Salam all,
Entry ni bukan bermaksud nak mengadu ke nak mengmpat ke apa-apa tau. Kira macam luahan hati & rasanya ramai lagi ibu-ibu lain yang umurnya lebih kurang umur saya ni mengalami perkara yang sama sekarang. Sambil menaip ni lagu Ning Baizura 'Pejara Kasih' tengah berkumandang gitu (chewaahhh). Jom lah kita sama-sama berkongsi global issue ni supaya hati kita rasa ringan sikit dan ikhlas pasrah berbakti kepada keluarga tercinta. Hihi...
Sejak anak masuk sekolah ni kan saya rasa routine harian berubah 180'. Bayong lah especially, sebab dia dah darjah 1 kan. Pagi-pagi sekolah KAFA, kena pakai baju melayu, bersampin siap songkok. Biasalah baju putihkan dipakai oleh budak lelaki yang lasak pulak tu. Kejap-kejap dah kotor tang lutut or lengan baju. Itu nasib baik Bayong yang pakai, takde lah kotor mana tapi masih visible so tak boleh pulak nak buat-buat tak nampak.
Saya bangun hari-hari pukul 5.15am. Selalunya pagi-pagi Bayong dah lapar...lapar...entah apa nak disumbatkan. Kadang nak roti kadang nak sausage. Dah la mengejutkan 2 beradik tu satu kisah menyayat hati. Siap golek sana golek sini. Kena marah lagi..kenapa ibu kejut cepat sangat. Bila kita dah kejut lambat sikit kenapa ibu kejut lambat. Pulaaaakkkk!
Lepas bangun tidur tu lepak kejap kat depan tv untuk menstabilkan diri kot...persediaan untuk mandi. Bila dua-dua orang dah ok, saya siapkan air mandi. Letak ubat gigi kat berus gigi masing-masing. Selalunya akan menjerit-jerit bergaduh 2 orang dalam bilik air tu. Sambil-sambil dia orang mandi saya pun bersiap atau pun melompat-lompat sediakan baju yang dah di-iron siap-siap. Baru nak letak mosturiser kat muka dah ada jeritan dari dalam bilik air suruh tolong gosokkan gigi lah, tolong sabunkan lah. Ok, pergi jelah..kang tak bergosok pulak gigi anak saya.
Pakaikan baju sekian hal...ada yang melompat tanpa henti ada yang diam seribu bahasa. Macam ibu dia orang ni berslaah besar sangat ok. Kadang mood ok, kadang mood tak ok..rasa macam nak marah je budak-budak tu tapi karang tak best pagi-pagi dah kena marah kan tak best. Tapi perangai masing-masing memang macam sengaja nak mintak kena marah. Tak pe sabaaarrr...anak kita jugaaakkk.
Bila dah siap semua barulah ibu dia orang ni bersiap secara Charlie Chaplin cepat gile. Karang kalau tak lawa kang orang kata tak reti jaga badan la..nanti laki carik lain lah..macam-macam. Ye..memang tak perlu dengar cakap orang kan...tapi nak buat macam mana, telinga kita ni bukan boleh disumbat-sumbat 24 jam.
Lepas salam-salam cium dengan ayah dia orang tu berderet-deret turun tangga sambil berlenggang kangkung. Yang ibu dia orang ni mengangkut beg sekolah yang maha berat, beg nak pergi rumah baby sitter, uniform yang nak dipakai petang nanti. Kadang-kadang anak tolong bawak, tapi selalunya saya tak bagi sebab nanti baju-baju tu kedut or terjatuhlah. Beg pulak memang lah anak boleh bawak sendiri tapi beg tu berat. Kesian karang badan anak jadi bengkok kang tak hensem pulak. Biarlah ibu dia orang ni yang bengkok. Lagi pun dekat jelah. Boleh tahan beratnya adalah sama berat dengan guni beras 5kg.
Hantar ke rumah baby sitter sekian hal, kadang tiba-tiba ada yang nak beli kuih pau, singgah lah beli, berderet-deret lagi naik lift ke rumah baby sitter. Sampai sana kalau dari rumah tak pakai baju melayu so kena tukar kat situ. Pakaikan kasut & hantar pulak lintas jalan ke sekolah KAFA. Nasib baik dekat sangat. Salam-salam lambai-lambai 4 kali barulah naik ke kereta. Ye, Bayong suruh lambai 4 kali. Lepas lambai kali pertama dia jalan 2-3 langkah, dia pusing belakang, kita kena lambai. Jalan lagi 2-3 langkah dia pusing kita lambai lagi. Sampailah ke corner dinding sekolah dia tu dia toleh lagi..kitapun lambailah lagi. Karang kalau tak dibuat gitu kang balik nanti dia komplen pulak "Kenapa ibu tak babai Ayong bu?"
Ok, pastu babai adik pulak kat tingkap rumah baby sitter, siap flying kisses semualah. Naik kereta kena buat 1 pusingan U. Bila sampai semula ke depan rumah baby sitter tu kena lambai lagi sebab Yen tunggu kat tingkat rumah tingkat 2 tu. Sambil drive sambil kena pandang ke kanan lambai-lambai sampaaaaii lah hilang dari pandangan.
Mengadap jem dari depan rumah sampailah ke office. Dari rumah ke office tak jauh pun dalam 17km je. Tapi makan masa 45 minit ke 1 jam. Sampai office..ok bernafassssss....
Balik pulak - jemput anak sambil hangkut lagi 3 beg balik ke rumah. Masuk dapur defroze apa-apa yang patut. Mandi, selalunya termenung. Ni termenung betul-betul ok..bukan buang air besar. Sebab kalau dalam toilet je budak-budak tu tak kacau. Itu pun kadang-kadang kacau juer sebab nak syi-syi lah...nak berak lah. Padahal toilet ada dua kat rumah tu. Naaakk jugak guna yang saya tengah guna.
Masak nasi sambil mendengar bunyi-bunyian yang kadang ketawa, kadang menjerit, kadang mengangis. Sambil-sambil tu anak hangkut segala macam benda dari dalam bakul mainan bawak pulak ke hall sambil main lempar-lempar. Saya masak-masak sambil rendam baju-baju putih Bayong. Ikutkan hati malas nak sental. Tapi karang kalau baju sekolah anak saya kotor, orang kata ibunya yang pemalas kan. Sambil-sambil tu kain dalam machine pun dah berjalan. Menu nak masak pun kena pikir yang tak pedas untuk yang tak makan pedas dan yang menepati citarasa semua orang.
Makanan dah siap - kadang anak nak makan sendiri tapi nak makan depan tv. Saya menyampah betul ok. Sebab lagi banyak nasik jatuh ke lantai daripada masuk mulut. So kenalah suapkan kadang-kadang jelah. Kadang tunggu suami balik, kadang tak tunggu sebab dah gigil-gigil lapar. Makan je lah dulu walaupun sebenarnya suka makan dengan dia. Tapi selalunya akhirnya akan makan sorang-sorang jugak sebab diaorang habis makan semuanya tinggalkan meja. Kita jugak tinggal sorang...huuuu
Kemas-kemas meja cuci pinggan, sidai kain, cuci lagi 1 load yang baju putih, nilakan. Haaa...tahun 2012 lah saya baru pandai menggunakan nila. Ni semua kerana anakanda tercinta. Baju dalam bakul penuh menanti dengan sabar untuk dilipat. Penyapu di belakang pintu pun menunggu juer untuk digunakan, mop pun gitu. Haisshhh.
Check pulak beg sekolah anak. Jumpa roti yang dia nak bawak bekal pagi tadi tu dah penyek, isinya pun dah terkeluar coklat terkena beg. Bersihkan lah. Susun buku ikut jadual waktu tak yang berapa difahami. Yelah buku BM banyak buku, mana satu nak bawak. Buku-buku lain pun sama. Suruh pulak anak yang kecik buat homework. Selalunya dituruti dengan deraian air mata macamlah kita ni mencubit perut dia. Padahal disuruh dipujuk baik-baik. Kadang-kadang siap pegangkan tangan dia yang memegang pensel tu buat sama-sama. Proses memujuk memakan masa agak lama. Padahal proses membuat homework nye yang maha mudah tu ambil masa tak sampai 10 minit!
Sambil-sambil tu anak mengadu tadi kat sekolah kena tolak dengan budak besar, koyak lutut dia sikit kena pulak bubuh ubat & lekatkan plaster cartoon-cartoon comel seseme street. Dan-dan tu jugak anak yang kecik kata kepala dia pun luka kenapa tak letak plaster. Letak lah juer. Anak sulung cerita lagi tadi kat sekolah KAFA ustazah marah dia kata tidak menjaga kebersihan sebab kuku panjang. Padahal tidaklah sepanjang mana just kuku dia jenis panjang-panjang macam kuku gelas. Sambil bercerita mukanya sedih sebab memikirkan dia seorang yang tidak pembersih. Hmm..yelah..ambillah pengetip kuku tu potonglah kuku anak. Lagi sorang pun hulur jugak kaki tangan. Yelaaahhh...
Semalam juer Bayong cakap dia tertidur dalam van masa nak balik ke rumah. Semua orang dah turun van..tapi dia tinggal sorang. Nasib baik driver van tu nampak dia tertidur..kejutkan dia..kalau tak tertinggal pulak dalam van. Kan ada kes gitu kan...Nauzubillahminzalik..jauhkan lah Ya Allah. Kesian anak penat sangat..kalau tak dialah yang paling tak suka tidur.
Waktu tidur. Nasib baik proses men-tidurkan anak selalunya diambil-alih oleh suami. Maka boleh lah menyiapkan diri sendiri je untuk tidur. Selalunya kepala belum cecah ke bantal lagi saya dah melayang jauh. Owh sebelum tu kena kemas beg untuk ke rumah baby sitter..pilih baju bla..bla..masukkan dalam beg. check baju suami ade ke tak ada yang dah siap di iron dulu boleh lah iron sehelai setiap pagi, sekarang ni rasanya dah tak boleh buat gitu. Kalau tak jawabnya lambatlah hantar anak. Lambat hantar anak bermakna akan lambat masuk ke office. Punch card akan menjadi merah. Hmmmm. Selalunya memang merah pun.
Sampai office pulak mengadap boss yang selalunya tidak ada di office TETAPI akan call dengan 1001 satu soalan mungkin setiap 1 jam 15 panggilan. Kadang-kadang bila saya tahu jawapan kepada soalan yang dia tanya, dia pulak yang pelik "Aik..home come you know my mom's passport number by heart?" pffttt.... "I know everything about you & your whole family boss, it's all in my head!"
Ok itu je setakat ni. Lega rasanya bila dapat menulis luahan hati. Lega rasanya bila dapat baca sendiri. Bila tak tulis rasa macam berat kepala. Bila tulis & baca rasa macam ringan sikit...pelik! Banyak rupanya yang terkandung di dalam hati ye tak...patutlah berat. Itu baru satu chapter je...chapter yang lain tu takpelah..belum berat lagi. Chapter weekend pun berat juer..tapi tak pelah..lain kali je.
Till the next entry...tata! Terima kasih kalau sudi baca.