Assalamualaikum, lamanya tak menulis. Saya masih lagi dalam mood cuti. Hihi...walaupun bukan raya kita...tapi mood raya masih tetap ada. Tapi kalau tak raya pun saya sentiasa ada mood untuk bercuti biar pun hanya lepak kat rumah je. Well...saya memang malas nak pergi kerja..haha.. bagi saya kerja tu memang untuk cari rezeki. Alhamdulillah ada kerja kan. Tapi bukannya passion saya pun. Apa-apa pun..saya memang akan kerja kuat lah jugak untuk anak-anak & keluarga.
Since awal February ni kaki saya dah baik sepenuhnya so aktiviti berlari & gym saya dapatlah saya teruskan syukur Alhamdulillah. So cuti panjang ni kami balik ke Kuantan. Saya pun cepat-cepat whatsapp adik ipar saya ajak dia pergi tengok sunrise di Bukit Panorama. Tapi dia ada idea yang lebih bernas iaitu cari pelangi!
Wow...saya memang dah lama dengar pasal Air Terjun Pelangi, Sg. Lembing, Kuantan. Boleh google kalau nak tau lebih lanjut. Tapi saya nervous nak pergi bawak anak-anak. Lagi-lagi Ayen sebab dia kecik lagi. Takut bahaya untuk dia.
But since PakCu (BIL) kata takpe.dia boleh tengok-tengokkan budak berdua tu, so saya berani sikit. Hubs tak ikut sebab dia nak tolong-tolong di resort. So kami memaksa rela MakYang (SIL) ikut sekali sebagai penceria majlis..hihih...MakYang terpengaruh lalu membeli kasut untuk trekking.
Ayen sungguh excited sampai tak lena tidur. Pukul 3.30am dikejutnya saya ajak pergi rumah nenda untuk kejutkan PakCu dia. Hadoiiii..
So jam 7.20am kami gerak dari rumah emak. Singgah kejap beli nasi lemak di tepi jalan. Dan sampai di jambatan Sg.Lembing tu 8.20am. Bermulalah pengembaraan kami. Mak oiiii..tak sangka gitu gayanya ye. 1 jam melompat-lompat kereta 4x4 PakCu mengharung hutan, jalan tanah merah penuh becak dan selut. Harung 4 sungai. Jalan memang meloncat-loncat senget benget...sampai satu ketika MakYang terdiam dalam seminit entah apa yang dia fikirkan agaknya...heeheh
Ini sungai yang pertama rasanya. Ini kali pertama saya naik kenderaan harung sungai. Seriau rasanya. Tapi seronok. Rasa macam handal adventure gila lah...hahaah poyo. Memang kena ada guide untuk ke sini sebab memang boleh sesatlah kalau tak tau jalan ke sini. Perjalanan nak ke tempat parking kereta dalam satu jam melompat-lompat harung sungai segalalah.
Sampaaaiiii!!! Tempat parking penuh dengan 4x4 lain. Kebanyakannya dari Xcape Resort. Kami selit-selitlah parking di celah-celah kenderaan lain. Mula-mula mestilah ambik gambar untuk sweet memory kan. Masa ni belum mula pun. So muka bersih suci lagi. Lipstick pun masih ada. Owh..dalam beg saya tu ada maggi cup, roti blueberry, roti bun kosong, tuna, nasi lemak pun ada. PakCu pun bawak dapur ala-ala penunu bunsen yang kita guna masa eksperimen kimia kat sekolah dulu..hiks..
Setelah hiking lebih kurang 30-40 minit kami memang jalan slow-slow sebab memang ramai orang turun naik. Kalau ikut dintance yang pedometer saya captured untuk naik tu dalam lebih kurang 2km up. Agak sesak lah...mungkin sebab cuti panjang. Kami pun sampai. Waaahhhh cantiknya. Tak sabar nak tengok pelangi. Walaupun masa tu pelangi dia memang dah last kopek punya sebab kami sampai dalam 10.00 lebih. Berjaya jugaklah kami ambik gambar pelangi tu. Subhanallah...kagumlah saya.
Berjaya masuk dalam pelangi...hehehe...gigih bawak phone jugak harung air paras dada nak ke spot ni untuk ambil gambar. Phone saya bukan water proof pulak tu. So tawakal saja sambil jalan pelan-pelan. Better pakai kasut sebab banyak batu. Lepas tu kami makan nasi lemak, maggi dan segala benda makanan yang ada dalam beg kami tu.
Anak-anak happy, berenang sampai bibir biru-biru. Sejuk menggigil. After lebih kurang sejam di situ kami decided untuk turun & balik. Nak turun pun sama mencabar dengan nak naik. Sebab batu-batu basah & licin. Memang ramai yang tergelincir tergolek semua ada. Bahaya lah sikit. Kena hati-hatilah taknak ada sebarang kecederaan.
Ni on the way turun ni. MakYang penatlah berlakon konon-konon susah gila melalui cerunam sambil pegang-pegang tali. Sekali tengok tu Ayen punya aksi tu..hahaha..sebelah tangan je dia posing dengan angkat-angkat kaki...hihi..
Kami berjaya!! Saya bangga dengan anak-anak saya sikit pun tak merungut. Memang hebat budak-budak ni. Tapi Ayen tidur sepanjang perjalanan balik ke Kg.Cempaka. Walaupun kereta kami melompat-lompat senget-senget...dia relax je tidur di riba saya. Siap berselimut lagi.
Would we do it again? Yes, definitely - provided kalau PakCu rela bawak kami lagi sekali..heheehe...kereta PakCu memang kotor gila lah. Terima kasihlah PakCu sudi layan kami ni. Owh...PakCu single lagi...hahaha orangnya rajin, adventure, kelakar, tinggi, kerja bagus...lai..lai... hantar borang pada sayalah kalau berkenan. Hehe...
Till the next post!
Bye!!