$

Monday, 22 November 2010

Bebelan rawak

Hi all,

Pagi ini saya bangun pukul 5.30am, stretching sikit pastu pakai kasut sukan, terus buat brisk walked 1km dalam masa 15 minit, lajunya dalam 4km/hr. Calorie yang terbakar = 70cal saja. Tsk tsk...peluh mencurah-curah keluar. Esok bercita-cita nak buat 1km dalam masa 10 minit saja.

Sampai ke office tiba-tiba ada colleague yang amat rajin/pandai masak itu berkata "MK!!! meh datang sini bawak pinggan and sudu sendiri" Daanngggg....ada nasi lemak, ayam rendang, mee siput, puding roti...huummmmm.... rasanya 300cal di situ....adooiiiii....

Hujung minggu, saya & anak-anak balik ke kampung. Buat persiapan adik lelaki saya nak kahwin 26-28 November ni (jemput datang memeriahkan majlis) tolong Kak Ngah buat hantaran, seperti biasa tugas saya kena buat dulang hantaran. Guna glue gun tu kan..melekat-lekat glue plastik panas tu kat jari..sakiiitttt.... hilang sudah cap jari saya. Siap 9 dulang hantaran - kagum dengan diri sendiri hikss..

Saya bawa 2 orang anak sedara saya umur 13 tahun perempuan dua-duanya tu. Comel-comel belaka. Masa tinggalkan derang kat rumah tadi berjela-jela pesan saya hihihih.... jangan bercakap dengan stranger, jaga diri, jangan lupa kunci rumah bla..bla..bla...

Owh - sila wish PakMir happy birthday ek. Birthday dia hari Sabtu hari tu. Saya dah beli cake siap-siap petang Jumaat tu. Penat sorokkan daripada Yen sebab kalau dia tahu mesti dia nak makan time tu jugak. Bayong takpe, dia boleh dibawa berbincang. Bila Yen tanya ada apa dalam kotak kat seat belakang kereta tu, saya tak tau nak jawab apa. Tiba-tiba Bayong jawab "Ummmm itu baju ayah lah dek"...hihiih...anak saya tipu sunat!!! Tsk...

Bila PakMir balik kerja dalam pukul 9.00pm tu, Bayong excited gila. Tapi dia cakap macam-macam yang boleh membuatkan rahsia kami pecah. Contohnya seperti:-

"Ummmm...takde apa-apa dalam peti sejuk tu ayah, ayah tak payah bukak ok"

"Nanti pukul 12.00 ada kejutaaaannnn untuk ayah...ayah suka tak?"

Gitu....isk budak ni...saya dah buat mata jengil-jengil dah. Bayong sengih-sengih je. Kami konon-konon nak tunggu sampai pukul 12.00am untuk celebrate. Tapi bila dah pukul 10.00pm terasa lamanya dah tunggu sampai pukul 12.00am. So saya pergi ke dapur, pasang candle, panggil Bayong suruh tutup lampu & kipas, kami bawak cake sama-sama & nyanyi. Yen terlebih happy, melompat-lompat nampak cake. So malam-malam tu kami 4 beranak makan cake chocolate banana, sedap! Saya doakan suami menjadi suami/ayah/anak/abang/kawan/hamba Allah yang terbaik di dunia & akhirat.

Itu saja bebel untuk pagi Isnin ni. Tata!




Tuesday, 2 November 2010

Pancake (Kek Kuali Leper)

Hello!!!

Seperti dijanjikan MK nak tunjuk kek kuali leper. 1st time buat ni ok. Masa ni Yen & Ayah dia masih lagi enak dibuai mimpi. Tiba-tiba teringin pancake McD. Tapi mengenangkan malas nak kejutkan budak laki 2 orang tu yang masih tidur so MK jenguk-jenguklah kat dapur cukup pulak bembahannya. So here goes:-

Bembahan ( 10-15 biji kot)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking soda
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 biji telur ayam (MK guna gred C, dia kecik so pakai 2, kalau gred A pakai sebijik je kot)
1 cawan susu segar (MK guna susu tepung Yen. Susu segar takde, sudah lama tidak menenenkan Yen lagi..ahahah apa aku merepek nih)
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla

Cecara
  1. Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rajin-rajin
  2. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga syerasyi bersyama.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Kacau lagi. Masukkan baking soda, kacau hingga rata. Jangan ada yang gumpal-gumpal ok. 
  4. Last sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi.
  5. Panaskan pan tefal...hiks mentang-mentang dah ada tefal kaannnn...cedok sesenduk adunan, tuang kat tengah-tengah pan, guna api sederhana ye
  6. biarkan sekejap, sampai tepi-tepi adunan yang kita tuang tadi tu berbuih sket.
  7. pastu terbalikkan kejap.
  8. Siap!!!
Pastu MK & Bayong makan berdua depan TV. Boleh makan dengan maple syrup. Tapi favourite Bayong yelah makan dengan butter + honey. Bayong makan 4 keping!!!!


 Excuse the butter tu ye, Bayong suka makan dengan butter+honey


Lepas makan MK pergi sidai baju kat balkoni. Sekali tu Po-po (nenek cina) jiran sebelah rumah pun tengah sidai kain. MK pun beramas mesra dengan dia. "Auntie dah makan ke?" "Belom la..., u sudah makan ka? U masak ka dekat lumah?"

Isk banyak lak tanya auntie ni tau. Dia memang selalu tanya macam busy body tau. Tapi MK tau dia tak busy body pun. Orang tua..gitu lah kan. "U selalu masak ka beli ka?" "Anak sapa jaga? seniri jaga ka hantar sekolah ka?" "Malayu hantar anak orang jaga manyak mulah wooo..cina hantar mahal duit"

Kikikiki apa-apa jelah auntie. Disebabkan husband tidak suka makan pancake (Sayang seorang yang rugi okek..rugi. Pancake I sket punya lawa pun takmo rasa?) Eh- cam lain lak bunyiknya ye.... haha... ok sambung cerita.

Disebabkan husband & Yen kureng suka pancake, jadiknya MK takmo membazir terus habiskan adunan tu terus ding dong rumah sebelah & kasik auntie & cucu nya 2 orang makan. They live happily ever after. haahahaha...TAMAT

Bilik Bayong

Hai puan-puan!!! Apsal ek semenjak dua menjak ni MK malas nak update? Musim hujan kot? Ok tidak relevan jawapan itu. Masak tetap masak. Kalau tak masak kanak 2 orang tu akan amuk. Sebab Yen tak tahu menunggu ye, dia tak tahu tengok jam lagi. Dia tahu, time dia mintak nasik mesti dah siap untuk disuap saja gitu.

This few weeks adalah beberapa minggu yang bagus untuk MK. Rajin kemas rumah hingga berkilat-kilat. MK cuci curtain, tukar susunan perabot living room master bedroom, kitchen & bilik Bayong. Bilik Bayong? Yes- Bayong officially telah ada bilik sendiri dan tidak lagi tidur berjemaah dengan kami. Now MK menghitung hari untuk Yen pulak sukarela nak keluar dari bilik kami tu...hiks..ontah bilo lah tu. 

Untuk menggembirakan hati Bayong, maka MK terpaksa mengorbankan bilik make-up MK tu untuk ditukar menjadi bilik Bayong. Bilik dia belum siap pun, ada katil sebijik & meja study dia . Itu pun dia dah lebih dari gembira sebab maybe dia rasa privacy & bertanggung jawab ke atas biliknya. Boleh susun projek lego dia tu tepi-tepi katil. Gembira nampaknya.

Nah gambar!


Tuan punya bilik

Yang baju merah Si tukang sebok




Ok...nanti MK sambung cerita resepi pancake pulak. Tata!!