$

Monday, 10 August 2009

sotong masak lemak cili api 2 bijik


hari ni macam takde mood. pagi-pagi ni dah rindu kat abg lon' & bambam. padahal masa weekend duduk ngan derang hari tu mk asyik menjadi monster sebab derang dah bertambah-tambah aktif & kreatif. adeeee je eksperimen derang adeehhh la.. penat nak tgk. terkenang-kenang perangai budak 2 org tu mmg kadang-kadang annoyying..tapi mostly kelakar. merepek-repek eksperimen derang. bergaduh rebut toys, si kecik tu boleh tahan tak padan kecik melawan bila kena buli. pantang abg lon' lepa je..puukk!!! dia lepuk tgn dua tangan kecit dia.
.
jom kita terus ke resepi yg mk masak lah. ni semua puan2 dah tau kot nak masak. tapikan.. mk rasa kalu mk bagi tau jugak macam mana mk masak terasa happy lah..senang je buat org pompuan happy kan.. sedih-sedih pegi lah jalan-jalan kejap beli sebatang lipstick or lipgloss maybe berharga rm10 dah happy... gitu ke? tak pun....sedih runsing jiwa kacau jalan sorang-sorang melayan jiwa lara gitu...singgah salon pergi wash & blow rambut.... happy... damn....
.
bahan-bahan:-
5 ekor sotong
2 bijik cili api (tu pasal nama tajuk nye gitu sbb mk guna cili api 2 bijik je. nak ade rasa ujung2 lidah je supaya bambam boleh makan sama)
2 biji bwg putih
3 biji bwg merah
6 btg kacang panjang (nak lebih pun bleh)
1/2 bijik santan kelapa
1/4 sudu kecik serbuk kunyit
bahan perasa
.
cara-cara:-
  1. tumbuk bwg putih, bwg merah & cili sampai lumat - campak dalam periuk
  2. letak serbuk kunyit & santan, hidupkan api jgn besar sgt...kacau slalu. masukkan garam ke maggi cukup rasa ke, apa-apa yg puan-puan suka nak masukkan lah. jgn pulak masukkan kicap dah la ye.
  3. bila dah mendidih sket, masukkan sotong - kacau selalu
  4. bila rasa sotong dah lembut sket masukkan kacang panjang. jgn lama sgt..nanti dia over-cooked tak sedap.
  5. siap!!

mk juga goreng kembung kukus & telur dadar buat lawan lauk tersebut di atas. budak-budak suka makan. senang je kan....

disebabkan mk rindu abg lon' & bambam mk nak tepek gambar derang....

ni abg lon' masa birthday dia last january, 2nd pic last two weeks punya pic kot 'si bulu mata panjang' kesayangan mk. abg lon' suka bila mk panggil dia gitu. dia rasa special kot. mk suka pegang bulu mata dia dgn jari kasik dia susah nak bukak mata...heheeh.. love u abg lon'


bambam 1o bulan baru pandai berjalan. 2nd pic - eksperimen lalu bawah meja. kalu merangkak = lepas. kalau berdiri = terhantuk/sakit. blankie pink jangan dilupakan? mesti bawa ke mana-mana. speaking of blankie pink tu... sesapa ade jumpa blanket ni kat mana-mana tolooooong lah inform mk. sbb dah lama carik tak jumpa-jumpa. mk potong dua selimut ni. tapi yg lagi satu tu dah hilang so skrg tinggal sekerat jelah. bila nak basuh berperang dgn dia..pastu tak sabar-sabar tunggu kering. blanket pink brand pigeon kot. tolong eh..kalau puan-puan ternampak lah.
tata!!!

4 comments:

tHrEE oF us said...

2 biji je kek kak? kt umah ade setengah biji jek.. bole kan? =P

tu bambam suka blanket kaler pink ek? nk kene brand tu jugak ke kak? lain brand x bole ek?

MK said...

1/2 bijik cili? ko buat perhiasan je lah dek non!! selimut bambam tu dia bukan suka kaler pink..tp mmg sejak dia lahir selimut tulah yg digunakan utk bedung dia. nyesal tak beli 2.

Mak Ton said...

blankie pink tercicir..
huhuhu...
kena li lagik satu gamaknye tuh..

nyway msk lemak sotong ko nmpk dilicies..

MK said...

aku mmg nak beli lagi 1 tun - tp titak berjompa