Salam girls!!! Hari ni saya nak cerita pasal benda-benda yang meng-happy-kan saya. Banyak benda yang buat saya happy, senang sangat nak buat saya happy. Antaranya:-
1. Feed me. Hihi...nak nak Japanese Food or Seafood. Wuuiii...senyum lebar la Ahkak.
2. Hugs & kisses from my kids.
3. Window shopping - beli sebatang lipstick pun can make me happy.
4. Dating dengan hubs. Quick lunch berdua pun ok je.
5. Excite me - surprise me.
So hari ni nak cerita pasal no.5. Excitement. Since saya mula-mula menceburkan diri dalam aktiviti berlari sorang-sorang pepagi buta 5km/daily sejak Februari 2013, saya pun tiba-tiba memberanikan diri mendaftar untuk 5km race pada bulan November 2013. Tapi..tiba-tiba je kakak ipar saya daftarkan saya masuk 10km Stats Run Putrajaya October 2013. Aiyaarrkkk... being the first timer kan saya rasa excited giler. Takut pun ada sebab saya tak pernah lari 10km. Tapi pasal nak tunjuk macho & terlebih confident so saya ok je. Yang kelakarnya kakak ipar & abang saya mengharap giler yang saya boleh menang hadiah RM1000. Itu untuk pemenang ketama ok. Haha...
Habislah memberi kata-kata semangat dalam FB yang saya akan menang rm1000 hahaha...tolonglah... 1st timer kot. Takkan tetiba menang. So saya pun training la berlari 10km. Adalah dapat dalam 3 kali training sebelum race. Tiba hari race tu skali tengok yang join tu mak aiii...semuanya dah macam athlete dah. Kita ni tak payah nak berangan. But saya fokus nak habiskan lari sampai ke finishing line je.
Gambar di finishing line ni husband saya yang ambil. Baik sungguh hati dia tunggu sampai saya habis berlari. Muacckkss. So I've finished in 1hr15m lari lepas tu balik rumah saya muntah!! Pengsan tido sampai petang. Anak-anak saya abang & kakak ipar yang jaga - hubs ada meeting kat luar masa tu. Hihi...excitement katanya :P
So ini sebenarnya sepatutnya race saya yang ketama. 5km race. November 2013. Walk tru Silent tajuk racenya. Pepagi buta dah start berlari 7.30am masa start tu. Saya sorang-sorang je lari. Takde kawan pun takde kenal sesiapa pun masa ni. Tapi dek kerana semangat yang menggunung ku gagahi juer. Dah la masa tu hari Ahad. Baru lepas hujan pulak pagi tu..huummm..selebung dalam selimut lagi best kan. Gambar ni saya suruh je random girl tolong snap kan..hihi ye..saya memang muka tebal.
Hasilnya...tadaa!!!! Finishing Medal!!! Excited kan...! Balik dari race terus mandi & rushed to Yen's kindi convocation. Yen ada buat performance tau. Mana boleh terlepas nak tengok intan payung gunung meletop saya tu.
Tak...baju tu yang kecik...saya tak demok ok. Huhu...ni race yang ke-3. 7km White Ribbon Race namanya. Dekat Padang Merbuk January 2014 kalau tak silap. Hoh..kalau nak kata saya ni nak berputus asa kan...dah memang boleh sangat lah. Nak dijadikan cerita saya join ni dengan kawan-kawan gym saya. (Cerita join gym di lain entry lah). Gym ada chartered bas. Bayar sorang RM15. Driver tu dah la datang lewat!! Race kan biasanya flag off pukul 7.00+ tapi driver tu datang jemput kami pukul 7.00am. Lepas tu dia berhentikan kami di Dataran Merdeka. Dia suruh jalan sampai Padang Merbuk. Dia gila ek? Tau tak Padang Merbuk tu somewhere around tugu negara tu. Dataran Merdeka tau kan kat mana. Dah tu kami dah mengamuk-ngamuk dia hantar la juer ke Padang Merbuk. Tapi race dah flag off 15 minutes ago. Arghhh....stress!!!!!! Tapi saya berlarilah juer sampai finishing line. Weeee....another finishing medal!!!!
Kuruskan KakTooonnn?? Eleh..jersey biru tu memang baik..selalu buat saya nampak kurus bila saya pakai dia. Ni monthly gym activity-panjat Bukit Ketumbar kat Cheras. Ok..tak payah tanya saya kat mana ni. Go google. Saya pun tumpang kawan gym. Dah la saya terlambat bangun tido. Lepas tu shawl lilit-lilit tu takmo jadik pulaaakkk!!! Stress!!!! Tapi excitement-nye memang superb!! Seronok!!! Panjat bukit tu dalam 25minit. Ok-ok je...penat jugak la..1st timer kan. Turun 40 minit sebab lalu track lain. Best!!! Sejak panjat bukit ni lah saya memasang angan-angan nak daki The Great Kinabalu!! Nak ikut??? Jom!!! 2015 ok!!
Ok, nanti sambung lagi. Mungkin kita cerita pasal benda lain pulak la...hahaha bosan ye cerita pasal fitness je...tapi saya suka!!!
P/S: Perasan tak signature pose saya cekak tangan ke pinggang...hihihih...suka hati lah!!!