$

Tuesday, 14 June 2011

Pisang Goreng

What? Pisang goreng pun ko nak letak dalam blog? Yelah..tak boleh ke? Lagi-lagi 1st time try buat. Uhuk..yeap.. memang 1st time MK masak goreng pisang..eh pisang goreng. Goreng pisang ke pisang goreng? Entahlah labu...

Q : Berapa tahun dah MK kawin & ada anak? Ngapa tak pernah menggoreng pisang?

A : Umm kawin 7 tahun lebih. Anak 2 orang. Sebab kalau nak pisang goreng beli je kat depan rumah.

Hari tu masa pergi umah TunTun, MK nak belikan pisang goreng buat minum-minum petang kat rumah dia. Tapi dia kata "Tak yah, kat umah aku ada pisang, nanti aku gorengkan ye"

Woww...terkagum seketika (tapi memang TunTun seorang yang rajin ok). Setakat pisang goreng tu celah gigi je dia buat.

Pastu Angah pun memberi resep nak bancuh tepung goreng pisang yang tersedap di dunia. Kata dia lah kan. MK pun buatlah hari Selasa hari tu masa cuti Wesak tu. Jom tengok resepi dia.

Resepi bancuhan tepung goreng pisang (dalam 10 biji pisang)

Bembahan:-
2 senduk tepung
1 cubit kunyit
1 cubit garam
1-2 senduk minyak panas
Air secukupnya

Cecara:-
  1. Gaul tepung dengan kunyit & garam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tu, bila dah panas betul-betul tu ambik sesenduk 2 pastu gaul dalam tepung tadi.
  3. Gaul-gaul sebati, pastu baru campur air ikut pekat/cair yang kita sukalah.
  4. Pisang dibelah 2, celup-celup dalam bancuhan tadi
  5. Goreng dalam minyak panas-panas ye.
  6. Bila dah masak, angkat.
  7. Tunggu sejuk sikit.
  8. Makan!!

6 comments:

Mak Ton said...

saya rajin ya... hiks.. Malu i.. :p.

resep angah sodap kan.. aku baru buat ahad ari tuh.. en N request nk goreng pisang tepung nya resep angah.. sodap kato eh.. rangup lg lazat.. :D

nashays said...

kak, sendiri goreng x sesedap mcm boli kek kodai arr..

MK said...

tapi aku lagi suka tepung yg biasa je. ke masa aku masak tu api tak cukup bosa kot..tah la..nanti cuba lagi

MK said...

nashays: cemano menyebut namo kau ni dek. a'ah..sedap goreng senirik lagi kan..tak bleh benti mkn.

emma said...

sambal kicap tan??

MK said...

a'ah...lupe..