$

Thursday, 20 August 2009

shopping

seminggu tak update kan..takde idea..mk sibuk shopping raya.

online shopping... hehehe..

tapi tak beli pun..window-to-window je..

check in out: http://www.bebelnina.com/ and ni lagi satu...mana tau puan2 nak image baru sempena raya tahun ni.. mk suka tgk http://lovedeshawl.blogspot.com/

ok selamat bershopping!!!

Thursday, 13 August 2009

topeng

angin malas update dah sampai...
.
abg lon: ibu..ngape byk org pakai topeng tutup muka?
.
mk: owh skrg dah ade penyakit bahaya tu.. kalu nak elakkan pakailah topeng tutup muka
.
abg lon : ok..esok ibu carikkan topeng spiderman abg lon dulu ok.. nak pakai pegi skul
.
mk : ehehe..

terkenang gambar dulu2 masa kami bertiga je dulu (mk, pakmir & abg lon) bambam masih dalam perut....
.

Monday, 10 August 2009

sotong masak lemak cili api 2 bijik


hari ni macam takde mood. pagi-pagi ni dah rindu kat abg lon' & bambam. padahal masa weekend duduk ngan derang hari tu mk asyik menjadi monster sebab derang dah bertambah-tambah aktif & kreatif. adeeee je eksperimen derang adeehhh la.. penat nak tgk. terkenang-kenang perangai budak 2 org tu mmg kadang-kadang annoyying..tapi mostly kelakar. merepek-repek eksperimen derang. bergaduh rebut toys, si kecik tu boleh tahan tak padan kecik melawan bila kena buli. pantang abg lon' lepa je..puukk!!! dia lepuk tgn dua tangan kecit dia.
.
jom kita terus ke resepi yg mk masak lah. ni semua puan2 dah tau kot nak masak. tapikan.. mk rasa kalu mk bagi tau jugak macam mana mk masak terasa happy lah..senang je buat org pompuan happy kan.. sedih-sedih pegi lah jalan-jalan kejap beli sebatang lipstick or lipgloss maybe berharga rm10 dah happy... gitu ke? tak pun....sedih runsing jiwa kacau jalan sorang-sorang melayan jiwa lara gitu...singgah salon pergi wash & blow rambut.... happy... damn....
.
bahan-bahan:-
5 ekor sotong
2 bijik cili api (tu pasal nama tajuk nye gitu sbb mk guna cili api 2 bijik je. nak ade rasa ujung2 lidah je supaya bambam boleh makan sama)
2 biji bwg putih
3 biji bwg merah
6 btg kacang panjang (nak lebih pun bleh)
1/2 bijik santan kelapa
1/4 sudu kecik serbuk kunyit
bahan perasa
.
cara-cara:-
  1. tumbuk bwg putih, bwg merah & cili sampai lumat - campak dalam periuk
  2. letak serbuk kunyit & santan, hidupkan api jgn besar sgt...kacau slalu. masukkan garam ke maggi cukup rasa ke, apa-apa yg puan-puan suka nak masukkan lah. jgn pulak masukkan kicap dah la ye.
  3. bila dah mendidih sket, masukkan sotong - kacau selalu
  4. bila rasa sotong dah lembut sket masukkan kacang panjang. jgn lama sgt..nanti dia over-cooked tak sedap.
  5. siap!!

mk juga goreng kembung kukus & telur dadar buat lawan lauk tersebut di atas. budak-budak suka makan. senang je kan....

disebabkan mk rindu abg lon' & bambam mk nak tepek gambar derang....

ni abg lon' masa birthday dia last january, 2nd pic last two weeks punya pic kot 'si bulu mata panjang' kesayangan mk. abg lon' suka bila mk panggil dia gitu. dia rasa special kot. mk suka pegang bulu mata dia dgn jari kasik dia susah nak bukak mata...heheeh.. love u abg lon'


bambam 1o bulan baru pandai berjalan. 2nd pic - eksperimen lalu bawah meja. kalu merangkak = lepas. kalau berdiri = terhantuk/sakit. blankie pink jangan dilupakan? mesti bawa ke mana-mana. speaking of blankie pink tu... sesapa ade jumpa blanket ni kat mana-mana tolooooong lah inform mk. sbb dah lama carik tak jumpa-jumpa. mk potong dua selimut ni. tapi yg lagi satu tu dah hilang so skrg tinggal sekerat jelah. bila nak basuh berperang dgn dia..pastu tak sabar-sabar tunggu kering. blanket pink brand pigeon kot. tolong eh..kalau puan-puan ternampak lah.
tata!!!

Thursday, 6 August 2009

butter prawn - udang masak mentega

salam all...
.
butter prawn ni mk masak malam selasa hari tu. setelah berhempas pulas meng-google serata dunia untuk belajar cara-cara membuat butter prawn yg berjaring-jaring mcm kat hotel tu. tetap tidak berjaya... uhuk.. dia tak jadik jaring..dia jadik jala/bubu je..hiks.. tak la..dia jadik ketul2 yg lazak je.
.
abg lon' bersemangat bila tgk lauk ni. dia kata nak makan byk. sebenarnye dulu pun mk ade buat entry pasal butter prawn nih. tapi takpe la..mk rajin nak type lagi skali. jom tgk resepi.
.
bahan-bahan (untuk sekali makan je ni)
400gm udang sederhana
1/4 cawan susu segar (jgn guna susu ibu - ianya terlalu segar!!)
3 ulas bwg putih (cincang halus)
2 tangkai daun kari
2 biji cili api (masuk 2 bijik je sbb nak kasik ade rasa sket je.. bambam nak makan jugak kan)
4 sudu butter
3 biji telur ayam (amik yg kuning je - yg putih telur yg balance tu bleh buat telur dadar putih, jgn
membazir)
1/2 sudu kecik maggi cukup rasa (ni opt. untuk garam lah)
.
cara-cara:-
  1. panaskan kuali hitam puan-puan, letak butter bila dah panas goreng le udang dgn gembira
  2. bila dah 3/4 masak angkat toskan. mcm mana nak tau dia 3/4 masak? puan-puan teka-teka lah sendiri.
  3. pukul telur kuning bersama susu segar & perasa ketepikan kejap.
  4. dgn butter yg dah tersedia utk goreng udang tu tadi, tumiskan bawang putih sampai harum, pastu leburkan skali cili api & daun kari.
  5. masukkan telur tadi ke dalam kuali. mk google katanya kalu nak dapat jaring-jaring tu kacau tanpa henti guna gerpu la..biar minyak betul2 panas la..semua dah mk buat..tak berjaya!!! GggRRrrr!!
  6. bila dah garing semua tu walaupun tak jadik jaring..don't worry masukkan udang tadik..kacau lagi sampai udang masak. and lauk jadik kering sket.
  7. siap!!

.

umm..rasanya mmg sedap. makanan yg mk masak rasanya selalunya tak mengecewakan. TAPI rupanya tu mmg selalu tidak berpuas hati utk di tgk..hiks..

apa-apa pun habis gak. pakmir siap buat siaran ulangan lagi. before prgi main bola makan se-round. balik dari main bola makan lagi se-round. adakah sbb mk tak mengugut dia..kalau dia makan sikit mk dah takmo masak lagi..heheheeh

esok mk update pasal sotong masak lomak cili api pulak okes!!! da..!!

Wednesday, 5 August 2009

niu sekul

hiks - new school lah!!

abg lon' & bambam dah pergi skolah (taska) baru. being the baby in the family, bambam tu sgt lah over manja. pastu ade sket samseng lak tuh (isk..tak baik ckp anak samseng) tukar, tukar, 'over berani' . yeap that's better!

dia suka pukul abg lon' dia. sekarang ni memang le abg lon' kasik chance kan. sbb skali dia tolak je kepala adik dia guna satu jari je dah tergolek dah. tapi dia tak buat pun. dia sabar je. abis kuat ngadu je "ibuuuuu adik pukul abang!"

esok-esok mk tak jamin lah kan...mesti bergustilah nanti tu.

all this while bambam duduk dgn mama (babysitter) abg lon' plak kat taski. since mk & pakmir tercinta dah tukar keje, maka nak send/fetch kids tu agak membuang masa, minyak & tenaga. campur tolak dengan jalan yg manjang jem je. budak2 tu amat lah jarang melihat matahari ketika mk or pakmir dtg jemput derang. slalunye dah malam lah. kesian kan...

finally kami jumpa taska yg dekat dgn rumah. 3km je dari rumah. last friday tu mk ade bwk the kids pergi melawat taska baru tu. besar giler tempatnye. siap ade indoor playground (yg kecik la.. jgn la byg besar giler plak) ade slides and rumah kecik kegemaran bambam. being 'over berani' like he always be, dia dah conquer rumah kecit tu. siap tak kasik budak2 lain masuk dia jerkahnye baby2 lain tu. isk isk..ni baru sessi pengenalan pun dah jerit-jeritkan anak org. ontah la...

isnin hari tu 1st day derang officially daycare kat situ. abg lon' pun tadika skali kat situ. mk agak nervous dgn bambam sebab ni 1st time dia tinggal dgn org lain. masa dia tinggal dgn mama tu dia baru 2 bulan kan. so dia belom kenal org. tapi bila pagi isnin tu mk hantar dia terus berlari pergi ke rumah kecit 'kepunyaan' dia tu sambil bye bye ibu dia ni. hmmm mushkil ni.. nampaknye rumah kecit lebih berharga dari mk uhuk.

after salam and kiss2 mk balik umah. jadik suri rumah la. pergi bayar bill, cuci kain, kemas rumah and what not. penat ok jadik surirumah. itu takde anak kat umah tu. kalau ade anak skali camne ek? so...mk amatlah salute pada fulltime homemaker (yeap mimi.. i salute u)

10.30am - mk texted je caretaker taska tu. tanya apa khabar abg lon' & bambam. cik El cakap dua-dua ok. bambam tak nangis pun. abg lon' as predicted mmg senang buat kawan baru. dia mmg peramah dari kecik.

pukul 12pm mk dah siap buat semua chores. dah terpinga-pinga nak buat apa plak ni? tidolah!! ehhh mata takmo lelap plak. memang slalu gitu kan? bila kita ada masa & peluang nak tido ke berehat ke tak mo lelap la pulak.

dipendekkan cerita finally dah pukul 5.45pm. mk siap-siap pergi jemput derang. gembira sungguh derang. rindu tau...even baru 10jam je tak jumpa.

semalam mk keje. balik sharp-sharp 5.30pm dapat la jemput anak pukul 6.30pm. balik umah masak butter prawns (nanti update later). harapan mk & pakmir supaya our kids happy & dijaga dgn baik kat taska tu. kami pun dah kurang penat & masa pun banyak jimat. alhamdulillah syukur.

oww..and abg lon' tak sabar-sabar nak tunggu friday sebab friday is 'swimming pool' day katanya.

ok..itu je citer yg tak berapa best plak..haha!!

tata.