$

Wednesday, 12 January 2011

Lamb Chop lagi

Yelloowwww...!!! Ini adalah last week punya dinner. MK buat lamb chop lagi. Teringin pulak, bahan-bahan semua dah ada so..buat saje. Lembab sket buat keje terhegeh-hegeh, jadiknya kami makan malam pada pukul 9.15pm.

MK perap lamb tu 1 jam je..hihihih ini case tetiba nak makan lah ni. Kalau nak sedap lagi haruslah perap at least 4-5 hours.


 Tengah nak ambik gambar tetiba ada tangan pulak yang dah kelaparan..

 Ahh..baru clear

 Gambar dalam pinggan pulak + coleslaw.

Resepi ada dalam previous entry boleh tgk kat sini lamb chop MK ada jugak resepi mashed potato, coleslaw & black pepper sauce sekali. Lamb ni ada 3 slices je RM8.00 je. Tapi 2 keping nipis, 1 keping normal size. So dia jadik garing sket pulak & tak cukup. hihihhi... takpe..lain kali buat lagi. Coleslaw MK buat kasar-kasar sikit shred nye sebab kalau halus sangat rasa macam tak puas je tatkala mengunyahnya. Terpulang kepada selera masing-masing okes!

Resepi black pepper sauce yang MK kasik tu banyak ye. Kalau tak habis jangan buang. Gunalah sebagai penambah perisa kalau nak goreng ikan/ayam berlada ke, orait!!! Or else tetiba esoknya pun nak buat BBQ partaayyy ke...boleh reheat semula.

Enjoy!!!!

Tuesday, 11 January 2011

Picnic

Hai ladies - Petang Sabtu lepas Bayong ajak MK pergi Taman Bukit Jalil pegi bagi ikan & kura-kura dia makan. Masa kat sana dia nampak ada satu family bentang tikar kat atas rumput sambil berpicnic. "Macam seronoooook je ibu" katanya.

Balik rumah malam tu dia kata nak picnic macam orang tu pulak. So.... being a good mother..(hihih), MK bangun pagi-pagi Ahad tu sebab nak masak nasi lomak. Goreng ikan bilis, kacang, ayam. Buat teh tarik. Kejut semua orang bangun tidur pada pukul 8.00am sebab kalau lambat nanti matahari keluar panaslah pulak.

Kami sampai kat taman tu pukul 9.00am. Tempat yang paling strategik untuk berpicnic telah diambil orang. Maka kami mencari tempat yang lain. Tapi terpaksa pindah lagi dua kali sebab banyak kerengga. Last-last kami duduk sini. Ada kerengga juer tapi sikit je.

 Orang lain tengah gigih ber-jogging, kami gigih memakan nasik lomak....

Nyum..nyum..nyum...

Budak gembira dapat picnic

Hmm... hasilnya seronok. Walaupun matahari dah keluar, tapi tak panas pun. Pastu sambil kanak main bola & lari-lari, MK & Auntie derang membaca paper sambil bergossip. You guys should try this okeh...!!!

Friday, 7 January 2011

Shahrul & Ayu : Solemnization & Reception



Salam girls,

Ni haaa...dah di upload pun you tube adik MK. Sila tengok. Lawak gak video ni. Siap ada suara berkata "baru lah hero kan jang?" masa adik baru selesai akad. hihihihhi.

Enjoy!!