Hello - Salam Isnin.
Masih lagi terpahat kegembiraan MK ini. Sementelah gembira bersama rakan tercinta. Duit juer tidak banyak habis sebab barangan yang dibeli tidaklah mahal. Semuanya memang berpatutan belaka. Ataupun MK tidak berbelanja sakan seperti buah hati MK yang 2 orang itu - Tun & Mie.
Owh..kali ini Ma tidak dapat bersama sebab dia tu kerja odd days. Time orang cuti, dia kerja, time orang kerja dia cuti.. chitttt!!! Oleh kerana TunTun tidak dapat bersabar untuk menunggu Ma cuti, maka dia memaksa kami shopping juer hari Jumaat yang lepas. Nasib baik juer kami pergi Jumaat lepas, sebab Jumaat ini MK nak balik Kedah, visit Tokwan PakMir yang tak berapa sihat.
Ok - jom bebel lagi....
Mereka sampai di rumah MK tepat pada pukul 10.15am. Setelah sesat nak sampai ke Ampang sudah!! Siap cakap "Aaahh kami sekarang berada di tepi kubur cina" kata Amy. "Kubur cina? Itu sudah terlapas ke MRR2 cek naabbb!!! Pusing balik!!"
Ni ha..bukti mereka selamat sampai ke rumah MK. Kena letak bukti kalu tidak husband TunTun tak marah nanti. (Hai En.N!!) ~sambil lambai-lambai~
Pas TunTun tambah 3 kali mee hailam busu leha itu (dia yang kata) barulah kami berangkat ke The Weld. Pencarian tudung bermula. Budak 2 orang itu MK lihat seperti tidak keruan ye. Siap kerut-kerut dahi mencari tudung yang matching dengan kain ela yang dah siap dibeli. Macam ada masalah besar pulak. Hihihhihi...
Barulah mereka faham erti gila ketika MK selalu berada di belakang The Weld tu hampir setiap Jumaat untuk usha-usha tudung. Murah & cantik. But mind you...bukan Ariani ye...Arianot saje
Kami rambang mata memilih deretan-dereta kedai yang nak disinggahi. Tapi kami menjadi cerewet. Hanya pilih kedai yang penjualnya cantik & peramah saja. Kalu ala-ala sombong itu... kami jeling-jeling saja. Eventhough MK nak beli scrunchy kan...tapi adik penjual itu buat muka lepat pisang dia...MK tak jadik beli dengan dia. "Kenapa ko tak jadik beli Tan? Kata nak ikat rambut?" tanya Amy "Takpelah Mie, tengok muka adik itu macam cekodok je.. aku lebih rela ikat rambut aku dengan getah tempe saje"
Muka gembira testing tudung
Matching tak? Ok kan? Pastu tak jadik beli sebab ada kekotoran di tudung itu. Beli tudung lain pulak. MK menyelit 1 tudung membuatkan kami dapat discount. Hiks
Amy yang agak tertekan mencari tudung yang matching. Dia marah kalau MK letak gambar ni. Tapi ini saja bukti yang dia tertekan perasaan & rambang mata. Siap kerut-kerut dahi macam ada masalah besar ok. Padahal orang suruh pilih tudung je. Hihihhi...jom pergi lagi Mie!!
Gambar ini yelah bukti ke-2 bilamana excited, MK akan menjadik jongang arnab. Nih nak ke jalan TAR nak carik kain ela pulak ni. Eh..Amy tersorok.
Aahh baru nampak Amy. Owh kebetulan pulak kami semua pakai tudung hitam ek!
Kami dah sampai Sogo, park kereta kat situ & nak carik surau. Tapi surau tutup? Boleh tutup? Dah pukul 2pm ok. Dia tulis kat situ bukak 12.00pm hmmmm...maybe takut staff curik tidur kot.
Muka gembira, bila dapat kawan-kawan yang sama gila hihihi
MK dah lama nak try pakai tudung ni. Tapi rasanya tak sesuai kot. Sebab dia melekap kat dahi. Macam kepet je kan. Rasa macam muka menjadi bulat seperti pinggan corelle (hihih takmo kalah...nak pinggan mahal je) So tak beli. Masih belum yakin memakainya.
Gembira betul budak 2 orang ni. Yang paling gembira si TunTun tu. Semua kain dia nak ambik, semua tudung dia nak beli.
Amy cakap kami nampak macam bapuk!!! Sebab pakai baju 2 lapis nampak bahu bidang sangat (opss no offence everybody) Eleh..Amy jeles!!
Pukul 4.30pm baru kami gerak ke Kampung Baru. Sebab PakMir sebelum itu telah melapurkan bahawa jalan ke Kg.Baru ditutup sebab ada demonstrasi tunjuk perasaan pasal Kapal Mavi Marmara tu. Lagi pulak hari Jumaat kan. Lunch hour mana boleh nak masuk jalan ke Masjid Kg.Baru tu. Dah kengkawan MK ni nak sangat makan kat Wong Solo setelah terpengaruh dengan cerita MK yang tak lain tidak bukan memang dasar pencinta makanan. Hihih...
Kami order emping dulu sebab dah kelaparan. Biasanya kita panggil keropok malinjau kan? MK order jus alpukat, TunTun jus mango. Amy pulak bila disuruh order jus poligami dia cakap "Tidak sekali-kali aku akan order jus poligami itu. Tak kira betapa sedapnya pun tidak sekali-kali huhhhh!" Marah betul dia..berapi-api muka nya..hihihihhi... Jangan bimbang Amy..kami pun tak hingin nak minum jus itu.
Nih la rupanya jus alpukat nye. Jus avocado sebenarnya. Tuntun order nasi ayam penyet, MK & Amy makan empel sapi. Sedaaappppp.....pastu mereka menapaw untuk merasuah husband masing-masing sebab mengidjinkan mereka keluar bershopping.
Eummmm sedaaappp...
Tengok pinggan Amy, licin gila. Sebiji nasi pun tak tinggal. Dia siap mintak timun MK sepotong sebab malu pinggan dia licin sangat..hihihhi..
Selepas makan baru beredar pulang. Jalan sangat jem, sebab kami lalu depan US Embassy. Dah lah hari jumaat, cuti sekolah & orang berdemonstrasi kan...kengkawan MK sampai di rumah mereka dalam pukul 9.00pm. Husband Amy marah kah ek? Sebab dia cakap "Dibogi botih nak poho" hihihhihi.....
Disebabkan masih ada masa lagi sebelum raya maka ada kemungkinan kami akan berjumpa & bergelak ketawa lagi? Hihik - lu pikirlah sendiri. Eh..tetiba jadik Nabil... dah tak tau nak buat penutup sebenarnya.
Tata!!!