Lepas habis dari 2012 Potluck Parteyyy last Thursday, my never ending routine berjalan seperti biasa. 30/12 (Friday) is Bayong's orientation day so petang tu bawak dia potong rambut. Biasalah kedai-kedai rambut lain semuanya penuh. So I brought them (Bayong & Yen) pergi salon baru dekat-dekat rumah.
Kedai tu ada tulis 'Kedai Dandanan Rambut'. Bayong freakout! Dia taknak rambut dia didandan katanya. Hihi..cute je.
Tengok tu blogmom busy betul ambil gambar kejadian ye.
Mind you, I still love to see my kids look like little kids. Seboleh-bolehnya nak buat tumbersaran anak-anak sedikit lambat hahah boleh ke gitu. Yelah..budak-budak ni cepat sangat besarnya. So I decided buat feseyen rambut cute-cute rather than macam dewasa like rambut pacak what-so-ever. Mushroom hairstyle is my favourite!!
Here goes!!
Malam tu kami raptai pakaikan Bayong full school attire. I asked him to wear it himself. Ajar pakai tali pinggang nak bukak macam mana & so on. Yelah, nanti kat sekolah tak reti pulak nak bukak belt kang terkencing dalam seluarlah pulok!! Haru nangis-nangis satu kerja pulak kita dari office nak datang bawakkan baju lain untuk dia. Oh yeah! Si kenit sebelah Bayong tu pun nak masuk tadika esok. I'll update later. But Yen sedikit eksyen sebab dia kata dia tak takut. Ellehhh memanglah, dia dah kenal semua cikgu-cikgu tadika tu ok. Jiran-jiran tetangga pun ramai dah kenal dia. So dia rasa macam otai la kot..hahah nanti ko..kita tengok esok!
30/12:-
Kami sampai lebih kurang 8.00am. Perut lapar juer belom breakfast. Sempat sambar sebiji pau kacang je. Bayong lepas tu terus kena beratur perhimpuan. Ok dia..bersemangat & serious ok! Hehe...Actually ramai kawan-kawan kindi Bayong yang masuk sekolah yang sama tapi disebabkan orientasi ni meraka berpisah sebab kumpulan semuanya ikut alphabetical order. Kawan-kawan dia ramai yang nama Muhammad kot so berpisah kumpulan. Bayong di Kumpulan 1
Hensem kan..hehehe rambut belah tepi ok!! Haha. Well majority boys pakai beg angry bird, ben10, transformers & girls pulak semestinye beg barbie kaler pink! Sampai PakCu Alan dia kata nanti dia nak belikan Bayong beg Pink Floyd supaya anak sedara dia menjadi rare & different from others..apa-apalah Acu.
Sementara Bayong dah masuk ke dalam kelas untuk ambil ujian saringan peringkat pertama (Jangan main-main ok) ada ujian saringan, macam nak masuk AF layaknya. I walked to canteen with Yen sebab tak tahan nak merasa nasi goreng canteen!!! Nyummmsss sedap I tell you. But mahal juer! Nasi lemak ayam sambal RM3.00. Soya RM1.80. Selalunya inilah breakfast Bayong so berapa nak kena bagi duit belanja pergi sekolah ni? RM5??!!!! Haisshhhh....kita dulu nasi lemak 20 sen pun adakan. Kalau beli nasi lemak 50sen tu kira anak orang kaya ok!
Bayong duduk mengadap tingkap so membelakangkan camera tak nampak muka dia. Actually parents wasn't allowed to be near the classroom. Tapi tak pedulik!!! Ini parent yang degil..hihihi. Orang nak ambil gambar anak je. Cikgu-cikgu dah warning supaya tak naik ke kelas anak dikhuatiri menggang emosi murid-murid lain yang tak namapak parents diorang tu nanti.
Well - disebabkan MK & other parents degil, tiba-tiba ada seorang murid telah panic & berlari keluar kelas untuk mencari ayah dia..hihihi.. cikgu-cikgu cuba nak kejar tapi budak ni laju ok!! Last-last dapat tangkap & terpaksa panggil ayah dia datang untuk menenangkan hati dia. Kesian juer...mesti dia panic..tsk..tsk..tsk..
Tengok siapa yang dah habis orientasi??!! Welldone son! Ibu proud of you!
Last but not least - bukti gambar blogermama di tempat kejadian.
Can't wait for esok pulak sebab Bayong start sekolah betul-betul. Nak tengok dia naik van sekolah & Yen pun kindi!!!!
Tata!!!
No comments:
Post a Comment