Sedih....tapi kelakar..hehe
$
Thursday, 26 May 2011
Wednesday, 18 May 2011
Milk a Deal - Spa Kelakar
Hi,
Remember hari tu MK ada cakap nak pergi spa? Well I bought the coupon through Milk a Deal worth RM48 dapat dead sea salt foot bath, salt scrub whole body & whole body massage. Tempatnya kat BB Plaza. Kami sampai sana pukul 1.30pm. Our 1st impression was like - err...ni spa apa nih? Macam menakutkan je. Spa dia ialah dalam kedai baju. Meaning, kena masuk kedai baju tu dulu pastu ada satu lagi pintu untuk ke spa tersebut. Dah la orang yang menyambut kami tu lelaki ok. Peramah pulak tu.
Manalah tahu tetiba ada rush ke..dengan kami 2 orang sekali kena cekup..ahahaha... But no lah... ini spa yang betul. Bukan yang bukan-bukan punya, just that it looked creepy & a bit cheap. Ngehh teruk explaination.
Appointment kami supposedly pukul 2.00pm but telah di-delayed-kan oleh taukeh itu ke pukul 2.30pm. Knowing me yang tak berapa suka tempat yang ramai-ramai orang. I pening kepalalah tengok orang bersesak-sesak macam there's no tomorrow to shop. Hari Isnin tengah hari pun ramai orang. Apa orang-orang ni semua tak kerjakah? (Eh..ko pun sama ok, cakap orang..hihi).
2.30pm - kami diterima masuk (cheehhh macam apa je ayat). Mula-mula foot bath. Dengan garam daripada laut mati katanya. Berbuih-buihlah mulut taukeh itu bercerita. Kami pun merendam kami dalam air tu. Siap ada rosses petals you all.... tapi petals tipuuu...plastic punya. MK & Mama (my colleague) tu tergelak-gelak ok. Kalau dah takde rosses petals yang original..tak payah letak pun tak pe kot. Kami tak marah. Hihihhi...10 minutes after that, dibawa masuk ke dalam tempat mandi-mandi garam.
Kena bukak baju semua..semuuaaaaaa ok. Err..tak pernah lah pulak gini kan. Pastu bilik tu ada 2 katil, ada curtain tengah-tengah. MK sebelah, Mama sebelah. Bilik tu kecik je bila bukak baju tu siap berlaga-laga lagi punggung kami. Kkekekeke..penat ketawa je 2 orang ni.
Pastu kena meniarap kat katil tu. Tetiba auntie yang massage Mama tu bukak curtain itu ok. Arghh...pasrah saja. Dua-dua muka ngadap bawah. Yang massage MK tu nasib baik amoi kecik je. Tapi kuat juer dia massage ok. Pastu dia agak sopan santun tolong tutup-tutupkan MK ni. Yang Mama punya takde belas kasihan rentap je towel Mama tu. Lagi sekali pasrah....muekeekekeke. Buat-buat tak nampak je lah ye Ma.
Bila dah siap semua dalam 90 minutes kami keluarlah. Gelak-gelak sebab rasa kelakar. Overall service dia ok. Badan rasa ringan je lepas tu & rasa bersih je sebab ada scrub bath katakan. Cuma maybe tempat dia menakutkan. Bilik kecik, siap boleh dengar orang lalu lalang kat luar. MK ngeri je kalau-kalau ada orang lain termasuk pulak bilik kami tu. Tapi takde lah orang termasuk pun.
Would I go again to the same spa? NO. hehehehe...
P/S:- I have another spa coupon kat Kota Damansara pulak. Yang ni maybe pergi dengan Kak Ngah. Jangan creepy macam yang ni lagi sudeehhh..
Monday, 16 May 2011
Dulu lupa nak post entry ni
Hai...ni gambar January ok. On my birthday hari tu. Gila lama simpan. apsal tak publish pun tak tau. So here goes:-
Colleague MK yang baik hati telah men-suprised-kan dengan Molton cake!! On my birthday. Suka!!!! Rasa nak nangis tapi tak macho pulak kang.
Rasa kelakar..but tiup jelah candle tu. Orang dah belanja jangan banyak cerita
Dia suruh posing potong-potong cake pulak. Layan saje.
Owh- Kami makan kat Delicious Jalan Tun Razak. Dekat-dekat office je.
Hers- dia vegan, so makan le sesayur je.
Ini makanan Maging (karnivor) haha. Itik...sedap! Nampak macam kecik je macam tak cukup tapi last-last seksa nak habiskan.
Pastu minum hot choc.
Kami gi 2 orang je. Jangan gossip pulak, my colleague pompuan ok. Dah pegi 2 orang je, so aku ambik gambar ko, ko ambik gambar aku.
T.P
P/S: Acid man sangat bermaharajalela sekarang ni ye. Ke-main lagi dia. Watch out girls!! (Peringatan kepada diri sendiri juer)
Lets sushi
Ahhhh....burp!! Squeeze me (excuse me).
I just wallop sushi = suka (-:
Since Acique Lily moved to Perak, MK dah tak ada geng sushi. My Malay colleagues mostly suka makan nasi. Everyday makan nasi from the same stall. My other colleagues (2 of them) prefer to go out just the two of them. Another colleague pulak vegan. Yang MK sebut ni kiranya yang close to me lah kan.
So recently masuk 2 orang colleague baru. The good thing is...they like sushi..thehehehe..me likey!! LETS SUSHI!!!
Unagi - yummm...lembut je.
Ikaru ke apa menatang tah nama dia. Love it!! Macam meletup-letup dalam mulut. Tapi make sure after makan jangan nak sengih-sengih takut ada yang melekat kat gigi. hihi
Ramai customer hari tu kat KLCC. Seb baik kami awal sebab jalan laju-laju macam orang kebulur. Kalau lambat sikit dah kena beratur ok.
6 piring saje...piring merah=RM5, purple=RM6, Beige=RM4, pink=RM3 kot? Total tak sampai RM30.
Ok, after typing this, I feel like want to go again..... haiisshhhh... mano nak carik geng ni? Actually banyak orang kata Sushi King adalah kedai sushi yang paling tidak sedap. Hihhi...hagaknya kot. But I don't care. As long as right after I dapat tempat duduk, I can terus makan....yummmmm...
Tata!!!
P/S: Hari ni MK 1/2 day leave nak gi masat..masat!! Weehooo... Will update you guys soonest!
Wednesday, 11 May 2011
Cikonet
Salam y'all,
Yen kureng sihat. Vomits & diarrhoea (muntah & cir-bir lah). Since last Sunday. Not so bad, tapi kesian budak kecik sakit perut. Nak muntah isi perut macam nak terkeluarkan rasanya. Kita yang dah tua (tak tua sangat sebenarnya-eh..denial) ni pun kalau muntah berkali-kali rasa macam mana kan. Ini pulak budak kenit tu.
Pastu cir-bir pulak. Macam air keluar dari paip ok. Tsk..tsk..nasib baik dia pandai cakap bila dia nak yak. Cepat-cepat dukung lari gi toilet. So far hanya 1 kali kejadian tidak diingini berlaku itu pun depan pintu toilet...chittt... kenalah mengemop lantai & dinding. Whattt? dinding? Yes..sampai ke dinding puan-puan.
Kami dah pergi klinik last Monday but until pagi tadi nampak macam takde perubahan ke arah kebaikan (cheewahh ayat) so MK bawak pergi klinik lain pulak. Kononnya Doktor yang 1st tu tak bagus. Dah la tak bagi Yen vitamin C. Hehehe...budak-budak ni selalunya pergi klinik tu jumpa doktor lain. Doktor yang biasa tu selalunya baiiiikkk je...gurau-gurau, pastu kasik vitamin c. Tapi doktor yang tak best tu tak kasik pulak.
Yen tertanya-tanya & tertunggu-tunggu vitamin c dia. Pastu bila MK mintak, doktor tu kata "Medical card u tak cover" Whattt? Bukannya MK mintak 1 guni. Cuma nak 1-2 bijik je..pfftttt.
Pastu time tu MK memang takde cash dalam purse. Yang ada RM10 je. Sangat sedih sebab bank pulak jauh nak withdraw duit nak belikan Yen vitamin c idaman kalbu dia tu. So lepas ambil ubat dari kaunter tu MK pujuk dia "Nanti petang, ibu balik ibu beli vitamin c banyyaaaaaaaakkk untuk adik ye" Dia angguk je sambil buat muka sedih. Rasa nyesal sebab suka biarkan purse/wallet tinggal RM10 baru nak withdraw.
~Lesson learn: Mesti ada at least RM50 dalam purse~
Pagi ni kami pergi doktor lain pulak. Tapi kata doktor, Yen ok je. Tak dehydrated pun. MK yang kurang air (doktor check MK sekali) haha..lohh..ibu dia yang kurang air pulak. Tapi sebab dia penghisap jari, so maybe lambat sikit nak cure. Pastu after makan ubat dia muntah, so ubat maybe sikit je jalan. Hagaknye lah.
Pastu Yen kasik souviner kat klinik doktor tu. Dia muntah kat situ...hehehe..lepas muntah dia happy..lega agaknya perut dia.
Tulah dia, tadi MK tinggalkan dia kat rumah Wan dia (babysitter) dia nampak ok. Siap mintak belikan milo ice lagi. Aiihhh... anak....get well soon baby. Tak best malam-malam asyik terkejut-kejut setiap kali Yen batuk, takut muntah. Takpe Yen, ibu tak marah kalau Yen kotorkan tilam ke comforter ke lantai ke dinding ke, itu semua ibu boleh basuh. Tapi Yen cepat-cepat sihat ye....
P/S: MK dah belikan Yen vitamin c, multivatin, scott emulsion. Amik ko!!
P/S: MK dah belikan Yen vitamin c, multivatin, scott emulsion. Amik ko!!
Tuesday, 3 May 2011
A wedding & little reunion
Hello peeps,
Sudah balik dari short holiday. Tertekan...sebab makan banyak..pinggang sudah bertambah inci. Tsk...
Pendekkan cerita, kami gerak dari KL pada pukul 10.30am. Jalan sesak giler dari Bangi sampai ke Senawang. Nak exit ke toll Tangkak pun panjang giler keretanya. Sampai rumah Emma, baru lepas hujan. Jalan becak giler (berapa banyak perkataan 'giler' di situ). Matahari keluar...hari panas terik. Lauk kenduri Emma memang meletup...sedap!!!! Boleh derang buat masak lomak gearbox? Tahu ke gearbox? Tulang lombu daa... sedap giler!!!!! Ayam golek yang memang serious digolek...siap nampak lagi tengah digolek kat belakang umah Emma tu. Saya makan nasik sikit je...tapi tak malu-malu cedok gulai gearbox itu buat kali kedua. Sampai sekarang terkenang-kenang kelemakannya...sluurrppp!!!
Emma sangat cantik!!!! Senyum tak henti-henti. Tapi tak dapat lepak lama-lama. Hajat di hati nak tunggu kawan-kawan uni yang lain sampai. Tapi terpaksa gerak ke Melaka pulak. Moie BFF si Emma berkerja keras di sepanjang kenduri. CONGRATULATION EMMA & SAGGAF!! Gambar nanti saya curik dari facebook Emma or Moie.
Singgah ke Tanjung Emas-Muar dulu. Mengimbas kenangan lalu. Kalau datang Muar mesti makan Mee Bandung. Sejak tahu kelazatan mee bandung Muar, MK memang tak sudi makan mee bandung kat tempat lain. Takut-takut terkecewa... Ada juer mencuri-curi mencari kedai Abang KRU (nih kawan-kawan asrama mesti tau nih) tapi tak berjumpa. Kalau tak mesti dah order nasi ayam berlada. Even tho perut dah kenyang tapi makan juer ABC aiskrim. Nak kenangan dulu-dulu menjelma lagi.
After makan terus gerak ke Melaka,. Check-in hotel Seri Malaysia. Urmmm... 3 kali disuruh tukar bilik. Daaanggg... pastu seluruh Ayer Keroh tak ada air. Nama je Ayer Keroh... tapi takde air. Disebabkan nak dating dengan Diana malam tu, MK terjun swimming pool yang keruh tu. Janji mandi, dah lekit-lekit badan kan. Ana sampai jam 8.45pm. Peluk dia lama-lama sangat, syahdu pulak rasanya. Nak menitik air mata pun ada. Rindu sangat. Eleh...orang pompuan memang gitu, happy nangis, sedih nangis, marah nangis. Ana cantiikkkkk.... putih melepak. Baby girlnye comel, rambut curly-curly gulung-gulung. Pakai headband lagi. Comeeeelll je.
Kami makan di Alai. Orang ramai, terpaksa kemas meja sendiri, tapi tak kesah. Berbaloi buat semua tu sebab dapat jumpa Ana & family. Bayong mula-mula malu-malu nak main dengan Aiman (anak sulung Ana) tapi last-last kamceng...
Lepak sampai pukul 11.00pm. Makanan sedap, service lambat sikit tapi takpe..dimaafkan sebab orang memang ramai sangat. Ana & Hubs bayar semuaaaaaa....tsk...tsk..terharu..
Tapi yang ralatnya, setelah 15 tahun tidak berjumpa, kami tak snap 1 keping gambar pun. Whhaaattttt???? Sangat merugikan!! Not even 1 photo. Daangggg....asyik sangat bergossip. Tak cukup masa nak cerita semua. MK & Ana cakap laju-laju sangat sebab nak cover semua cerita selama 15 tahun tak jumpa. Hahah..
Tiba waktu nak berpisah, peluk lagi Ana kuat-kuat dengan harapan dapat jumpa lagi nanti. Sekejap sangatlah kita jumpa Ana...tak puas rasanya. Aku belum sempat gossip pasal si anu & si polan lagi..hehe.
Balik hotel, ZzzZZzzzz, Esoknya lepas breakfast, balik ke bilik semula. MK & Pakmir terpengsan. Kanak-kanak 2 orang tu melompat-lompat menjerit-jerit tapi kami macam tak dengar. 10.30am baru siap-siap nak checkout.
Pergi Zoo, masyaAllah, jalan jem giler macam ada perarakan Thaipussam kat Batu Caves!! Dapat juer masuk Zoo. Kanak-kanak happy. Zoo Melaka sangat besar & best juer. Siap ada Safari tu. Dekaaaatt je dengan zirafah tu..rasa macam boleh tunggang pulak (ewaahh berani ke). Tapi Yen terjatuh, tangan termasuk dalam rail pagar tu..badannya dah ke depan, tangan tersangkut. Rasa macam boleh patah je. Tapi alhamdulillah takde apa-apa.
MK pulak kena gatal-gatal sebab allergic dengan peluh sendiri. Pffttt...habis tangan, muka & badan dah macam rupa apa entah. Zoo tu besar sangat rasa macam dah 1 hari berjalan apsal tak habis-habis lagi.
Panjangnya cerita nih... pas ke zoo nak makan kat Tesco. Surf dalam internet katanya ada chicken rice ball kat Tesco. Pukul 4.00pm baru sampai tesco, perut dah masuk angin. Dah muntah darah. Eh..taaakk muntah biasa je. Hekhek. Last-last PakMir & kanak je makan. MK tidur ternganga-nganga dalam kereta sebab migraine. Oh ye...takde chicken rice ball tu. Tak jumpa kedainya. Pffttt...
Balik ke KL. Sampai rumah pukul 7.30pm. Home sweet home.
Overall, memenatkan!!! Tapi berbaloi sebab dapat ke Wedding Emma/Saggaf, kanak-kanak happy & dapat jumpa Ana. Esoknya Yen asyiklah tanya "Awan ibu ane? Aman...aman..." (kawan ibu mana? Aiman..Aiman..) teringat pulak dia pada anak Ana.
Aiman pulak, kata Ana dah consider Adam & Aaron sebagai bestfriend. Aaron??? Maybe susah nak sebut Ar-Rayyan, so dia sebut Aaron...glamour you!!! haahah...ok my no.3 (kalau ada), I kasik nama Aaron Amir. Kekekeke....
Sekian.
P/s:- Lepas dapat jumpa Ana, tetiba sedih pulak. Sebab rindu TunTun...
Subscribe to:
Posts (Atom)