$

Monday, 30 July 2012

Geram

Hey y'all. Ada banyak sangat cerita sebenarnya nak kongsi. Tapi tulah. Masa tak berapa cantik untuk membebel. Bila sampai rumah pulak dah malam dah nak memakai topi emak-emak.

Sinopsis jelah:-

-Ayong dapat no.1 lari 50m lelaki tahun 1. Saya berdiri betul-betul di luar track ok. Parents yang lain tak turun pun. Tsk..malu ke anak saya nanti ek? Kikiki..tapi takpelah. Saya omak yang selalu excited. Saya jerit kuat-kuat!! Lompat-lompat!!! Gambar ada, tapi blogger ni sewel kot. Gambar tu jadik takmo rotate. Tengok kat FB jelah. Masa Ayong naik podium, air mata saya menitik..hmmm...sensitif biasalah..emo kan. Nasib baik pakai sunglasses

-Hari ni dah 10 hari berpuasa. Setakat ni Ayong masih berpuasa penuh. Kurus dah dia. Saya ada janji nak kasik dia RM50 kalau dia dapat puasa penuh. Bersemangat nampaknya anak saya tu. Yelah last year pun saya ada janji gitu. Tapi masa tu dia belum faham kuasa duit. Ni dah masuk darjah 1 dah pandai membeli di kantin, di book shop so dah tau nilai duit. So mata dia bersinar bila saya cakap RM50. Dia cakap "Banyaknyeee!!!" hehe

-Raya tahun ni saya macam tak beriya-iya pun nak beli baju baru untuk diri sendiri. Untuk anak-anak jelah kot. Saya pakai jelah apa-apa yang ada. Orang kampung saya bukannya pernah tengok semua baju kurung saya kan. Kalau kita dah comel tu..pakai apa pun comel.. (Harrkkhhh tuuiii..kikiki jangan marah). Saya nak belikan hadiah raya untuk ibu & ayah je. 

-Ok lah..tu je yang sempat ni. Ini pun tengah menunggu ayam panggang madu saya masak dalam oven tu. Baunya wangi tau!!

-Selamat berpuasa pada kawan-kawan semua!! 

P/S:- Saya dalam azam berjimat sempena bulan Ramadhan. Doakan saya berjaya! Saya nak tersenyum-senyum tatkala melihat baki account dalam bank di waktu hujung bulan sebelum gaji masuk. Lepas gaji masuk mestilah senyum lebar sikit kot? Hagaknye lah...

Ta!!

Tuesday, 10 July 2012

SMS

PM: Sayang hujan lebat tak kat rumah? Nak makan apa malam ni?

MK: Orm dah siap masak mee kareeeyyyyy!!!! (Excited) InsyaAllah tak beracun.

10 minit selepas tu....


MK: Abie...pergi beli burger la ye Bie...haha..


15 minit lepas tu PakMir pun selamat sampai ke rumah dengan basah lencun serta membawa beg plastik berisi makanan. Hihi...

PK: Mee jadik colour apa pulak hari ni Sayang??

Haddooiiiii la......

Kuah kari sedap, cantik. Tapi lepas campur dengan mee, mee tu tukar jadik colour merah....

P/S: Ok!! Takmo masak dah...PENCEN!!!

Sunday, 8 July 2012

Kung Pao Chicken

Tetiba teringat resepi ni. Dulu-dulu saya pernah masak ni. Tapi kali ke-2 ni rasanya lebih sedap (kot). Kalau tak..takkan suami saya puji banyak kali (walaupun 1 perkataan je) tapi banyak kali..kiki...Nasib kaulah Senah...dah laki ko memang tak banyak cakap. Kalau dia banyak cakap...sapa pulak nak dengar kau bercakap kan??

So..saya browse balik resepi Kung Pao Chicken ni kat blog saya sendiri...terasa berguna pulak blog ni ye..hehe.. Kung Pao Chicken kali ketama sila klik. Resepi sama je..cuma ada adjust sikiiiittt..je

Ni lah rupanya. 

1 piring ayam-potong kecil
3 tangkai cili kering
1 biji tomato belah 4
1 biji bawang besar belah 4
1 piring biji gajus goreng (beli je yang kat kedai tu yang dah siap peket-peket tu)
3 tangkai daun bawang (potong panjang-panjang sket dalam 1 inci each)
2 ulas bawang putih (racik)
1 inci halia (racik juer)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu teh gula
2 sudu besar tepung gandum


Cecara:-
  1. Gaul ayam bersama garam & tepung jagung. Goreng sampai masak. Bila dah masak - angkat toskan.
  2. Goreng cili kering yang dah dipotong-potong. Goreng sampai garing. Angkat ketepikan.
  3. Panaskan minyak baru, tumis bawang putih & halia sampai garing
  4. masukkan bawang besar, sos-sos kicap semua & gula
  5. masukkan tomato, rasalah sedap ke tak sedap. 
  6. masukkan ayam, cili kering & gajus goreng - gaul rata
  7. masukkan daun bawang..gaul-gaul. tutup api.
  8. Siap!!!



Saya lawankan dengan nasi goreng. Rahsia ketika kita hanya rajin nak masak 1 lauk je, kita hendaklah memasak naik goreng. Kalau tak kan macam pelik je makan dengan 1 lauk kot. Tapi nampak nye tips saya tak tepat...PakMir request lepas ni kalau masak lauk ni sila masak nasi putih saje.

Sekian!!! selamat mencuba!! saya nak tidur ZzzZzZZz

Thursday, 5 July 2012

Kurma Daging

Pada suatu hari saya masak kurma daging buat kali pertama dalam kehidupan saya. Kurma saya jadi, rasanya sedap, dagingnya empuk. Resepinya ambil dari belakang peket rempah kurma adabi hihi dan daripada TunTun juge kak ngah Liza. Tetapi kuahnya cair la pulak. Mungkin sebab saya memang suka tambah-tambah & alter resepi sesuka hati.

Kurma ada balance yang sesuai untuk dibawa bekal untuk lunch esok hari di office baru saya yang semua orang perempuan berbangsa Malaysia nya tidak suka makan. Saya gembira membawa kurma sebab saya tak perlu keluar seorang diri untuk makan di kedai dan berasa diri adalah loser sebab makan sorang-sorang. Ye..begitula ke-paranoid-kan saya tak suka makan sorang-sorang, tetapi di office baru saya terpaksa dek kerana nanti perut saya meragam adakah orang lain mahu nolong??

Ni la rupa kurma saya.

Saya lawankan lauk kurma dengan tolo balado yang sememangnya digemari oleh orang-orang di rumah.

Mee Bandung 'beracun'

Pada suatu hari yang lain pula, tiba-tiba suami saya dengan beraninya me-request mee bandung. Being a chef wannabe yang memang tak pernah mengaku tak reti, maka saya pun membeli bembahan kecuali keledek. Disebabkan pada pemikiran saya dalam peti sejuk saya sudah ada japanese keledek yang berwarna purple tu tah saya dah lupa namanya. Ahh..dah hingat dah..namanya... japanese sweet potato. 

Saya meminta kepastian suami tentang tahap keberanian dia memakan mee bandung cubaan pertama saya. Dia kata tahap keberaniannya sangat tinggi. So...okie..saya masak.

Bila dah siap, rasanya ok, baunya harum semerbak. Tapi tatkala saya mencurahkan kuah itu ke atas mee kuning, tetiba mee saya jadik warna hijau. Aiyoooo...Tapi saya diam saja sambil meng-offer anak-anak saya makan sambil berkata "Sedap woooo sedap!!!" tapi derang makan 1 sudu saja lepas tu tak mau lagi. Saya hanginlah...sebab tadi memberi puji-pujian tentang bau yang sedap. Pastu takmo makan lah pulak, lepas tu tanya-tanya kenapa mee tu warnanya pelik.

Saya pun dengan geramnya makan semua mee derang berserta dengan mee saya sendiri. Banyak kan..hahah padanlah muka saya selepas itu.

Semasa suami saya balik, saya cakap gini "Lepas curah kuah tu...cepat-cepat makan, kalau tak..dia jadik tak sedap" Sebenarnya..saya tricked dia je. Sebab saya tak nak mee tu bertukar warna. Dia makan 2 sudu saja. Tetapi tiada komen yang tidak membina. Tapi saya tahu dah mesti pasal tak sedap. Kikikiki...

Malam tu, perut saya meragam..merajuk, mengamuk. saya muntah banyak kali!!! habis mee semua keluar balik. Hmmm...tulaaahhh...

Esoknya saya cakap dengan suami saya "Sebenarnya kaaannnn mee tu kaaannn ada rahsia dia" Saya pun memecahkan rahsia saya menggunakan keledek purple yang dah 2 hari siap direbus dalam peti sejuk yang saya tak habis makan lalu saya campurkan ke dalam kuah mee bandung tu. Itulah pasal mee kuning saya bertukar warna, kuning + purple (Biru) = hijau kan..kan...

mee bandung + keledek purple berusia 2 hari = poison.

Moral of the story: Inilah kali pertama & terakhir saya masak mee bandung.

Sekian...ta!!!






P/S: Apa-apa pun saya berbangga sebab saya telah mencipta rumus matematik yang baru. Mesti Cikgu Adibah(add math) dan Puan Salbiah (Calculus) bangga dengan saya.