$

Friday, 3 June 2011

Cempaka Beach Lodge

Hai y'all!! End May hari tu MK & family balik ke Kuantan. Tempat percutian favourite kami..ngeehh. Ingat tak February dulu MK ada post pasal Cempaka Beach Lodge (CBL) kan. Now... CBL dah fully operated. Owh sila rujuk perious post kat sini

Perkara ketama yang wajib dilakukan yelah makaaannn!!!!

MK panggil kedai celup tepung....aduuii aaii tengok ni pun dah meleleh air lioq..dah la puasa nih. Sotong ball dia sangat lembut. Udang pun besar-besar puah hati makan. Ada ikan, sata, kepok lekor..bla..bla.. makan sampai macam nak pecah perut dengan air laici kang la..teh ice RM17 saje.

Ada dua kedai yang buat celup tepung ni. Selalunya penuuuhhh je. Kena beratur & sikit berebut nak ambik cocok-cocok ni. MK suka gi Kedai PokSu Moksu. Lagi satu kedai seberang jalan nama dia Kedai MokNa.

MK: Bie...rasanya poksu moksu ni kaya dah ke?

PakMir: Tuh moksu (sambil buat muncung tunjuk Moksu)

MK: Maaaakkk aiiihhh!!!!

Gelang emas moksu memang lagi 3 urat nak sampai ke siku ok!!!! Tu diaaahhh!!! Minggu depan kalau dia beli lagi 3 utas penuhlah sampai ke siku dah. MokSu ni ala-ala suka dengan PakMir...so selalu takyah beratur...hihihih...MK pun suruh PakMir kenyit-kenyit mata (ada ke gitu??) supaya mana tau dapat makan free...hihihih....

Pastu kan, Sunday tu baru MK tau ada Tourism Malaysia bawak orang Singapore datang ke tempat kami tu nak tunjuk cecara memukat, buat sata, otak-otak, kepok lekor, monyet panjat pokok kelapa bla..bla..

Ni monyet tu. Nama dia 'Budak bin Abdullah' dah masuk Islam kot sebab bin Abdullah. Mesti dah sunat nih.. ehh?

Ni haa...orang Singapore tengah memukat. MK yang selalu balik sini pun tak pernahnya nak memukat. Tau melantak je..hihihi...panas giler cuaca..nak bukak mata pun payah. Mengenyiiittt je lah kami.

Sebahagian kraf tangan yang dijual. Tsk..bila lah MK nak kreatif ek. Asyik buat keras-tangan je...

Ahh.. ni Cikgu Hussain, pemilik CBL. Beliau sedang memberi taklimat tentang Si Budak yang nak memanjat pokok kelapa. Sekali tu kan..tetiba keluar lipan bara sekor besar gile. Ayah tepis je...pastu announced kat orang Singapore "Sesiapa yang tak pernah tengok lipan...boleh datang sini ye" Ramai lah pulak yang datang tengok...kat Singapore takde lipan kot.

Teng te teeenngggg.... Swimming pool CBL dah siap. MK pun dah terjun mandi manda dah. Seronok!!!

Ni kira boleh minum-minum petang kat sini sambil menghirup udara pantai yang segar...hmmmmm....

Lagi sekali gambar dalam bilik untuk tatapan puan-puan.

OK!!! tunggu apa lagi..jom kita serbu CBL!!! 

4 comments:

emma said...

arghhhh!!!! bile tgk entry ni terus rasa nak book!!!

MK said...

amacam Ma? sudah call cikgu hussain?

Iz Yahya said...

Ada satu lagi kedai kat area tu nama Kedai Hafisah, lagi best keropok dia dari keropok MokNa, depan lagi dari kedai mokna.. Kedai mokna tu susah carik parking :(

MK said...

iz: kedai hapisah tu MK ada pegi..jual kepok lekor sagu..meletopssss!!!! tapi dia takde menatang cocok-cocok tu kan