$

Tuesday, 27 July 2010

Anak bujang saya


Hmm... ini le anak bujang saya. Kitan panggil dia Bayong. Baik budaknya. Memang selalu ikut cakap ibu ayah dia. Banyak mengalah dengan adik, tanggungjawab pun dah banyak. Baru 5 tahun je tapi dah macam budak besar. Maybe sebab dia anak sulung kot. Dia budak pandai, cikgu cakap dia cepat tangkap apa yang diajar. Serba serbi baguslah anak saya ni.....hehe siapa lagi nak puji kan...mestilah ibu dia jugaaakkk..

Anyway, saya perasan satu perkara pasal Bayong. Dia hmmm susah untuk being silly. I mean nak jadi gila-gila. Contoh macam nak buat-buat muka badut ke. Nak lompat-lompat macam beruk ke. I can say that he's a perfectionist. Taknak orang pandang rendah pada dia. Taknak kelihatan silly pada pandangan orang. i think he's too matured for his age. Which is I personally think tak fun lah hidup kalau tak being silly once a while. Seronok kan jadik kanak-kanak. Saya suka kids being kids.

I don't blame him though. Maybe itu nature dia. Dia bukan taknak buat semua benda-benda yang fun. Maybe dia malu atau rasa tak patut buat perkara-perkara yang akan membuatkan dia nampak tak bagus. Maybe.....

Last night, nak jadik cerita MK terpaksa drive lewat malam lah jugak. After 10 dikira lewat bagi saya ye..hihih...10pm masa untuk tidur sebenarnya. Yen naik kereta ayah. So Bayong & I naik kereta lagi satu. I was sleepy dah. So while driving, MK tampar-tampar muka sendiri kasi hilang ngantuk. Pastu sampai kat Dataran Merdeka, MK turunkan cermin kereta pastu jerit kuat-kuat kat luar "Aahhhhhh ngantuuukkkkkk!!" Mat-mat rempit tepi-tepi jalan yang tengah lepak tu pun siap menyahut juer... "Woooooooo yeaayyyy" gitu lah lebih kurang.

Bila MK toleh kat Bayong, dia macam dah cair dah....melurut ke bawah sikit. Maybe malu ibu dia jerit-jerit macam orang tak sihat...hiksss...Pastu sampai dekat traffic light Dataran tu Lampu merah pulak. Ada amoi 2 orang melintas depan kereta kami. MK jerit lagi kuat-kuat "Haaiiii good night amoiiii!" Melompat amoi 2 orang tu...heheheheh...kelakar giler... Bayong pun ketawa. Dia tanya "Takpe ke ibu, jerit-jerit gitu. Nanti dia marah?"

Mk jawab "takpe..kita wish dia good night je...bukan cakap benda tak bagus, Bayong nak cuba?" Dia geleng kepala. Lampu hijau, MK still ngantuk. Jerit lagi "Bayong ketiak busyuuukkkkkk!! Yen budak bonceetttt" Bayong ketawa. Dia kata dia pun nak jerit. MK turunkan tingkap sebelah dia tu. Dia nampak ada pekerja DBKL tengah angkat sampah. MK suruh jerit kat orang tu cakaplah selamat malam gitu.

"Haaaaiiii terima kasih angkat sampaaaahhhh!" jerit Bayong. Orang DBKL tu angkat tangan lambai-lambai Bayong. Bayong suka...gelak-gelak seronok dia.

So dari KL sampai ke rumah kami 2 orang asyik menjerit-jerit macam orang gila. Jerit good night kat ramai orang. Bayong all out. Let go semua malu-malu dia. MK nampak dia seronok sangat. Sampai rumah dia ketawa-ketawa.

This morning - Bayong masih tersenyum-senyum teringat pasal malam tadi. Haaa...gitulah anak ibu. Takmo serious sangat. Hidup mesti kadangkala ada fun...ok Bayong!!! Saaaaayyyngggg Bayong 100 juta ribu kali...






7 comments:

Mak Ton said...

happy ya bang yong jerit2 ngan ibu ek...

ibu mmg over... hiks.

Arechique said...

Tan, kau ingat tak kito ponah buek apo ngan topeng maskot A&W... hihihih. Those days were bloddy fun n crazy.

isya said...

i like this entry....ibu mmg rock!!

mama cas said...

1) nak kena try gak ni jerit2..macam best jek.
2) thanks sbb tak perasan pasal bab ni kat anak2, mm kena perhatikan husna lak lepas ni..

MK said...

tun- kesian dia selalu holding back...must have fun once a while kan.

cicik - hihihihhi sampai skrg aku masih ingat peristiwa itu my dear sis

isya- maseh isya. rock ke giler ek?

mama cas - ye sila try jerit2 itu. and i do perasan adam macam holding back since ada adik. sgt kesian kan...

Kasih D Hati said...

hai...
reading ur blog...
really have fun...
rasa mcm ada kat tempat both of u...
do hope that i can b a mother like u...happy...:)
best of luck 2 u...

MK said...

thanks Kasih D Hati - MK doakan u akan dapat jadik mommy yang best!!! ok!