Hai..meh la cerita while it's still exciting to me lah kan. Company saya buat outing ke Gua Tempurung. Kami gerak dari Bangsar pada pukul 8.00am. Sampai ke Gua Tempurung ni dalam pukul 10.00am. Dah lama excited pasal tour ni. Semua orang kat office tu dah lama lah bersedia mentally konon. Yelah lepas google pasal tour kat sini nampaknya seperti exciting. Kami decided ambil tour 3. Boleh check sini Gua Tempurung. Sampai sana hari baru lepas hujan. So the tour guide cakap tak boleh ambil package yang wet punye sebab bahaya. But knowing all the engineers uncle-uncle & aunties yang dah lama tak buat activity gini so semua macam tak puas hati "We're mentally prepared you know" kata si Chris.
Ok lah..kata tour guide...jom lah kita ambil package 4 yang paling mencabar sekali. 3 1/2 hours punya tour. Ok lets go!!! Kata semua orang.
Gambar sebelum kejadian
Gambar ni takmo rotate pulak..menyampah tau dengan blogspot sekarang ni. Asyik jadik gini. Tu yang malas nak update tu recently..hehe alasan malas update
Ni kira 1st pit stop yakni 1% of the whole tour. Semua bermuka gembira lagi.
Rombongan kami seramai 30+ tapi kena pulak join dengan 2 other small groups membuatkan total semuanya seramai 70 orang. Hadoooiiii...bayangkanlah kalau nak memanjat cerunam tu kan (cerunam katanya..hihi) kalau seorang ambil masa 1 minit. So 70 orang baper lama? Kiralah sendiri. Masalahnya...seminit sorang ke??? Dengan terhegeh-hegeh, dengan kecut perutnya. Besar gile ok gua ni. Kalau jatuh memang mati lah. Kalau kita suluh siling gua dengan torch light kan. Cahaya torch lite tu tak sampai pun ke siling gua ni. Either gua ni terlampau tinggi/besar, or torch light saya cap ayam..hehe.
Ha..gambar takmo rotate lagi. Lantaklah nak cerita jugak. Ini yelah the 1st slide yang kena gelongsor gini. Memang takde jalan lain. Kena gelongsor jugak. Mula-mula masuk tu kami macam "Halaahh...tak perlu bawak torch light pun tak pe ni" Skali bila dah dalam sikit barulah paham. Gelap giler..tak tau nak jalan ke kiri ke kanan ke depan ke apa ke. Kalau tak bawak lampu memang sesat matilah kat dalam tu. Kalau tak ada tour guide juer memang sumpah sesat.
Lepas slide-slide kena merangkak pulaakkk...terhantuk-hantuk belakang badan kat batu-batu tu you all!!! Tapi dalam gambar memang le sentiasa senyum. Official photoghapher pulak yang ambil gambarkan. Sebelah saya tu Kak Azie, senior eng. electrical yang tersohor di Malaysia ok!! Dia asyiklah marah sebab saya asyik tersenyum kalau nampak si Freddid photog tu angkat camera. "Ko niihh!! Camera aler giler kan!!!" Ehh...mestilaaahhh...ni kenangan seumur hidup ni. Takkan lah nak tunjuk muka buruk pulak..hihih
Gambar ni kira 1/2 perjalanan. Tour yang sepatutnya 3 1/2 jam. Akhirnya jadik 5 1/2 jam!!! Masa dalam gua tu siap macam "Kenapalaahhh aku menyiksa diri gini!! Kan better kalau pergi open house rumah Emma!!" Lepas tu ada ramai jugak yang tak breakfast sebab kononnya nak terus lunchkan. Kamis epatutnya keluar dari gua tu dalam pukul 1.00pm. Tapi lajak sampai pukul 4.00pm ok!!! Saya nasib baik seperti biasa seorang yang cekap dalam aktiviti makan..telah membaham 4 keping sandwich masa dalam bas lagi..hihi. Kami actually telah dimomokkan nanti dalam gua tu basan lencun kena menyelam dalam air bawah batu semua. So tak payahlah nak berangan bawak makanan nanti semua basah katanya. Tapi boleh je...tapi memang basahlah. Selua pun ramai yang koyak kat bontot. Sebab kena slide atas batu kapur. Bukan 1 slide ye...tapi 3 ke 4 slide yang mengerikan!!
Lapar perut jangan cerita lah. Linnie Cik tealady kami steady je panjat-panjat batu slide semualah. Ramai yang mengadu lapar kat Linnie "Linniieeeeee nak miloooooo"
Ni tengah tunggu turn untuk panjat & lalu bawah batu yang berlubang keciknyeee...ngeri bukan pasal kena panjat. Ngeri sebab takut tak muat lubang tu. Hadooiii kalau tersangkut bontot saya yag lebar ni macam mana?? Tapi seperti biasa masa Freddie angkat camera dia..saya cepat-cepat posing...Dalam beg saya ada sebotol air mineral, sekeping coklat & tak lupa lipgloss strawberry!! hihi..Kak Azi marah tau "apa guna lipgloss ko tu Tan??" Ehh..berguna tau!!!
Ni lubang tu..kecik gile kan...saya muat tau!!! Eh..actually semua orang muat. Mat Salleh yang besar 6 kaki tinggi pun muat je..Tapi nampak seksa juer lah dia nak meloloskan diri..hihi
Ni orang lain semua dah takde muka orang KL dah (eleh..orang KL je ke yang lawa ke?? Wekk!) Tapi sayakan pandai...(balik-balik dia..hihi) Saya pakai baju gelap & inner hitam supaya tak nampak ketiak basah! Wet armpit is not a pretty sight to look at, you know...kiiihhhh
Kegembiraan ketika berada kat sini sebab boleh makan cekelat!!
Gambar ada banyak lagi. Tapi dah la tu. Lepas pada ni kami kena naik tangga sebanyak lebih kurang 700 anak tangga. Si Zairul tour guide tu sungguh hebat. Melompat-lompat macam spiderman. Dahla pakai selipar je. Ni orang KL ni dengan knee pad, elbow pad semua ada ok. Dengan lampu kepala semua ada..hihih..Mesti Zairul gelakkan kami lepas tu kan.
Oklah..pengalaman ni akan saya kenang sebagai kenangan manislah. Seronok!! Ketawa tengok Kak Azie tersepit kat lubang batu. Kena pulak orang tolong tolakkan bontot dia...kikiki...Tangan lebam-lebam sebab terjun-terjun lompat batu, merangkak meniarap semua ada. Ramai yang koyak seluar,
Keluar dari gua semuanya muka lega giler...tapi muka kopam. Saya je bibir shiny...hihihi...haa..itulah gunanya bawak lipgloss!!!!
Tata!!!!
P/S: Harapnya tour pergi Taman Negra yang diwar-warkan oleh big boss menjadi kenyataan. Saya nak pergiiii!!!!