Hi,
Remember hari tu MK ada cakap nak pergi spa? Well I bought the coupon through Milk a Deal worth RM48 dapat dead sea salt foot bath, salt scrub whole body & whole body massage. Tempatnya kat BB Plaza. Kami sampai sana pukul 1.30pm. Our 1st impression was like - err...ni spa apa nih? Macam menakutkan je. Spa dia ialah dalam kedai baju. Meaning, kena masuk kedai baju tu dulu pastu ada satu lagi pintu untuk ke spa tersebut. Dah la orang yang menyambut kami tu lelaki ok. Peramah pulak tu.
Manalah tahu tetiba ada rush ke..dengan kami 2 orang sekali kena cekup..ahahaha... But no lah... ini spa yang betul. Bukan yang bukan-bukan punya, just that it looked creepy & a bit cheap. Ngehh teruk explaination.
Appointment kami supposedly pukul 2.00pm but telah di-delayed-kan oleh taukeh itu ke pukul 2.30pm. Knowing me yang tak berapa suka tempat yang ramai-ramai orang. I pening kepalalah tengok orang bersesak-sesak macam there's no tomorrow to shop. Hari Isnin tengah hari pun ramai orang. Apa orang-orang ni semua tak kerjakah? (Eh..ko pun sama ok, cakap orang..hihi).
2.30pm - kami diterima masuk (cheehhh macam apa je ayat). Mula-mula foot bath. Dengan garam daripada laut mati katanya. Berbuih-buihlah mulut taukeh itu bercerita. Kami pun merendam kami dalam air tu. Siap ada rosses petals you all.... tapi petals tipuuu...plastic punya. MK & Mama (my colleague) tu tergelak-gelak ok. Kalau dah takde rosses petals yang original..tak payah letak pun tak pe kot. Kami tak marah. Hihihhi...10 minutes after that, dibawa masuk ke dalam tempat mandi-mandi garam.
Kena bukak baju semua..semuuaaaaaa ok. Err..tak pernah lah pulak gini kan. Pastu bilik tu ada 2 katil, ada curtain tengah-tengah. MK sebelah, Mama sebelah. Bilik tu kecik je bila bukak baju tu siap berlaga-laga lagi punggung kami. Kkekekeke..penat ketawa je 2 orang ni.
Pastu kena meniarap kat katil tu. Tetiba auntie yang massage Mama tu bukak curtain itu ok. Arghh...pasrah saja. Dua-dua muka ngadap bawah. Yang massage MK tu nasib baik amoi kecik je. Tapi kuat juer dia massage ok. Pastu dia agak sopan santun tolong tutup-tutupkan MK ni. Yang Mama punya takde belas kasihan rentap je towel Mama tu. Lagi sekali pasrah....muekeekekeke. Buat-buat tak nampak je lah ye Ma.
Bila dah siap semua dalam 90 minutes kami keluarlah. Gelak-gelak sebab rasa kelakar. Overall service dia ok. Badan rasa ringan je lepas tu & rasa bersih je sebab ada scrub bath katakan. Cuma maybe tempat dia menakutkan. Bilik kecik, siap boleh dengar orang lalu lalang kat luar. MK ngeri je kalau-kalau ada orang lain termasuk pulak bilik kami tu. Tapi takde lah orang termasuk pun.
Would I go again to the same spa? NO. hehehehe...
P/S:- I have another spa coupon kat Kota Damansara pulak. Yang ni maybe pergi dengan Kak Ngah. Jangan creepy macam yang ni lagi sudeehhh..
4 comments:
tan.. aku pun kebetulan baru urut badan semalam. org dtg rumah. takdo geng nak pi spa cam ko aku ni penakut @ pembayang yg bukan2 hehe..
so sile buat gathering di spa lenkali.. mau kita semua bantai ketawa tinjau2 celah langsir ala2 di dorm..
gathering spa....? amat menarik lah!! harus dicoba
tan tan..
en N merisau ko pegi spa itu.. dier ckp lenkali jgn pegi lagik tau tau... bahaya.. takot ada CCTV katanya.. isk..
dear en. N: terima kasih sbb bimbangkan saya. terharu..hehe. tapi saya dah pandang sekeliling, tiada nampak pulak cctv. pastu lampu pun di malapkan sgt gelap gelita. :)
tp saya pun tanak gi spa itu lagi. tak best
Post a Comment