$

Friday, 18 November 2011

Tokoh Pelajar Cemerlang

Semalam MK cuti 1/2 day untuk hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah Tadika anak sulung. Last week lagi dah diberitahu oleh cikgu Bayong dapat anugerah tokoh pelajar. "Tokoh tu apa benda ibu?" Hihhi..comel je bunyiknye kan. He doesn't even know apa bende 'tokoh' tu.

Unfortunately, MK sakit perut & migraine semalam, so majlis bermula pukul 3.00pm. MK sampai rumah pukul 2.00pm muntah puas-puas makan ubat & tidur sambil tunggu PakMir balik nak pergi sama-sama. PakMir cakap tak payahlah pergi since sakit. Tapi mana boleeehhhh...mesti pergi. Bayong mesti sedih kalau dia tak nampak MK kat dewan nanti.

Ada persembahan pelajar, sketsa, joke & last sekali penyampaian hadiah. Bayong dapat:-
  1. Pelajar Terbaik Enam Tahun (No.1) dengan markah 99% keseluruhan.
  2. Kedatangan Terbaik (Hihhi...ada gak 3-4 hari MK pontengkan dia either demam or ikut kami pergi vacation. Maknanya kanak lain mesti lagi banyak ponteng ek)
  3. Tokoh Pelajar Cemerlang 2011
Bayong juga pemegang record pembaca buku Peter & Jane. Dia dah baca like 20 books. Masa Cikgu inform pasal record tu ada parents duduk belakang MK tu cakap "Siapa Adam Dzakwan ni? Pandai sangat ke?" Aiyoooo encik...cakap siang pandang-pandang encik...

Masa Anugerah Tokoh Pelajar tu tiba-tiba je kami kena jemput naik ke pentas. Aiyarrkkk!!! Muka MK sememeh!! Lipstick pun tak pakai. PakMir malu nak naik..so MK lah yang kena naik..dah Bayong menunggu kat atas pentas tu. MK naik dengan Yen. Kiss kepala Bayong je..hihihi dah tak reti nak buat apa.

Cikgu bacakan speech untuk Bayong, seorang anak sulung dari 2 beradik bla..bla.. bercita-cita menjadi saintis yang hebat. Hobi membaca dan mengumpul komik-komik terntang sejarah dunia dan kehidupan. Lancar membaca sedari umur 4 tahun bla..bla..bla..Adik-adik, contohilah Adam Dzakwan kata Cikgu itu. Salam-salam ambik hadiah & turun lah kami. Sekian.


Ni persembahan bacaan doa kot. Ni 3 orang best freinds. Kanan Bayong tu Asyraf dapat No.3, kat belah kiri Bayong tu Kimi dapat No.2.


Comel-comel budak-budak ni..meriah tengok. Tersengih-sengih MK.

Sketsa lucu - tak sangka Bayong pandai berlakon. Hafal dialog & lucu juer. Tapi sambil bercakap kakinye goyang-goyang..hihihih. Bayong berlakon jadik Dr.Adam. Dah tiba-tiba Yen pulak nak berlakon jadik polis...huh...sesabar ye nak...tunggu giliran awak tahun depan.

Amik hadiah!!! Yang lebihnye si Yen. Dia yang tiba-tiba mengaku hadiah tu dia punya...chittt!! Nasib baik Bayong baik hati kasik je adik dia. Bayong juer dapat duit RM15. Tapi dia kasik adik dia RM10. Dia ambil sekeping je RM5. Terima kasih sayang...baik betul hati Bayong.

Awal-awal lagi MK dah pesan dengan dia yang dia kena buat exam tu betul-betul, baca elok-elok. Buat sungguh-sungguh. Tak dapat nombor 1 pun takpe, janji dia mesti buat betul-betul. MK takut Bayong overconfident. Lepas tu buatnya tak dapat no.1 nanti kecewa pulak. Setakat tadika je nak...panjang jauh lagi perjalanan.

Apa-apa pun Ibu sangat bangga dengan Bayong. Atuk & Nenda pun, Atuk & Uwan pun. Ayah & adik pun bangga. Ibu harap Bayong dapat jadi contoh terbaik untuk kami semua. Tak lama lagi dah nak masuk darjah 1 ye sayang...lagi ramai students & makin banyak kena belajar. Semoga terus berjaya!!! Ibu sayang Bayong!




3 comments:

dalin said...

ooh bayong dah besar dah..so happy for bayong.selamat bersekolah..

Mak Ton said...

Ari tuh sy nk komen xsompek..
Tahniah bang yong.. Auntie bangga ngan bang yong.. Kalo auntie ada time tuh musti auntie dh sedih, sayu n terharu.. Hihi.. Auntie mmg over.. Mahapkan auntie.. :))

MK said...

tengkiu aunties!!!