$

Wednesday, 29 June 2011

Puyuh Belado (Chili Quail)

Ni puyuh dia

ni lauk lawan dia brussel sprout stock terakhir

PakMir cakap "Best, best, best, sambal dia memang terbaeekk" banyak kali. Bayong tambah nasik sampai periuk kosong. Yen cakap pedas...tak sedap. MK pun rasa sedap tapi keadaan tidak membenarkan MK menambah nasik uhuk...

Puan-puan nak tau? Dulu salah satu sebab MK tak sabar nak tunggu anak-anak besar yelah sebab nak tengok anak makan masakan ibu diorang i.e MK lah. Yelah...masakan ibu kan yang paling best di dunia. The same thing happen to every ibu, emak, mommy, mama, umi kat dunia nih. Anak-anak mesti cakap ibu diorang lah masak yang paling sedap di dunia. Well in my case Ibu MK a.k.a Busu Leha adalah pemasak yang paling terhandal seantero dunia.

Now - MK dah jadik pemasak yang paling terrer di dunia. Well - di dunia anak-anak MK. :-) itu dah cukup istimewa dan besar maknanya.

~Senyum puas~


Tuesday, 21 June 2011

Nasi Goreng Brussel Sprout

Hello my darling brussel sprouts (bs)...we meet again! Well this time please say hello to my signature nasi goreng cili api. Don't you worry my darling b.s you're still my favourite green. Olive would never replace you. Not in a million years. ~Psstt..olive..jap gi kita jumpa kat simpang, ok~

Merepek ni tengah-tengah hari? Apakah?? Thehehe...MK dapat beli b.s!!! Suke..suke...pastu PakMir tak balik dinner & kanak dah dinner kat umah wan derang..double suke!! Boleh makan secara tamak..pedas & perencah yang over sesuka hati..nyummm...

Nak resep ke? Okek... tumis bawang merah 3 biji, bawang putih 3 biji, cili api 5 bijik. Masukkan perasa (garam, stok ayam bla..bla..) Bila dah naik bau, masukkan brussel sprouts yang dah dibuang 1-2 layer kulit dia, belah 2. kacau-kacau kejap pastu pecahkan teloq, kacau lagi..rasa-rasa. Masukkan nasi. Kacau rajin-rajin. Siap!!!! Owh - untuk lebih intim, sila buat teloq mata kobau...hmmmm...

Kalau ada balance, sila bawak pergi ke office...jangan lupa jimat-jimat makan brussel sprouts. Save the best for last!! Simpan sehingga suapan terakhir. Weeee......


Monday, 20 June 2011

Marathon

Suprisingly yesterday MK & family tetiba masuk marathon. Whaattttt??? hihihih...

Persatuan Belia kat rumah kami tu ada menganjurkan Larian Ceria katanya. Cerialah sangat!! So...tetiba kami daftar. Bayong masuk kategori kanak-kanak lelaki even tho dia under age. MK masuk Dewasa Perempuan & PakMir sikit lagi nak masuk kategori Veteran Lelaki...hihihhi..tak la.. dia masuk Dewasa Lelaki. Tahun depan baru kategori veteran.

So..bangunlah kami anak beranak awal-awal pagi. Yang paling bersemangat sekali mestilah Bayong. Dia bangun dalam pukul 6.00+ siap kejutkan ibu dia. Kami gerak pukul 7.30am ke dewan orang ramai. Masa nak mendaftar tu adik kaunter pendaftaran tu cakp dengan MK

Adik kaunter: Ahh..kategori remaja perempuan eh?

MK: hihhihihihi...(senyum bangga), dewasa perempuan dek...

PakMir: Blueekkkk

The actual idea was, Pakmir will dukung Yen & I will run with Bayong. But since kanak lelaki dilepaskan berlari dulu...so 2 minutes after that dewasa lelaki, I asked Pakmir tu kejar Bayong takut bahaya kan..buatnya kanak lain tinggalkan dia ke..or he couldn't catch up ke.

So, I was left with Yen yang hanya semangat berlari sejauh 20 meter & after that "Adek enat lah ibuuuuu" I have to carry him on my shoulder for 3.6km ok!!! But I made it!!! Lari-lari anak & walking tanpa henti. Woww... terkejut dengan pencapaian diri sendiri. PakMir pusing ke belakang after he finished his run to help me with Yen. Dia tolong carry Yen like 200metres. Pastu MK dapat tempat ke-5 ke ke-6. But tak sempat ambik hadiah sebab Bayong dah bengkak-bengkak mata yang teruk sebab dia allergic peluh dia sendiri. Siaaannn dia.

FYI tempat ketama-ke-10 dapat hadiah. Kalau ada kategory ibu & anak, mesti MK dapat tempat pertama you all!!! Gambar takde..sebab lari sehelai sepinggang dengan meng-carry Yen di atas bahu. Maybe kalau official photographer kasik nanti MK edit entry ni ye.

Balik rumah dalam pukul 10.00am & after breakfast semua orang terpengsan tidur..zzZzzZzzZz...Yen tidur paling lama..like 3 hours. Padahal...dia lah yang paling tak penat. Siap tak berpeluh pun..chittt...

Petang pulak budak lelaki 3 orang tu pergi swimming. MK tinggal sorang-sorang pergi gatal bukak pc and watched KumKum!! Dah orang dah lama asyik cakap cerita tu best lah scary lah..so nak tengoklah apa yang menakutkan sangat nye? But it is - Freaking scary!! Assalamualaikum.. kum... kum... bongok.. takutlaaahhhh!!! Time Marsha (Mawar) dukung baby (batu nisan) pastu dia sengetkan kepala dia yang tengkuknya patah akibat menggantung diri itu adalah scary ok. MK siap jerit "Kepala hotak ko!!!" Jerit sengsorang kat komputer tu sebab rasa takut sangat..hahahah... Belum habis tengok lagi cerita tu sebab lama sangat buffer nye. Malam nanti kasik sambung lah.

OK itu je aktiviti hujung minggu kami. How's yours?







Wednesday, 15 June 2011

Nasi Minyak


Nasi minyak!!!! Macam tak cukup makan nasi minyak kenduri kahwin pulak ye. Sana sini kenduri kawin. Sabtu lepas MK pergi 2 kenduri sekali harung. Actually ada 3 jemputan tapi yang satu tu ibu ayah dah wakilkan so tayah pergi. Pastu nak balik ke KL pulak jalan jem sebab final piala FA tuh. Fuuhhh..penuh baju merah kat area nak balik ke rumah.

Malam tadi MK masak nasi minyak!! (Baca dengan nada excited). Resepi dah lama beraada dalam handbag. Siap dah komot-komot lagi (tau ke komot tu apa?) Last-last malam tadi menjadi juer. Tapi MK masak dengan sambal ikan..hihihhi memang...memang lari dari tajuk. But apa ada hal, kita buat dia kan..suka hati kitalah nak kahwinkan dengan lauk apa pun.

Ikan tu pun Bayong yang request. "Nak sambal ikan yang kuah merah cair-cair, nak ikan bulat" Ikan bulat tu maksudnya ikan tenggiri yang besar tu ke..yang dah dipotong tu..paham tak. Tak paham pun takpe. Tapi semalam tak ada ikan besar..terpaksa beli cencaru 2 ekor. Yen pulak tak makan pedas so 1 ekor goreng biasa je.

Tah apa pasal gambar ni takmo rotate. Sila telengkan kepala.

Resepinya MK ambil dari myresipi.com. Carik resepi yang paling senang, resepi campak-campak. Jom masak!

Bembahan (2 dewasa, 1 kanak besar, 1 kanak kecik):-
1 1/2 pot beras
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang (pelaga & cengkih dah habis so tak letak)
1 biji bawang besar (hiris nipis)
3 biji bawang putih (hiris nipis)
1 inci halia (hiris halus - sehalus rambut Harith Iskandar iklan nescafe)
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
garam secukup rasa
Minyak sapi (takdo - MK guna minyak masak biasa)
Kismis (siap guna kismis Mekah ok...Tok baru balik umrah last week hiks)
2 helai daun pandan (simpul mati ke nak simpul pengakap ke ikut pandai)
Pewarna kuning (takdo - MK guna serbuk kunyit 1 cubit kecil atau orang NS panggil 'nak kono kuti?' haha)

Cecara:-
  1. Didihkan air dalam periuk
  2. Cuci beras bersih-bersih, toskan air, letak tepi kejap.
  3. Tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, bawang besar, bawang putih sampai wangi & garing sikit. Jangan hangus ah!!
  4. Sementara tu pastikan air dalam periuk tadi dah mendidih, kecilkan api periuk tu, pastu tuang bembahan yang kita tumis tadi dalam periuk tu bersama-sama dengan minyaknya sekali. Tu la pasal nama dia nasik minyak.
  5. Kacau sikit, masukkan beras, garam & daun pandan dalam periuk, kacau biarkan sampai air kering. Guna api kecik ye.
  6. Bila air dah nak kering, nasi pun dah hampir masak, masukkan susu cair. Kacau pelan-pelan.
  7. Tutup periuk dengan tudung periuk bukan tudung saji atau tudung syria.
  8. Bila dah masak, puji diri sendiri...wowww saya generasi hebat!!
  9. Taburkan secubit kecil serbuk kunyit tadi kacau pelan-pelan. Tak rata sangat pun takpe konon-konon nampak bersenilah
  10. Masa hidang, taburkan kismis.
  11. Panggil suami & anak untuk menghayati ke-tere-ran anda.
  12. Pastu baru jemput mereka makan.
Senang bangat sih!! Pastu buatlah pajeri nenas ke, ayam masak merah ke, kurma ke. MK buat sambal ikan, sekejap je dah licin. PakMir puji 2 kali "Sedap, sedap". Hati gembira, perut kenyang, total harga masakan malam tadi yelah dalam RM5 je itu pun sebab beli ikan 2 ekor, halia, daun pandan. Kalau makan kat kedai paling kurang RM20 kan.

Selamat mencuba!!!

P/S: pinggan MK tu main taram yo..tak de ber-set-set yo. Konsep warna-warni (padahal memang tu jelah yang ade..hehe)


Kung Fu Panda 2

Hari Sabtu lepas MK tengok Kung Fu Panda 2 with the kids & hubby of course. This was Yen's 1st movie yang ditonton kat cinema. Umur dah 3 tahun lebih baru dapat gi tengok wayang. Yelah...kang dibuatnya dian bising-bising dalam cinema kang marah lak orang lain. Tapi ni cerita cartoon and sekarang kan cuti sekolah so I think mesti ramai kanak-kanak pun menonton bersama keluarga.






This is drinks + popcorn ok. Giler panjang...1/2 badan Yen.

Bayong suka movie ni. Dia kan dah pandai membaca so dia enjoy..tak perlu tanya-tanya apa movie tu cakap/tulis

Yen tengok 3/4 of the movie. Lepas tu dia bosan. Dia gi berkung-fu dengan anak orang yang duduk bawah tu kat tangga. Tapi nasib baik takde orang marah pun sebab panggung memang penuh dengan kanak-kanak & family.

Tuesday, 14 June 2011

I-City

Cuti sekolah hari tu Nana (niece) datang rumah. Saja lepak-lepak teman my boys kat rumah. Itupun MK hantar juer kanak ke rumah baby sitter & Nana jemput diorang dalam pukul 2-3pm.

So tak ada idea nak bawak budak-budak ni berjalan ke mana ek. Mesti sana-sini penuh orang. Pastu MK balik rumah pun dah Maghrib & PakMir lagilah 8.30-9.00pm baru sampai rumah. So..kami decided ke I-
City sebab dia dibuka 24hours 7 days a week.

Jom pergi!!! Ticket masuk parking kereta RM10 saje. Boleh tengok-tengok lampu LED banyak giler macam-macam bentuk. Kanak memang suka. Tapi jangan lupa pakai baju yang serap peluh sebab panasssss!!! Dah la masa tu jalan macam becak sikit, cuaca pulak panas...aahh 2 in 1.

Ada like snow world or something like that. Tapi MK cakap dengan Bayong tempat tu tutup..kekkekeek keji kan ibu dia ni. Tengok lampu sudah..time tu dah pukul 10+ ok. Jumaat pulak tu baru balik kerja. Sesat-sesat pulak. Dah lama tak turun Shah Alam. Nasib baik ada geng tukang tunjuk jalan. Owh - I-City adalah kat Seksyen 7 Shah Alam. Ada banyak signboard jangan risau pasti tak sesat as long as ikut signboard ke seksyen 7.

Kak Nana kesayangan saya

Penuh lampu je..seronot juer

Pastu ada booth amik pic dengan birds pulak. Yen takut nak pegang burung tu. Pastukan Parrot putih tu gigit telinga MK ok...hampeesss

apa aku nak buat dengan burung nih? Nana pulak memang takut binatang..tengok muka dia..hehehe

Eksyen je nih...cuba pegang tengok!

Budak ni kan..melalak-lalak nak benda lampu-lampu ni...hisskkk

Tinggi zirafah ni...

Banyak-banyak binatang, Bayong pilih katak...hmmm



After dah dapat ultraman lampu-lampu barulah mood Yen happy..nyampah tau..anak sapa nih??

Bayong nak petik buah ceri

Main cak-cak

Pergilah bersama keluarga tersayang ok. Kalau orang bercinta pergi mesti macam tah hapa-hapa...segan-segan nak ambik gambar...huuuu pergi dengan anak-anak boleh over-over...

Pisang Goreng

What? Pisang goreng pun ko nak letak dalam blog? Yelah..tak boleh ke? Lagi-lagi 1st time try buat. Uhuk..yeap.. memang 1st time MK masak goreng pisang..eh pisang goreng. Goreng pisang ke pisang goreng? Entahlah labu...

Q : Berapa tahun dah MK kawin & ada anak? Ngapa tak pernah menggoreng pisang?

A : Umm kawin 7 tahun lebih. Anak 2 orang. Sebab kalau nak pisang goreng beli je kat depan rumah.

Hari tu masa pergi umah TunTun, MK nak belikan pisang goreng buat minum-minum petang kat rumah dia. Tapi dia kata "Tak yah, kat umah aku ada pisang, nanti aku gorengkan ye"

Woww...terkagum seketika (tapi memang TunTun seorang yang rajin ok). Setakat pisang goreng tu celah gigi je dia buat.

Pastu Angah pun memberi resep nak bancuh tepung goreng pisang yang tersedap di dunia. Kata dia lah kan. MK pun buatlah hari Selasa hari tu masa cuti Wesak tu. Jom tengok resepi dia.

Resepi bancuhan tepung goreng pisang (dalam 10 biji pisang)

Bembahan:-
2 senduk tepung
1 cubit kunyit
1 cubit garam
1-2 senduk minyak panas
Air secukupnya

Cecara:-
  1. Gaul tepung dengan kunyit & garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tu, bila dah panas betul-betul tu ambik sesenduk 2 pastu gaul dalam tepung tadi.
  3. Gaul-gaul sebati, pastu baru campur air ikut pekat/cair yang kita sukalah.
  4. Pisang dibelah 2, celup-celup dalam bancuhan tadi
  5. Goreng dalam minyak panas-panas ye.
  6. Bila dah masak, angkat.
  7. Tunggu sejuk sikit.
  8. Makan!!

Tuesday, 7 June 2011

Prema Yin vs Mat Sentul

Have you guys watched video clip 'Marilah' by Preman Yin?

Well MK sudah. Before this I do not know who the heck is Prema Yin. Now I do...so..bravo!!! She did a very good job sebab MK dah kenal dia. Haha...itu hanya disebabkan akhbar Metrofulus tu lah. Katanya video clip aksi ghairah?

Nih Prema Yin

Korang cariklah sendiri video clip tu kat you tube. Tak kuasa MK nak meng-upload-nya kat sini. Katanya video tu untuk pasaran Amerika. Whaattttt? Apa ko ingat Obama nak tengok ke video gitu? Err...nak kata sexy memang tak laaahhh... macam kelam kabut je..teraba-raba badan sendiri sana sini. Macam orang kena kaligata. Tau tak kaligata ke apa kenama puan-puan panggil bende yang bila kita kena gatal-gatal bengkak badan tu. Ahh..macam gitulah.

Ni Shah Jazle nama dia.

Puhleaaseeee..kalau lah pada suatu hari tiba-tiba PakMir balik rumah dengan pesyen rambut gini, MK mesti pengsan 2 hari 2 malam. Bila bangun dari pengsan MK akan guling-guling tanpa henti sehingga PakMir menukar fesyen rambut dia kepada fesyen ala Usher semula. Usher katanya...heheheh takmo kalah ko ye.

Owh by the way budak Jazle ni sebagai hero dalam video itu. Eh..apsal gambar derang sama pulak pose nye. *Gambar-gambar diambil dari en.gugel.


Well, apa kaitan Prema ini dengan Mat Sentul? I was chatting dengan Cicik si penasihat ditakuti tadi so terkeluar cerita Mat Sentul ni.

Ingat tak iklan yang Mat Sentul buat yang memang tah apa-apa dan sangat lawak serta cheapskate, tetapi dekat di hati kita? Walaupun kita rasa bongok sangat iklan tu kita tetap ingat details nya sampai sekarang. Tora datang lagi....weeeuuu weuu weuuu...

Ahhh gitu lah dengan budak Prema nih. Sekarang ni walaupun MK sampai keras-keras perut ketawa tengok dia joget macam beluncas..tapi at least dia berjaya membuatkan MK kenal pada dia & akan ingat dia sampai bila-bila. Tahniah Prema!! Lagipun dia bersungguh-sungguh ok nak menjadi sexahhhh baybeehhh. I'm shoreee she tried to be ze best!! (sila baca dengan slang omputes sangat-sangat)

Blueekkkk.... pity them. My vote is for Mat Sentul!!!

Friday, 3 June 2011

Cempaka Beach Lodge

Hai y'all!! End May hari tu MK & family balik ke Kuantan. Tempat percutian favourite kami..ngeehh. Ingat tak February dulu MK ada post pasal Cempaka Beach Lodge (CBL) kan. Now... CBL dah fully operated. Owh sila rujuk perious post kat sini

Perkara ketama yang wajib dilakukan yelah makaaannn!!!!

MK panggil kedai celup tepung....aduuii aaii tengok ni pun dah meleleh air lioq..dah la puasa nih. Sotong ball dia sangat lembut. Udang pun besar-besar puah hati makan. Ada ikan, sata, kepok lekor..bla..bla.. makan sampai macam nak pecah perut dengan air laici kang la..teh ice RM17 saje.

Ada dua kedai yang buat celup tepung ni. Selalunya penuuuhhh je. Kena beratur & sikit berebut nak ambik cocok-cocok ni. MK suka gi Kedai PokSu Moksu. Lagi satu kedai seberang jalan nama dia Kedai MokNa.

MK: Bie...rasanya poksu moksu ni kaya dah ke?

PakMir: Tuh moksu (sambil buat muncung tunjuk Moksu)

MK: Maaaakkk aiiihhh!!!!

Gelang emas moksu memang lagi 3 urat nak sampai ke siku ok!!!! Tu diaaahhh!!! Minggu depan kalau dia beli lagi 3 utas penuhlah sampai ke siku dah. MokSu ni ala-ala suka dengan PakMir...so selalu takyah beratur...hihihih...MK pun suruh PakMir kenyit-kenyit mata (ada ke gitu??) supaya mana tau dapat makan free...hihihih....

Pastu kan, Sunday tu baru MK tau ada Tourism Malaysia bawak orang Singapore datang ke tempat kami tu nak tunjuk cecara memukat, buat sata, otak-otak, kepok lekor, monyet panjat pokok kelapa bla..bla..

Ni monyet tu. Nama dia 'Budak bin Abdullah' dah masuk Islam kot sebab bin Abdullah. Mesti dah sunat nih.. ehh?

Ni haa...orang Singapore tengah memukat. MK yang selalu balik sini pun tak pernahnya nak memukat. Tau melantak je..hihihi...panas giler cuaca..nak bukak mata pun payah. Mengenyiiittt je lah kami.

Sebahagian kraf tangan yang dijual. Tsk..bila lah MK nak kreatif ek. Asyik buat keras-tangan je...

Ahh.. ni Cikgu Hussain, pemilik CBL. Beliau sedang memberi taklimat tentang Si Budak yang nak memanjat pokok kelapa. Sekali tu kan..tetiba keluar lipan bara sekor besar gile. Ayah tepis je...pastu announced kat orang Singapore "Sesiapa yang tak pernah tengok lipan...boleh datang sini ye" Ramai lah pulak yang datang tengok...kat Singapore takde lipan kot.

Teng te teeenngggg.... Swimming pool CBL dah siap. MK pun dah terjun mandi manda dah. Seronok!!!

Ni kira boleh minum-minum petang kat sini sambil menghirup udara pantai yang segar...hmmmmm....

Lagi sekali gambar dalam bilik untuk tatapan puan-puan.

OK!!! tunggu apa lagi..jom kita serbu CBL!!! 

Thursday, 2 June 2011

Scandal

Tan sampai di tempat yang dijanjikan tepat pada pukul 10.30am. Tun kata dia akan tiba lagi 15 minit. Tan pun tunggu...ku menunggu..menunggu cinta yang tulus dari hatimu (lagu Ella) hiks..

Aiks..sudah lebih 15 minit ini...di manakah Tun? Takpe..Tan jalan-jalan dulu..sambil terbeli beberapa barang. Hmmm...terpaksa meng-s.m.s Tun nampaknya. "Wak...kat ne? Kejap lagi duit saya habislah ni asyik terbeli sana sini barang-barang"

Tun reply "Kejap wak...jangan habiskan duit dulu.." hihihih...

Tan berasa lapar sebab dia hanya makan 1 biji pau kacang semasa breakfast sebab sudah benjanji dengan Tun untuk men-sushi bersama-sama. Tapi ini sudah lunch hour...nehi..nehi...nanti Tan menjadi parkinson jikalau tunggu lebih lama. Tak boleh jadik ni kata Tan. Maka Tan pun berjalan menuju ke food court untuk mengalas perut.

Tapi sebelum sampa ke food court, Tan telah diberhentikan oleh sebuat booth yang menjual kasut-kasut yang maha comel. RM20 je lah pulaakkk...Sambil berpusing-pusing tawaf booth itu Tun pun tiba dan terbeli sepasang kasut juer yang matching dengan pakaiannya pada hari itu.

Comel...ada glitter lip lap lip lap

Nih kasut Tan..sila abaikan kaki yang macam rangka ayam itu. Lawakan....velvet color olive..suke!! Disorokkan di office dengan jayanya..hihih.. ~Hai Hubby, ala...RM20 je~

Selepas itu, kami cepat-cepat ke Restoren Kegembiraan!

Tun bertanya kepada Tan, "Dulukan, ada kawan aku makan macam puding, dia dalam cawan, tapi aku lupa nama dia...apa ek?"

Tan pun tergesa-gesa memanggil adik waitress untuk mencari jawaban bagi cinta hatinya. "Dek, ada macam egg pudding tu kan..dia dalam cawan, apa nama dia? Takde dalam menu pun"

Adik waitress menjawab "Owh dalam cawan tu, nama dia Chawan Mushi"

Kami ketawa...dalam cawan mestilah nama dia cawan... eh..tak kelakar ek? But you know, orang bercinta..segala-galanya serba kelakar kan. Pffttt!!!

Chawan Mushi TunTun, hampir tidak reti untuk membuka penutup cawan tu. Hikss

Selepas itu kami termenung menunggu dish yang tak kunjung tiba..mano dehh?

Umm...nak yang ni ke ek? eh..yang tu nampak cantik...ada ijau-ijau kaler dia!!

Ahh..ni berlakon je nih..

Owh!!! Saya dah jupa sushi idaman qalbu...yeayyy!!! Tan menyuruh Tun membuat muka excited...inilah hasilnya ngeehh....

Tan sedang cuba untuk melentikkan jarinya seperti geisha yang mentuang teh untuk yakuzanya. Tapi nampaknya tak jadik plak lentiknya.

Tun pula berusaha untuk membuat muka geisha

Selepas kenyang kami membeli-belah baju untuk anak-anak. Sikit je...dah ada warehouse sale ok. Baju kanak like RM6-20 je.

Bila nak pulang, tetiba Tan ternampak sesuatu....dan hasilnya...tadaaaa!!!!!!



1 jam saje..cukuplah..kang pecah pulak pintu kaca tempat tu. Kami juer ada mengambil video untuk aksi terlampau kami ini. Tapi tak perlulah di-publish-kan. Biarlah rahsia...

Selepas itu kami pulang ke pangkuan keluarga tercinta seperti biasa. Menjemput kanak dari taska, memasak, mencuci, mengomeh, membebel...routine hidup berjalan semula....

Tan & Tun kembali ke pangkal jalan akhirnya....




Wednesday, 1 June 2011

Kongsi


Dah tengok filem Kongsi? MK dah...dengan anak-anak lagi. Kami tengok tru internet saja. Gi carik dekat 'ceritamelayu.net'. Macam-macam cerita kat situ. Tak perlu download. Boleh tengok online je. Dah berapa lama tak gi cinema daaa....

Well maybe this will be my 1st film review. Chewaahhh macam pro sangat nak review review ye cik kiah. Overall cerita ni ok la..kelakar. Tapi jalan cerita masih boleh diperbaiki & dikemaskan. Like apa ke nama watak Bront Palare dalam cerita ni - dia ketua gangster Siam lah. Dia tak nampak cukup kejam & zolim. Zolim kata kau!! hihih...pastu masa mula-mula dia tak pakai wheel-cha. Tapi pastu tetiba pakai wheel-cha. Apsal? Tertanya-tanya I tau... kenapa abang? kenapa abang...kau diam peaahhh!!!! Cer citer sket apsal Kimpedu (aahh dah ingat nama dia dalam citer tu) tu pakai wheel chair.


Ni lagi satu, Inspector Olla ke namanye. Tak logik lah awak ini....mana de polis kejar penjenayah sambil menjerit "Berhenti...berhenti..!" Apa ko ingat penjenayah tu nak ikutkah cakap kau? Nanti dia berhentikah & bagi kau tangkap dia? "Baiklah inspector..saya berhenti...saya menurut perintah..tangkaplah saya" gitu??

Lepas tu MK rasa, Yana ni tak fit to be a policewoman. Dalam scene lawan-lawan pun dia macam alaaahaaiii... macam menari makyong pun ada..bukannya bertumbuk "ihh..ihh...ihh..." pastu melompat pun macam lompat katak?? Pastu silalah pakai baju yang properrrrr...tak ada polis Malaysia pakai baju cenggitu ehh!!! Kalau ada yang pakai sexy gitu..tak perlu kejar penjenayah ok...penjenayah yang kejar dia..hihih... baju tight putih pakai suspender bila lari-lari...wowww!!!! "Adammmm!!! Ryaannn!!! tutup mata!!!!" Pastu Yana tu dialognya asyik membebel. Wataknya pun macam tak kena dengan dia lah.

Yang jadik Mikail (rasanya nama pelakon tu Azat) kot. Katanya dia 'Abg Long' kawasan. Tapi awat bodoh sangat wataknya. Macam pelawak pulak...hmm...tak ganazzzz...tapi boleh lah nak buat orang ketawa-ketawa kot.

Inspektor Sarip Saripudin (Fizo) ok la...dia memang orang Klate kot. Panda kecek klate mu nih.

Sam (Tumulak) - menghiburkan. Jadik watak dia sebagai penjenayah yang psycho. Eventho rasanya tak logik but hey...at least unique lah Sam itu. Bakpo nye weeehhh... mmolek gitu nyo guuu

Overall - cerita ni boleh diperkemaskan lagi. Sila padat-padatkan jalan cerita. Ada beberapa persoalan timbul bila tengok cerita ni. Mungkinkah ada sambungannya kot....

Akhir kata : Pandai sangatlah tu..nak review review konon...hihihihi...

Sudah pupuskah lelaki budiman di Malaysia?

Lelaki budiman atau dalam bahasa Inggeris nye Gentleman. Di mana mereka semua pergi? Sudah pupuskah? Yang ramai sekarang ini bukanlah lelaki budiman atau gentleman. Yang ramai hanya tinggal Gentel Man (ngehhh...) menggentel je pandai..tapi tak budiman langsung.. opsss emo pulak.

Semalam MK menghantar kereta untuk dibuat balancing tyre. Bila rasa macam lama nak tunggu..so kami (MK & Tun)  rasa macam nak duduk. Dalam bengkel tu ada 3 stools (rujuk gambar):-


Gigih MK meng-gugel gambar ini ok sebab nak sangat puan-puan paham cerita ini. Hihi...Kerusi pertama ada sorang kakak duduk. Kat sebelah kakak tu ada seorang lelaki (gentel man) berdiri. Bila MK & Tun berjalan menuju ke arah kerusi tersebut & gentel man itu ternampak kami dan ternampak di pemikiran kami bahawa kami nak duduk, dia cepat-cepat duduk!!! Sambil memandang sinis ke arah kami yang jelita (sempat je puji diri sendiri..hihi)

It was like lagi 3 langkah MK nak sampai ke kerusi yang tengah-tengah itu ok!!! MK rasa macam nak lepuk muka dia yang besar tu. GrrRRrrrRR!!!! Tun tun pulak macam terpaku sebab melihat perangai gentel man yang tak senonoh itu. Bini si gentel man itu pun macam senyum senget (senyum sinis) ke arah kami yang lemah lembut gadis desa. Hello..Encik...encikkan lelaki yang gagah perkasa (brader tu berbadan besar), kereta besar, takkan lah tak boleh bagi kami gadis-gadis yang lemah lembut ini duduk?

So, end up kami dua-dua berdiri. Tun-tun kekasih hati tidak sampai hati melihat MK berdiri seorang. Lepas tu Encik Gentel Man berdiri akhirnya sebab nak menjenguk ke dalam kereta Alphard (bukan dia punya) yang ada dalam bengkel itu. Disebabkan MK rasa dia kureng sopan memperlakukan kami gadis-gadis yang lemah gemalai sedemikian rupa... so here goes... gambar dia.


Actually...bukanlah MK ni desperate sangat nak duduk pun. Dah kami nampak kerusi tu ada 2 yang kosong. Kami pun pergilah nak duduk kan. Kalau dia memang sejak dari tadi dah duduk, kami takde nye nak suruh dia berdiri kasik kami duduk pun. Ini tidak...dia macam sengaja berperangai haprak begitu. Sheesshhh...

P/S: Balik karang MK nak tulis dalam buku 'Ilmu kehidupan' untuk anak-anak MK pasal perkara ini. Guide No. 1003: "Kids, please be a gentleman not gentel man, sila beri gadis-gadis tempat duduk"

Lipas

Ye..semenjak dua menjak ni pantry office MK diserang lipas. Lipas yang kecik-kecik tu sebesar kuku jari kelingking wanita bersaiz kecil. Haha..yelah kang kuku kelingking gorilla kan besar.

Lipas tu jenis yang tak pandai terbang. Mungkin emak dia belum sempat ajar kot. Sebab dia merayap-rayap je. Dia suka duduk bawak termos elektrik tu apa ke nama benda tuh?

Well...itu tidak berapa ngeri. Yang bertambah ngeri yelah, meja MK adalah dalam 5 meter dari pintu pantry. And yesssss...cik cik lipas itu merayap sampai meja MK!!!! Dulu, MK selalu melompat-lompat setiap kali cik lip datang menjenguk. Sampai tumbang-tumbang kerusi meja dek non. Tapi ni dah dalam 2 minggu kejadian berlaku..dah macam terbiasa tengok cik lip itu. It was like "Hi...what u doin" (ikut intonasi Joey dalam cerita  F.R.I.E.N.D.S) sambil angkat-angkat sesungut dia.

Dulu MK macam  "Lipaasssss!!!! aaaaAaaaAaaa" sambil lari memegang kasut.

After 2 weeks like "Owh..lipas" sambil sembur ridsect.

After MK membuat spring cleaning..yakni membuang banyak barang, kertas, makanan dan sebagainya. Cik lip tidak lagi kelihatan. But last Monday....as I'm typing my keyboard...dia menjenguk dari dalam keyboard komputer itu!!!!!!! Like whaatttttt????? Bila MK terbalik-terbalikkan keyboard itu..dia lesap..ada dalam 2-3 ekor ok!!!


IT exec office ni pulak busy like hell..asyik takde kat cubicle dia. So..MK sembur je ridsect. Colleague lain bising sebab takut keyboard rosak. Bih tu...tak kan nak lambai-lambai je cik lip itu??

Nanti lama-lama meja MK jadik macam Joe's Apartment...taknaaaakkkk!!!


H.E.L.P!!