$

Saturday 11 August 2007

sambal kentang sempoi


hello puan2!!

ekceli, dlm minggu ni dapur gas mk tu tak berasap pun kecuali time nak masak air je. mk bz melayan malas dan penat. tp berita gumbira yg ingin dikongsi bersama yelah tak sia2 mk bgn pagi kol 4.30am hari khamis hari tu semata2 nak buat kek gula hangus + almond flakes tu nak hantar ke kedai pak mir.mula2 berdebar2 gak, yele.. kang buatnye tak sedap ke, tak menjadi ke, takut nanti org yg beli kena food poisoning ke. pak mir tlg hantarkan ke kedai dia, pastu dlm masa 20 minit dah habis 2 bijik (hantar 4 bijik je - testing kan). tersenyum2 mk satu hari tu walaupun pg tu kena bambu ngan boss. alhamdulillah kek habis dijual dan permintaan pun byk. sampai taukeh kedai mintak hantar hari2 (larat ke??!!)

okeh.. jom kita mulakan dgn resepi hari ini 'sambal kentang sempoi' sesuai utk hari2 malas tp lapar.
bahan2nye (2 org mkn)
  • 4 biji kentang sederhana besar
  • 1 biji bwg besar1 ulas brg putih
  • segenggam ayam dipotong kecik2 (mak kintan amik yg tang part tulang2 tu..baru le syiok nak kunyah2)
  • 1 biji cili merah
  • garam, sos tiram secukup rasa
  • serbuk kunyit
  • minyak utk menggoreng

cara2nye:

  1. kentang di potong ala wedges pastu gaul ngan kunyit + garam dan digoreng sedikit garing. dah masak angkat dan ketepikan
  2. kurangkan sedikit minyak, tumis bwg putih, bwg merah & cili merah jgn lupa petua chef wan utk masukkan bahan2 perasa semasa menumis!! wangi sungguh baunye..tapi jgn la puan2 terleka sehingga terlupa utk masukkan ayam yg dah dipotong kecil tu. kang kalu hangit dah tak best.
  3. kacau selalu, hingga ayam masak. tutup api dan cepat2 masukkan kentang yg dah digoreng awal tadi.
  4. bleh mkn ngan nasik panas.. delicious!!!

siap!! senang bangat sih!!! cube le...

No comments: