bersungguh-sungguh serta bersemangat
- Isteri juer akan melayan anda & anak-anak anda dengan gembira & redho
- Perangai isteri anda akan menjadi baik selama beberapa hari dan jika anda bertuah mungkin perangai baiknya akan berlarutan hingga sebulan!
- Anda tidak perlu mendengar bebelan isteri anda sebab dia telah pun mencurahkan adu dombanya kepada kawan-kawan.
- Jika semua di atas adalah tidak menjadi, paling kurang isteri anda tidak berani mengadu yang dia sakit lagi sebab anda telahpun menjadi suami yang baik memberi keijinan dia berjumpa teman cinta hatinya.
- Maka terselamatlah telinga para suami.
- Dan banyak lagi khasiatnya!!!!
Apa tunggu lagi? Dapatkan ubat yang paling mujarab ini di pasaran sekarang!!!!
So bergeraklah Tan ke Seremban & sampai tepat jam 12.15pm. Sesuai untuk men-surprisekan Ma sempena birthday dia semalam juer!!! Tak...Tan tak rancang pun nak sakit semalam...kebetulan je. Ma pun actually dah ada lunch date, tapi Tun paksa dia cancel kan date dia tu. Sebab nak surprisekan dia konon. Ma tak tau Tan & Mie ada sekali.
Amy: Tan, ko rasa Ima nangis tak nampak kita. Terharu tak dia agaknya.
Tan: Nangis..nangis... hihih
Surprisee!!!! Happy Birthday Bucuk!!!! Ok, Ima happy jumpa kami..memang surprise pun eventho cake yang Tun-Tun beli maha kecik!! Hihih.. air mata bergenang juer di kelopak matanya...
Lengkap proses perubatan semalam dengan adanya Tan, Tun, Ma & Mie.
Dah Ima pulak memilih makan kat foodcourt je..apadah!!! orang nak belanja pun foodcourt je dia pilih.
Mie, Tan & Ma - Ewah-ewah budak yang sakit-sakit badan macam baru lepas beranak tu tersengih-sengih nampaknya ye. Sihat terus bila jumpa kawan.
Mie , Tun & Ma pulak.
Tan & Tun - Apsal ko posing gitu Tun?
After lunch hour, Ma & Mie pulang ke office masing-masing. Tan & Tun meneruskan proses perubatan tenaga. Hihih... Tan pulang ke pangkal jalan tepat pada pukul 5.30pm. Ambil anak macam biasa sambil tersenyum-senyum mengenangkan proses pengubatan tadi.
Pagi ini, Tan bangun dengan badan yang segar!! Mula-mula dia terasa bagai mimpi tapi ianya realiti...memang badannya telah sihat. Ok...tidak sepenuhnyalah...tapi memang banyak perubahan ke arah kebaikan akibat dari proses perubatan semalam.
Tan melayan anak-anak dengan membuat lawak-lawak slapstik, chopstick kung-fu bersama anak-anak sehingga anak-anak beliau ketawa berdekah-dekah pagi tadi. Selalunya kehidupan pagi Tan adalah penuh dengan jeritan "Cepaaattttt!!!!!!! cepat bangun, cepat mandi, cepat makan, cepat pakai baju, cepat pakai kasut, cepat masuk kereta, jangan bisiingggggg!!!!! cepat itu cepat ini!!!!"
Tapi pagi ini berbeza...pagi ini anak-anak asyik ketawa gembira dengan Tan.
Mujarab kan ubat ni? Silalah cuba!!!!!
p/s:- kami dah berkawan dari umur 9 tahun sampai sekarang. memang derang lah ubat paling mujarab untuk Tan. No doubt!!!
p/s/s: aku sayang korang....
3 comments:
Kelakar!!
Sy juer syg sumer..
Aku nengok kaki aku senonoh xpki jeans tuh.. Hihi..
Xsaba tunggu next date..
hahaha..betul betul ayat psl kita jd baik tu..yelah rakan ubat plg mujarab,ditambah dgn shopping, ahh sihat walafiat heheh
Tun: tak pakai jeans?? tak pakai kasut lah..
Dak ana: tk shopping pun, sembang2 je
Post a Comment