$

Wednesday, 5 October 2011

Tioman Bersama Kesayangan (Hari 1)

Salam, haii... (tiru DakDiana) hihih...

Last week 30/9-2/10 MK akhirnya berjaya pergi ke Tioman bersama keluarga tercinta. Walaupun tak semua adik beradik dapat join tapi yang penting Ibu Ayah ada. Actually MK plan nak pergi dengan family kami je & nak belanja ayah pergi Langkawi tapi ayah cakap "Tak ado guno eh doh pogi Langkawi tu..tah penamo eh" hihihhi...yelah.. Langkawi kalau nak shopping best lah kan. So ok Yah...moh pogi Tioman.

Kami memulakan perjalanan dari KL malam 29/9 (Khamis), sampai ke kampung pukul 11.00pm. Tidur & bangun pada keesokan harinya dalam 3.30am. Gerak jemput Kak Ngah kat Senawang & terus gerak ikut Kuala Pilah-Bahau-Muadzam-Endau-Rompin-Mersing. Eh..betul ke susunan route nye tu. Lebih kurang lah tu.

Berhenti dekat Masjid Kuala Pilah solat Subuh. Terus ke Muadzam berhenti lagi untuk breakfast. Perjalanan diganggu 3 kali dengan kejadian yang agak bahaya.

suka gambar ni sebab Yen nampak sangat mengagumi Ibu dia. Walaupun MK tau muka lebar macam dulang & gigi macam tupai..hihihhi...

Bahaya 1:-
Ada lori depan kereta ayah tiba-tiba macam terbabas sikit & entah apa cecair yang dia bawak tumpah atas kereta ayah. Mengucap panjang MK masa tu yang ikut belakang kereta ayah.

Bahaya 2:-
Masa ni kereta kami di depan, tiba-tiba tengah laju tu ada 2 biji motor tiba-tiba berhenti tengah-tengah jalan ok. Tahu-tahulah, jalan sempit gila. Hanya 1 lane je kan, nak elak ke mana pun? Nak elak ke kanan ada lori dari arah bertentangan. So PakMir brek & bagi high beam je. Tapi ayah pulak yang di belakang kereta kami pun dah terapat pulak so ayah emergency brek. Siap berasap tayar kereta ayah. Skreeettttttttttttt!!!! Ayah cakap "Budak-budak tu memang sungguh-sungguh bona nak mati hagak eh! Celepet boto lah"

Bahaya 3:-
Ayah kat depan pulak, ada lori besar kat depan ayah, tayar dia meletup!! Nasib baiklah tayar dia 2 lapis kan. So masih boleh bergerak lori tu. Tapi kami nampak dia macam tak stabil je..so cepat-cepat potong lori tu.

Finally sampai ke Jeti Mersing dalam pukul 10.30am. Naik feri pukul 11.30am tapi feri gerak pukul 12.15pm. Kami berhenti di Kampung Genting iaitu hentian pertama bagi feri pada pukul 1.45pm. Happy!!!!!

Kena jalan kaki dalam 5-7 minit untuk ke chalet kami yang terletak di hujung pantai Kampung Genting ni.

Dah sampai!!!

MK pilih untuk lepak di Kampung Genting setelah men-survey banyak perkara. (Eleh..bebenarnya sexcited gila men-survey hampir hari-hari selama beberapa bulan sebelum kejadian) hihih... Memandangkan MK membawa kanak-kanak kecil & warga emas, maka Kampung Genting yang paling sesuai sebab tidak mencemar pemandangan mata Tuan Haji & Puan Hajah serta kanak-kanak bawah umur dengan pemandangan pelancong asing yang memakai bikini. Hikss... tapi ada jugak 2 orang orang putih pakai 2 pieces suit & Yen dengan lantangnya berkata "Ewwwww...tak maluuuuuuu!!!"

Kampung Genting juga sangat tenang dari hiruk pikuk & majority of the restaurants banned beer, liqour dan yang sewaktu dengannya. Sebenarnya MK ada kawan yang kampungnya di Juara. Kampung Juara actually terletak at the other side of the island. Dia macam isolated lah. Tapi ramai yang cakap, kalau pergi Tioman kira tak sah jika tak ke Juara. Malangnya kami tak sampai ke Juara. Kat situ ada blind turtle santuary ada waterfall. Tapi kena jungle tracking dari Tekik lebih kurang 1 jam perjalanan. Rasanya ibu tak larat kot. Kesian ibu...so kami decided tak pergi. Tapi takpe, next time kalau ada rezeki kami sampai kampung ko ye Lili!!

Belum apa-apa lagi dah terjun laut dah. Yen suka sangat life jacket dia tu. Dia asyik pakai 24 jam

Memandangakan Bayong dah pandai berenang, jadi dia lah yang paling enjoy sekali trip kami kali ini.

Lepas makan tengah hari, kami rehat-rehat sekejap lepas tu terus berjalan menyusuri pantai ke kedai-kedai yang berdekatan jeti. Sebenarnya kalau ikut jalan pantai lebih dekat dari jalan dalam yang kami ikut masa datang bawak beg-beg tengah hari tadi. Tapi kalau ikut pantai macam mana nak tarik beg ye tak?

Pasirnya halus & putih bersih. Udaranya pun sangat fresh..fuuhhhhh

Nampak tak batu-batu besar kat hujuuuuunggg tu. Ah..kat situlah chalet kami. Nampak macam jauh, tapi kalau berjalan tak sampai 10 minit lah. Tapi ibu ayah agak kepenatan juer. So rehat di chalet saja.

Ni je gambar berdua dengan cinta hati saya. Itu pun sorang kaki ke belakang, sorang pandang anak yang tengah melompat kat tepi.

Budak ni sebenarnya baru lepas mandi laut. Lepas mandi aiar bersih dan tukar baju, tiba-tiba dia boleh rendam balik badan dia dalam air laut..haisshhhh

Terapung!!!! Aksi PakMir Copperfield

Yang MK pegang tu ikan buntal tau. Tapi dah kering...ewww juer lah.

Ahh... bila tengok gambar ni terasa nak pergi sana lagi

Sunset in Tioman Island.

Macam adik beradik je ek?

Honeymoon ibu ayah kali ni disibukkan dengan kehadiran anak cucu.

Yen nak jugak naik sampan tu. Atuk dia rajin melayan.

Tengah tunggu waktu dinner

Well...itu je cerita hari pertama. Nanti sambunglah. Gambar banyak gile!!! Seronok..seronok..seronok... jom pergi!!!!

Taa!!!!


4 comments:

Mak Ton said...

Jelesssss!!

Tunggu umar besar sket...

nashays said...

sy tengok pon teringin nak pegi kak...

DANI Tmn. Puncak Jalil, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Malaysia said...

haha..aku pn suke 'salam hai..' diana tu..
bestnye bercuti kt pulau..
aku tk pernah smpai lg tioman.
Lili yg ko mksudkn tu Lili bdk sek kita kt Muo dulu ke? Oo.. dia ada kg kt situ?? bestnya.

MK said...

tuntun: ok je tun kalau ko nak pergi skrg pun. ada org tu bwk bb lagi kecit like 5-6 months je.

nashays: moh pegi dek... budget holiday je..tak mahal pun. gi ramai2 lagi jimat

deni: salam haiii... iye..lili = normalili idris. dia siap ade pakcik yg ade chalet kat kg juara. aku byk survey psl juara..mmg ramai kata sana the best. tp isolated la.. if u're really city person..jgn le gi sana..mesti buntu.but kalu nk menikmati keindahan laut pulau digalakkan gitu.