Sawadikappp.. namprong prenngg marang kerapu marang sekeper. Hari ni MK nak masak TomYam Ayam cap Busu Leha. Asyik-asyik Busu Leha je ek...apo nak buek dah dia yang ngajar MK mendapur.
Ahh..sebelum tu. Dulu masa kecik-kecik, MK ingat TomYam = Tom + Ayam.
Nak dijadikan cerita MK & Acique (my sister) pergi makan kat Benteng. Siapa-siapa dari Seremban mesti tau Benteng kat mana. Entah sekarang ada lagi ke tak. Dah berpuluh tahun tak check area situ. Benteng ni tempat makan-makan gerai berderet-deret tepi sungai. Sungai tu nama apa janganlah pulak puan-puan tanyo. MK ni nama je orang N.S tapi selalu sesat sebab dulu kecik-kecik ayah je yang drive kami sana-sini. Bila MK drive banyaknya di Kang Valley sajer. Tu la pasal PakMir selalu marah sebab bila dia tanya jalan kat Seremban MK mesti tak tau..huhuh.
Ok sambung cerita. MK & Acique gi makan kat Benteng. MK order tomyam. Punyalah semangat nak makan ni. Tapikan, ayamnya adalah 2 ketul kecik-kecik je. Yang lain tu bawaaaaang je. Pastu MK bebel lah dengan Acique "Cicik...apsal dia bagi aku TomWang? Aku kan order TomYam?" ehhehe.... (cerita dongeng).
Hari tu MK balik kampung, ibu masak tomyam putih delicious!! Pastu bila balik semula ke KL terkanang-kanang lauk itu. Dah la masa balik tu semua adik-beradik lain balik juer...jadiknya dapatlah sorang sikit je. Tak pueh la makan. So..jom masak sendiri!!
Bembahan (untuk 1 kali makan je ni:-
2 biji bawang besar potong 6
2 ulas bawang putih (ketuk & racik/hiris)
1 biji tomato
4 helai daun limau purut
1 biji limau nipis
4 biji cili api
1 batang carrot
Sedikit bunga kobis
1 batang serai
1 kiub ayam
garam & serbuk perasa ikut suka
Cecara:-
- Potong ayam kecik-kecik, cuci bersih, baca bismillah & selawat nabi siap-siap...
- Tenggek periuk atas api, berserta dengan ayam, bawang besar, bawang putih, serai, cili api & kiub ayam. Make sure air tu cukup-cukup tenggelamkan ayam tu je ok. Biar ayam tu keluarkan jus dia sendiri nanti. Barulah sodap, kendian nanti baru tambah air (kata Busu Leha)
- Tunggulah kejap dalam 5-7 minit, pastu masukkan carrot & bunga kobis, tambah air.
- Bila dah agak empuk rasa-rasalah. Tiup dulu ye...kang melecur sapo nak jawab?
- Tambah lah garam ke pak aji ke..ikut sukalah ye.
- Bila dah sedap tu, last-last baru masukkan daun limau purut (koyak-koyakkan sikit) & jus limau nipis.
- Pandai-pandailah rasa & adjust.
- Masukkan tomato, kacau sikit, tutup api.
- Siap.
- Panggil model tersengih di depan meja makan puan-puan.
- Ambik gambar dia & jemput makan!!
MK masak juer ayam goreng, telur dadar & buat sambal belacan PakMir cakap "Good try". Hihihihi...yelaaahhh MK tak reti buat sambal belacan I tell you!! Itu pun MK call Kak Ngah dulu sebelum buat sambal itu ok. Termasam kot. Tapi MK makan sedap je. PakMir tu nak suruh MK lawan sambal belacan Mak Si Tomoi (Mak kawan baik dia yang ada kedai TomYam) Dah la auntie tu memang orang Siam ok. Mana boleh lawan sambal dia. Ini adalah ayat pembelaan dari pihak saya, Yang Arif (kan DakDiana?)
Tapi takpe..MK tak ambik hati pun. Sebab dia surprisekan dengan dessert:-
Walllaahhhhh!!!!!! 1st time MK makan durian sampai dah taknak makan lagi. Sebab kali ni ada geng makan durian. Iaitu semua orang dalam rumah!! PakMir yang tak berapa minat durian pun berlawan-lawan makan sama. Macam mana MK tak sayang laki, baru hint-hint nak durian, malam esoknya terus dapat. Banyak pulak tu!!! Lepas ni nak hint-hint rantai emas sebesar tali ikek kobau agak-agak dapat tak ek? Yen makan juer tapi kena suap sebab dia geli nak pegang lembik-lembik. Bayong berusaha nak makan sampai licin-licin biji durian tu.
Sekian. Hingga bertemu lagi di dapur kegembiraan saya!!! Tata!
5 comments:
arghhhhh sumo tayang durian ni...aku nak kena beli gakla ni
heh atan, pembelaan yg sungguh mantap. yolah org tu kan org siam. eh tp kau boleh try lagi sure berjaya.. go go atan (sambil julang pom pom)
i likeeeee d phrase 'dapur kegembiraan'..
laki aku suke tom yam nnti aku try bagus2. mak ko ni tan super masterchef ke hape sume resipi simple tp sedappp..
-dak ana-
sodappnyerr dorian makk.. ehehe
nak duriannnnnn!!
segera sms en N lah...
mie: boli copek!! slruuppp
ana: ibu aku kata, anak dia ramai tu g dia kena masak bende yg senang & cepat.
en-me: cepat gi carik duriaaaannn
tun: dah dapek lom??
Post a Comment