$

Friday 20 August 2010

Kung Pao Chicken

Hello Dolls (ala-ala Kim Kardashian neehhh)

Semalam MK promised nak masak kan? Well here goes!! My Kung Pao Chicken. Atau dalam Bahasa Melayunya Ayam Kung Pao (bukan kuntau ok!)

Ini MK baru je masak untuk sahur pagi tadi. Tapi bembahannya dah siap malam tadi sebelum tidur. Owh - MK juer berjaya buat Biskut Cornflakes!! Yeaayyy for me! Tapi tu entry lainlah kot.

PakMir puji 2 kali. "Sedap" pastu dia makan nasik diam-diam. Tak lama lepas tu dia cakap lagi "Sedap". MK senyum saja. Adalah amat susah PakMir nak cakap 'sedap' ok. Sebab selalunya dia bukannya excited sangat pasal makan-makan ni. Bini dia ni je yang kalau boleh semuuaaaa nak makan. Selalu kalau MK tanya sedap ke tak. dia jawab "ok" atau "boleh dimakan" gitu je.

Lagi satu time sahur actually PakMir & Bayong prefer roti. Tapi dah MK beriya-iya nak buat kungpao chicken ni dia layankan je.

Makanya - MK amat appreciate pujian yang 1 perkataan itu. Lagi-lagi bila diulangi 2 kali....hahahaha...


Tak nampak? Nah bigger pic

Ahhh nicer

Moh tengok resepi.

Bembahan:-
1 piring ayam-potong kecil
8-10 tangkai cili kering
1 biji tomato-diced besar sikit ye
1 biji bawang besar - yang hijau tu ye. bawang india rasanya. Diced besar juer
1 piring biji gajus goreng
3 tangkai daun bawang (potong panjang-panjang sket dalam 1 inci each)
2 ulas bawang putih (racik)
1 inci halia (racik juer)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar tepung jagung
1 biji capsicum (MK tak letak sebab PakMir tak suka)
Garam sikit je.

Cecara:-
  1. Goreng biji gajus sampai rangup. Ahhh..di sini MK melakukan kesalahan ye puan-puan. Eh..actually Yen buat perangai....masa MK dah goreng gajus tu dia jatuh dari sofa nangis kuat-kuat pulak. MK terus padam api dapur sebab nak tengok dia. Pastu cepat-cepat angkat gajus tu....tapi sadly terhangit sket. Supposedly guna api kecil, kacau selalu & angkat bila dia dah tukar warna perang sikit tu. Sebab selepas kita angkat pun dia akan memasak diri sendiri (eh..paham ke nih-lantak lah haiii)
  2. Asingkan biji gajus itu.
  3. Gaul ayam bersama garam & tepung jagung. Goreng sampai masak.
  4. Actually kena guna dada ayam saja. Tapi kalau puan-puan seorang pemasak yang rajin (read-pemaleh) seperti MK, boleh je guna apa-apa parts pun.
  5. Bila dah masak - angkat toskan.
  6. Goreng cili kering yang dah dipotong-potong. Goreng sampai garing. Angkat ketepikan.
  7. Panaskan minyak baru, tumis bawang putih & halia sampai garing
  8. masukkan bawang besar, sos-sos kicap semua.
  9. masukkan tomato, rasalah sedap ke tak sedap. Time sahur boleh rasa ye..time masak untuk buka takyah lah rasa (eh..ini pun nak inform ek...)
  10. masukkan ayam, cili kering & gajus goreng - gaul rata
  11. masukkan daun bawang..gaul-gaul. tutup api.
  12. Siap!!!
Hmmm...taste wise - MK masak tak sesedap Uncle Win. Tapi takpe...ini 1st time, sila kasik chance. Pastu MK prefer kalau ada kuah sikit kan...takpe..nanti alter resepi ni. Lagi satu, yang Uncle Win masak tu, cili keringnya macam garing tapi lembut boleh dikunyah. MK punya macam ter-over garing kot. Puan-puan pandai-pandai lah ye. Janji suami gembira sudeeehhh.

Selamat maju jaya!!!!

P/S: wahhh 2 entry dalam sejam!!! ajaib!

4 comments:

Desert Rose said...

Ohw inikah kung pow chicken, aku adalah slow ok, aku tak tau namanya, aku tau masak je tapi memangilnya dgn nama ayam biji gajus. Tapi versi MK ni mcm lagi menarik ar, boleh try , tq.

Wei tapi kan ai rasa kan, kalau rajin la guna semua part ayam tu kan, mcm MK, kalau mcm DR beli je yg chicken fillet tu kat Pasaraya Pak Haji, haaa, tu mg endorsed by PBB, pemalas sejati

. said...

alah.. lecehnyer..tapi betul la bende sedap sure susah nak buat.. kene goreng gajus dulu, goreng cili kering plak..daku sungguh pemalas.. haih~

Anonymous said...

MK..

aku dah lama tak jenguk blog and bila buka ajer tgk ayam kung pao nie.. terus terpikir nak try wiken nie.. :D

thanks!

myselfndots

MK said...

DR: MK rajin? Wowwww maseehh blom pernah orang puji..hihi

Ita: Kalau dah ada bembahannya senang je dek. Gajus tu boleh beli je yang dah siap goreng ke. yang dah siap salted/honey ke tu.

Long: dah buat ke long? Terbau-bau sampai ke sini nih.