Hi all,
Pagi ini saya bangun pukul 5.30am, stretching sikit pastu pakai kasut sukan, terus buat brisk walked 1km dalam masa 15 minit, lajunya dalam 4km/hr. Calorie yang terbakar = 70cal saja. Tsk tsk...peluh mencurah-curah keluar. Esok bercita-cita nak buat 1km dalam masa 10 minit saja.
Sampai ke office tiba-tiba ada colleague yang amat rajin/pandai masak itu berkata "MK!!! meh datang sini bawak pinggan and sudu sendiri" Daanngggg....ada nasi lemak, ayam rendang, mee siput, puding roti...huummmmm.... rasanya 300cal di situ....adooiiiii....
Hujung minggu, saya & anak-anak balik ke kampung. Buat persiapan adik lelaki saya nak kahwin 26-28 November ni (jemput datang memeriahkan majlis) tolong Kak Ngah buat hantaran, seperti biasa tugas saya kena buat dulang hantaran. Guna glue gun tu kan..melekat-lekat glue plastik panas tu kat jari..sakiiitttt.... hilang sudah cap jari saya. Siap 9 dulang hantaran - kagum dengan diri sendiri hikss..
Saya bawa 2 orang anak sedara saya umur 13 tahun perempuan dua-duanya tu. Comel-comel belaka. Masa tinggalkan derang kat rumah tadi berjela-jela pesan saya hihihih.... jangan bercakap dengan stranger, jaga diri, jangan lupa kunci rumah bla..bla..bla...
Owh - sila wish PakMir happy birthday ek. Birthday dia hari Sabtu hari tu. Saya dah beli cake siap-siap petang Jumaat tu. Penat sorokkan daripada Yen sebab kalau dia tahu mesti dia nak makan time tu jugak. Bayong takpe, dia boleh dibawa berbincang. Bila Yen tanya ada apa dalam kotak kat seat belakang kereta tu, saya tak tau nak jawab apa. Tiba-tiba Bayong jawab "Ummmm itu baju ayah lah dek"...hihiih...anak saya tipu sunat!!! Tsk...
Bila PakMir balik kerja dalam pukul 9.00pm tu, Bayong excited gila. Tapi dia cakap macam-macam yang boleh membuatkan rahsia kami pecah. Contohnya seperti:-
"Ummmm...takde apa-apa dalam peti sejuk tu ayah, ayah tak payah bukak ok"
"Nanti pukul 12.00 ada kejutaaaannnn untuk ayah...ayah suka tak?"
Gitu....isk budak ni...saya dah buat mata jengil-jengil dah. Bayong sengih-sengih je. Kami konon-konon nak tunggu sampai pukul 12.00am untuk celebrate. Tapi bila dah pukul 10.00pm terasa lamanya dah tunggu sampai pukul 12.00am. So saya pergi ke dapur, pasang candle, panggil Bayong suruh tutup lampu & kipas, kami bawak cake sama-sama & nyanyi. Yen terlebih happy, melompat-lompat nampak cake. So malam-malam tu kami 4 beranak makan cake chocolate banana, sedap! Saya doakan suami menjadi suami/ayah/anak/abang/kawan/hamba Allah yang terbaik di dunia & akhirat.
Itu saja bebel untuk pagi Isnin ni. Tata!
3 comments:
mak kintan!
i miss you!
20 ari ekau tak update blog?!
ape citer aban long?
hihihih
selamat ari raya!
epi besday bang mir...
adam mmg xleh simpan rahseia.. huhu
erks..betul lah sudah doploh hari?! aiyoo..aura menulis belum tiba dek non...
Post a Comment