$

Friday, 16 July 2010

Hasil Tangkapan - Sup Ikan Merah

Salam all (sambil lambai-lambai manja),

Last week kami anak beranak balik kampung tanpa PakMir tercinta. Dia cakap nak pergi tangkap ikan. Hmmm... being with him for about 8 years now, tak pernah MK tengok dia memancing. Main bola, futsal, boxing tumbuk-tumbuk, tembak-tembak masuk hutan kelapa sawit malam-malam buta gelap-gelap selalu juer.

So long story short, he better bring some ikan home. Here they are!!! 3 ekor ikan yang super besar err... kalau dibeli di pasar mau lebih RM50 kot nih. Katanya dah siang...so thank god sebab MK tak berapa reti siang ikan. Hancur karang... but the moment nak masak tiba-tiba nampak ikan-ikan itu masih bersisik. Huwaaaa.... mana reti buang sisik ikan.. tapi kena buat juer...pastu takkan nak suruh Yen buat kot.

Ni ha bukti tangkapan - ikan merah, ikan siakap (betul ke?)

Korek-korek di bawah tempat simpanan cutleries, jumpa mende untuk buang sisik ikan ni. Berkilat-kilat lagi tak pernah digunakan. So jom try!! Adoiii aiii terbang-terbang sisik ikan habis satu dapur. Rambut, lengan muka semua ada sisik ikan. Dah lah dah siap cantik-cantik (cantik ke?) pakai jeans sebab nak gi keluar makan sebenarnye. Habis tu dah siang sekor ikan...yang lain pun kena siang sekali. Takmo lah 2, 3 kali dapur penuh sisik ikan.

Ni ha - bukti sup ikan merah. Sebelum tu tanya TunTun dulu "Tuntun, kalau nak masak sup ikan merah nak campur apo?" Tuntun cakap, su hoon, carrot bla..bla... so ni lah hasilnya. Nanti resepi lain kali lah. Maleh la hari ni.

Ni budak yang cedera parah sebab main bola gergasi dalam rumah. Ala...bola yang kita buat exercise tu yang besar tu. Dia terbang atas bola tu terus tertunam ke carpet. Sagatlah mata dia tu. Tsk tsk tsk... malam tu bila pergi IOI mall nampak cermin besar MK tunjuklah muka dia. Kasik dia nampak muka dia dah tak handsome konon. Tapi dia cakap "Wowww...." sambil depa-depakan tangan dia. Yen rasa hebat macam super hero kot. Sebab kan super hero selalu cedera tapi masih handal...gitulah...

Ontahlah Yen....

P/S: Tun - tuh tikar buluh beli kat Nilai 3, kecik je letak kat dapur RM5 je..suka..muraaahhhh!!! Lawa tak? Yang penting ada color hijau...hihihi...

3 comments:

Manis Desa said...

sup ikan merah itu sgt sedap rupa dier..... bermcm kaler ada...

tantekk tikar tuh.... nnt nk hangkut en N gi Nilai 3 lah....

hantumakan said...

itu ikan jenahak.. ngeheheee..

MK said...

hantumakan: loohh itu ikan jenahak ke? hahaha.. fail lah saya ini