$

Friday, 9 November 2012

Holistik

Hey y'all!! Selamat bercuti!! Eh..saya sorang je cuti hari ni sempena nak hadir ke majlis anugerah Ayong 
Adam. Hmm...nampaknya tahun ni memang 'Tahun Adam' banyak peristiwa manis untuk dia tahun ni. Semoga berterusan. Baru masuk sekolah, gigi susu cabut, menang lumba lari, dapat anugerah displin terbaik bla..bla..Well done son!

Ayen pun tak kurang hebatnya. Yelah bucuk masyam saya tu sentiasa menceriakan hari-hari saya. Tapi kali ni kita kasik chance dekat Ayong ok!! 

Pagi tadi saya & Ayen pergi ke sekolah Ayong untuk menyaksikan dia dapat 2 anugerah. Iaitu Bahasa Arab terbaik & Anugerah Holistik. Holistik = menyeluruh. Ada cerita kelakar di sebalik perkataan Holistik ni. Last Monday saya migraine & Ayong demam. So tak pergi kerja/sekolah. Baru nak tidur petang tu tiba-tiba Cikgu Hana Yasmin called & cakap Ayong dapat anugerah sekian-sekian. Holistik katanya. Mula-mula saya yang mamai-mamai ingat gini "Owh...dia dapat Arab terbaik...so dia dapat anugerah Holly (Murid-murid Alim) kot..heheheheh"

Bila dah betul-betul waras baru saya tersedar holistik mungkin 'all rounder'. So bagi meng-confirm-kan perkara tu, saya message 2 kamus bergerak saya ye itu niece bucuk bacin saya di U.K Kak Long Mira & Cicik Lily saya. Dua-dua meng-confirm-kan holistik=menyeluruh...& dua-dua gelakkan saya sebab ingat holistik=holly....hehe...takpe..malu bertanya sesat jalan kan...

Jom tengok gambar je lah:-




Ramai sangat parents yang bersesak-sesak ke depan untuk ambil gambar anak masing-masing. Saya zoom dari belakang jelah. Hai Ayong!!!

Yang kecik tu nama dia Danish Ajmal. Kawan baik Ayong. Dia dapat Anugerah Perdana ok!! Equals to Dean Award la konon-konon 4 flat la lebih kurang gitu. Hebat kan!! Kecik-kecik cili padi. 5 orang je daripada 200+ yang dapat award tu. Ayong masuk dalam kategori best 35 a.k.a Holistic Award.


My boy!!! Proud of you, Son!!


Friday, 2 November 2012

Dentist

Cabut gigi!! Good boy sangat berani. Walaupun tak tahan sakit. Kena letak gel la...sembur la...tapi sakit juer. Last-last doctor inject bius. Tapi memang doctor cakap akar gigi tu panjang pun.

Dah settle semua. Pasni kita sunat pulak ek. Yg tu boleh ibu ambik gambar jugak ke?



Thursday, 1 November 2012

Leek

Sekarang now, saya suka makan Leek! Tumis dengan bawang pun sodap!



Sorrylah tak de update. Banyak kerja pun iye, malas pun iye, takde cerita pun iye juer. Cerita sedih ada lah 2-3 cerita. Tapi takmo lah cerita kat sini. Nanti besok-besok bila terbaca sedih balik pulak.

Ta!!