Assalamualaikum semua.
Hari ni 20 April. Hari ni birthday Ayah saya yang ke-78 tahun. Tadi saya call Ayah untuk wish dia happy birthday. Saya tak dapat cakap lama-lama sebab saya memang nak menangis je setiap kali bercakap dengan Ayah. Entah kenapa lah syahdu memanjang. Banyak dah umur ayah saya. Alhamdulillah. Ayah saya sihat sejahtera setakat hari ini. Semoga Ayah sihat selalu panjang umur murah rezeki. Gembira bersama Ibu dan anak-anak cucu-cucu.
Ni gambar tahun 2008. Tu Ayen dengan Ayah. Ayen baru 7 bulan masa ni.
Makin hari saya kadang-kadang makn takut nak memikirkan tentang umur Ayah saya. Nak type ni pun saya dah bergenang-genang air mata. ayah saya dah tua. Saya takut nak memikirkan tentang kehilangan dia. Tapi semua orang akan menemui Penciptanya. Itu memang pasti. Tapi saya harap Ayah sentiasa sihat selamat selalu.
Ayah saya memang superhero lah. Tak tau nak mula dari mana tapi satu perkara yang saya sangat kagum ialah Ayah saya sangat pandai menguruskan kewanga dia. Ayah dulu bekerja sebagai seorang cikgu. Lepas tu baru naik pangkat menjadi Guru Besar. Anak nya 6 orang. Ibu tak bekerja. Tapi yang saya tahu, Ayah tak pernah tak ada duit (itu yang saya tahu lah - ataupun Ayah pandai sorokkan kesusahan beliau kan)
Tu Blue Mosque Turki
Ayah memang cermat berbelanja. Ayah tau ke mana pergi setiap sen duitnya. Ayah ada buku catatan. Ayah bukan kedekut. Kami dapat hampir semua keperluan kami. Makan pakai memang tak pernah bercatu pun. Memanglah tak mewah. Tapi saya tak pernah rasa susah.
Dulu Ayah pakai kereta Fiat warna merah lepas tu tukar cat jadik warna kuning kalau tak silap saya. Lama gile kot kami guna kereta tu. Dari saya kecik kot memang guna kereta tu. Sampai saya tingkatan 2. Kereta tu memang lama. Tapi takde lah buruk. Sebab Ayah jaga dengan baik (agaknya). Kawan-kawan lain ayahnya semua dah guna Proton Saga dah masa tu tahun awal 90-an. Saya dan Adik lah yang selalu naik kereta Fiat tu. Dulu ada jugak rasa malu. Tapi bila dah besar ni saya pikirkan semula, Ayah beli kereta tu cash. Ayah hampir tidak pernah berhutang. Semuanya cash.
Ni dekat Laut Merah - saya rasa saya banyak ikut muka Ayah ke?
Bila Ayah dah pencen, barulah Ayah beli kereta baru Nissan Sunny. Kereta 2nd hand. Sekali lagi Ayah beli cash. Dengan kereta tu lah saya belajar memandu. Sekarang ni pun Ayah guna kereta kancil warna hijau tua. Tu pun dia beli cash jugak. Kereta tu pun dah lama kot. Hampir 7-8 tahun rasanya.
Ni dekat Masjid Nabawi. Owwhhh ni memang special sebab saya pergi dengan Ibu & Ayah je.
Ayah dah tua. Dah cepat penat nak drive jauh-jauh. Bulan Mac hari tu saya ada bawak Ayah & Ibu ke Ipoh pergi ke rumah Kak Ngah (Kak Ngah baru pindah rumah). Ayah cakap kereta saya cantik. Ayah kata kalau dia yang drive kereta saya ni mesti dia drive lagi laju heheh..ye Ayah saya memang pemandu yang hebat (dulu lah sekarang ni mungkin kurang cekap sebab faktor umur). Ayah ada jugak mengadu yang kereta kancil dia dah bergegar bila drive. Saya sediiiiihhh sangat. Ayah saya tak pernah mengadu apa-apa pun.
Tu jelah cerita birthday & kereta yang saya dapat share. Nanti besok-besoklah saya cerita pasal hal lain pulak. Memang banyak lah cerita tentang Ayah kesayangan saya. Tapi hari ini saya decide nak share tu je lah. Sobss...sobbss...
Ok lah..saya tak dapat nak type lagi panjang. Sayu sangat pulak rasanya. Menitik-nitik dah air mata ni..ehhhh...isshh!! Doakan Ayah saya panjang umur dan sihat selalu. Terlalu banyak jasa Ayah memang tak akan dapat saya balas.
P/S: Doakan saya dapat belikan Ayah kereta baru secepat mungkin. Tolong doakan ye!!! Pleaseeeee