$

Showing posts with label girl power. Show all posts
Showing posts with label girl power. Show all posts

Tuesday, 26 May 2015

Great Eastern Colour My Heart Run 2015

Date : 24th May 2015

Venue : Dataran Merdeka - KL

Distance: 12km

Timing : 1h 38m 41s. (official) 1h 38m 05s (own timing)



Assalamualaikum girls!!

Jom lah kita tanpa membuang masa membaca report pasal Great Eastern Run saya kali ni. Ini adalah race saya yang ke-3 untuk 2015.

Baru 3? Ini dah dekat setengah tahun tau? Tau...sabaaarr...quality is better than quantity gitu...chewaahhh...Setiap apa race yang saya pilih untuk join tu, mesti ada sebabnya special nye ok. Saya bukan main lari je mana-mana race. Each race is special to me. Peeerrghh...haha!

So apa special nye race kali ini? 
  1. Ok, kali ini juga special sebab TunTun join jugak. Setiap kali Tun ada memang special sentiasa...
  2. 1st time lari di Dataran Merdeka - tak pernah merasa ambik gambar di depan bangunan Sultan Abdul Samad. Hari-hari lalu je pergi DBKL.
  3. Ini kan annual event Great Eastern so mesti ramai runners yang participate. So lets join the crowd!
Ok bagi 3 jelah special nye. Jom teruskan cerita kita. 

Tun sampai ke rumah saya tepat jam 5.00 pagi. Kami mula-mula decided nak parking di Stadium Bukit Jalil sebab kononnya kat situ terang benderang & luas. Tapi masa kami sampai kat sana, masih ramai lagi penyokong-penyokong pasukan Kelantan yang tidur di sekitar kaki lima kawasan stadium termasuk lah bersepah-sepah di kawasan surau.

Err....menakutkan!! Saya tak takut kalau gelap atau berseorangan. Tapi dah kalau ada orang lelaki ramai-ramai, hari masih gelap, tak ada security dan kami hanya 2 orang perempuan yang manis sweet sweet 16..owhhh itu memang tidak lah menguntungkan. Maka...marilah mencari parking di tempat lain.

Kami ke Stesen Sri Petaling. Masa tu dah pukul 5.30am. Weeee....kat situ rupa-rupanya semua oarang berkumpul. Isk...ramai runners pun tengah tunggu stesen dibuka tepat pukul 6.00am. Kami sempat solat Subuh di belakang kereta Tun je. Pukul 6.00am terus naik train yang pertama menuju ke Masjid Jamek.

Dalam train memang penuh dengan runners Great Eastern. Ramai yang pakai baju warna putih. So Tun & I membuat lawak eksyen. Eksyen lah kami sebab...yang pakai baju putih tu hanya lari 5km je. Kami baju colour merah masuk 12km. Konon-konon hebat lah kan...blueeekkk!!

Sampai di Stesen Masjid Jamek kami terus ke toilet dulu kosongkan tangki...hihi...lepas tu terus shoot ke garisan permulaan. Memang padat dengan runners. Rasanya total 17,000 runner. Category Women's Open saja dah seramai 2000 runners.

Flag off tepat jam 7.00am. Whoooshhhh kami lari. Eh..sebenarnya takde whooshh sangat lah...haha sebab ramai sangat manusia kena berhati-hati takut terpijak kaki orang depan. 

Water station katanya setiap 3km. Tapi rasa rasa lebih 3km kot. Lepas tu volunteers tak cukup. Meja untuk water station pun hanya 2 meja je gitu. Runners kan ramai. Volunteers tak sempat tuang air lagi dalam cawan kertas tu. Meja pulak sikit...so semuaaaaa berkumpul kat situ. Haishhh...itu kena diperbaiki tuh. Cubalah buat meja tu panjang-panjang dan banyak di setiap stesen jadi takde lah runners ni semua berkumpul berebut-rebut padat macam tu.


Siap ada yang bukak kotak di belakang meja water station tu tau. Siap ambik air sendiri 1 liter pulak tu botol tu. Pastu tak habis tak pass-pass kat runners lain. Saya dengar ada runners yang di belakang-belakang kami tu siap air dah habis ok. Kesiannya diorang mesti dahaga.

Dah namanya pun Bukit Tunku kan...mestilah berbukit. Malangnya memang bukit bukau sungguh. Gila curam memang berpuaka bukit tu. Huwaaaarghhh gila lah. Pada KM9 saya actually dah rasa nak berhenti lari je dah. Pastu nak pengsan dekat-dekat dengan ambulance so senanglah ambulancae bawak pergi hospital ke kan.

Finally saya sampai jugak lah....actually this is my personal best la untuk 12km. Tapi saya target 1h 32mins. Tidak tercapai. Tetapi overall nya saya berpuas hati lah. Ramai runners lain pun speed agak tidak laju yang macam biasa diorang buat. Semuanya disebabkan bukit puaka tu lah. 

Nanti macam mana lah Standard Chartered saya ni. Saya dah registered untuk half marathon tau....wuuuuuuuu nanges laaa!!


Macam biasalah...almost every runner hates it when he/she is running kot...tapi masa dah melepasi finishing line tu lah baru lah rasa happy dan tak menyesal berlari. Haha...every single time...itulah yang saya rasa. I HATE RUNNING. But I run anyway, I only love it when I'm done.

My girl Tun pulak kali ini berlari dengan steady nya. Maybe sebab dia bersemangat memakai kasut baru dia. Memang cantik & shiny...hehehe. Saya bangga dengan Tun. Dia memang bersungguh-sungguh. I know her very very well. Running & training ni semua is not an easy task for her. But she made it well! Tun kerja office, tapi masih sempat buat semuuuuuuaaa benda like jemput hantar anak ke sekolah, masak breakfast/lunch/dinner & other house chores lah. Running/training & masih lagi ada masa untuk saya??!! Imagine that! I cannot ask for more dah...my BFF is superb!


Ok, ini route nya. Nak ingat pasal route ni pun rasa nak nanges...haha...speed saya boleh lah tahan. Tapi kalau bukit-bukit tu tak menganiaya saya, mesti saya lagi laju ni. Maybe at least 7.8km/hr? Cheeewaahh...


Saya dapat tempat ke 290 daripada lebih kurang 2000 runners in my category. Not bad lah kot. But I wish to be in the 100+ place. Nanti kita cuba lagi ok! So I wish to be better next time!

Till the next race!!! 

Tata!!!





Thursday, 7 May 2015

Superheroes Race 2015


Date : 3rd May 2015

Venue : Stadium Bukit Jalil - KL

Distance: 11km (own GPS) official distance is 10km

Timing : 1h 23m 11s. (official) 1h 21m 59s (own timing)



Assalamualaikum girls!!!

So..this was my 2nd race for 2015. Again, I did it with my best friend Tun. Kali ni Tun datang fetch saya di rumah dengan husband dia. Kami sempat solat Subuh dia surau Stadium Bukit Jalil dengan bertenang. Tun sempat pergi toilet dengan bertenang. Kami sempat bersedia di garisan permulaan dengan bertenang. Hehe...



So - Kali ni kami decided nak lari non-stop 10km. Dan kami akan berlari bersama-sama dari mula sampai habis. Kami berjaya lah walaupun ada 2 kali walking but memang tak ada stop bergerak cuma di water station je stop nak ambil air.

Race kali ni seronok sebab ianya start awal iaitu dalam pukul 6.20am dah flag off. Saya suka sebab hari masih lagi gelap. Kami memulakan larian dengan gagah perkasa. Saya suka track ni sebab memang ada 2 bukit tapi ianya tak begitu curam & cukup masa untuk stabilkan pernafasan sebelum ke bukit atau cabaran seterusnya. Haha..nampak....macam professional kan review race saya ni?

Sambil-sambil berlari saya akan bercakap-cakap dengan Tun. Walaupun Tun semasa race kali ni dia berubah menjadi pendiam selama 1 jam lebih. Haha...penat lah tu!

Race kali ni best sebab it was a costume race kan. So ada macam-macam superheroes yang berlari bersama kami. Ada ironman, batman, superman, segala bala man semua ada lah.



Finally kami sampai jugak. Dalam catatan masa yang tak kurang membanggakan. Weee... Ni adalah gambar favourite Tun & I. Untuk makluman berat saya semasa ni yelah 63kg. Hoho....overweight kot. Tapi takpe. Saya tidak akan berhenti berusaha dapatkan balik berat 58kg saya. Kalau dapat 56-57 kg laaagiii best. Saya berat dan debab tapi saya kuat ok!!!



Dapat medal so...marilah kita berposing-posing di atas pentas. Walaupun memang tak menang punyalah. Haha...posing itu wajib.



Marilah juer berposing ala-ala penyanyi nasyid di depan pintu masuk utama stadium. Posing gini dengan harapan nampak ilusi lebih kurus. Haha...tapi nampaknya tetap tidak berjaya usaha mengaburi mata penonton/pembaca.


Ini track route larian kali ni. Senang cerita dari Stadium Bukit Jalil larilah sampai ke Kuchai Lama. Pastu u-turn semula ke stadium. Best kan? Haha..meh la join saya & Tun berlari lagi!!

Ok - tu saja review race untuk kali ni. lepas ni kami akan join Great Eastern Run pada 24/5/2015 di Dataran Merdeka. Yang tu 12km race. Semoga saya dapat improve timing larian saya!!!!

Till then!!! Tata!!


Monday, 6 April 2015

8 things not to say to someone training for a half marathon

Assalamualaikum, hai errbody.

I got the feeling that my blog ini dah jadik macam tak kelakar lagi dah. Eh...eh..pernah ke kelakar sebelum ni? Eh..entahlah. Tapi the purpose I blog pun sebenarnya untuk ketawa. For me to share the best part, fun & happy moments in my life. The not so good part tu...takpelah..dengan orang-orang yang special je saya share..hehe..siapalah yang bertuah tu ye?

Anyway...since sekarang ni saya sedang giat training for my 1st half marathon which I planned to be in October (InSyaAllah). So..ni saya nak ceritalah sikit kan. Sebab ramai jugak yang bertanya-tanya pasal tabiat saya berlari-lari ni. 

As per today, saya dah masuk dalam minggu ke-3 training. Total 12 minggu. Hari pertama dalam minggu ke-3 lah ni. Total hari yang saya dah training dah 15 hari. Ada lagi 69 hari..huk huk. Weeee... so far so good. Saya berjaya ikut betul-betul schedule tu. Good job MK!! Tepuk bahu sendiri. Sebab tak ada orang tepuk pun...hahaha kenalah tepuk sendiri.

Nah saya share kan training shcedule saya klik sini. Ini untuk regular runner ye. Yang dah biasa berlari 5km sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kalau untuk yang beginner pun ada jugak training dia. Boleh browse kat link yang saya bagi tu.

So..soalan yang selalu saya dapat dari saya mula-mula decided to be a runner yelah seperti:-


1. Q: Tan - ko rasa ko boleh menang ke? (Tan tu sayalah...jangan ingan nama cina pulak..hehe)

- huhu...Er..rasanya aku memang tak boleh menang lah kot. I'm not being negative or something but I just can't beat 10,000 other people running.


2. Q: Berapa jauh marathon yang ko nak lari ni Tan? Aku pun pernah jugak masuk marathon yang 3km punya. 

- Gitu katanya... Tahniah sebab berjaya lari 3km. Good job! Half marathon yang aku berlatih ni yelah 21km sebab itulah distance untuk half marathon. Kalau untuk full marathon yelah 42km. Kalau 3km, 5km, 10km dan lain-lain distance tu tidak dipanggil marathon. Setakat ni aku memang belum pernah lari half marathon pun. Ni lah baru tengah training ni. Wish me luck


3. Q: Kenapa ko suka sangat running ni Tan?

-Because I can.


4. Q: Ko takde rupa marathoner pun Tan. Debab je. Boleh ke lari laju-laju tu?

- Hukhuk...sedehhhh...Umm...ko pun takde rupa pelumba kereta pun. Tapi kadang-kadang mesti ko pernah drive laju-laju jugak kan? Anyway...aku aim to finish (with my own good timing), not to win...


5. Q: Ko lari penat-penat, jauh-jauh ni, ko hanya dapat medal je Tan? Dah la medal tu bukannya boleh gadai pun. Hoh...

- Hukhuk... apa nak jawab? A'ah memang dapat medal & dapat penat je. Kaki pun sakit jugak. Kalau berjaya habiskan larian untuk half marathon nanti dapatlah t-shirt 'finisher'. Tu je lah yang dapat. Tapi kepuasan dia tu...hanya runner yang mengerti cheewahh.


6. Q: Ko tak penat ke Tan lari jauh-jauh tu?

- Mestilah penat, Ko balik kerja sehari suntuk tu penat kan. Now imagine that plus 21km to run.


7. Masa ko race tu, berapa lamalah ko kena berenang Tan?

- Umm...harap-harap tak hujan lebat sampai banjir then kena berenang. Sebab aku training untuk half marathon bukan triathlon.


8. Q: Aku tak paham lah kenapa ko ni suka menyiksa diri ko tu lah nak lari jauh-jauh penat-penat tu lepas tu dapat medal je...haisshhh why Tan...why??

- Sengih je - Then I guess you won't be running a half marathon then? 


So there you go. Wish me luck!!

Soon...baby..soon!!









Thursday, 2 April 2015

100th!!

Assalamualaikum girls.

Hari ni hari yang agak best untuk diri saya. Sebab hari ni ialah kali yang ke 100 saya workout di gym. Nak tahu berapa lama 100 kali tu? Hehehe...sejak Oktober 2013. So kalau kira dalam 18 bulan lah kot baru dapat 100 kali.


Finally saya dapat t-shirt curves ni. Lama gile kot saya tunggu. Asyik tengok kat whatsapp group gym ni orang lain dapat posing macam ni dengan coaches. Saya pun nak jugak!! Dah la masa tu kki saya injured tu kan. Hari-hari ada aje update kat group gambar member dapat t-shirt ni. Jealous ok! 

Sebenarnya t-shirt tu boleh dibeli di gym ni. Hehe..kalau nak bayar je lah kan. Tapi kalau berjaya workout 100 kali dapat lah free. Kalau workout 200 kali dapat gym bag! Cantik warna purple jugak. I want!! Beli pun RM25 je kot. Tapi takmo beli.

Saya nak t-shirt & beg tu dibayar dengan menggunakan peluh saya je. Hehe poyo kan. Samalah kes nya dengan running. Kalau kita masuk race tu memang tak akan menang top price lah kot. Tak tau la kalau puan-puan memang pernah menang. Tapi saya memang tak pernah bercita-cita pun nak menang. Haha..cita-cita saya nak habiskan larian saya dengan timing yang lebih baik dari sebelumnya dan tidak injure.

Kalau running tu dapat finisher medal tu...owwhhh bermakna sungguh ok. Padahal we paid for that medal. Kan ke kita register nak masuk race tu kan. So technically we paid for it. Dah la bukan medal emas/silver/copper betul pun. Kikikiki...

Tapi tu lah...kalau orang yang tak pernah cuba berlari tu memang tak akan faham perasaan seorang runner bila dapat habiskan larian dia. I still malu nak call myself a runner. But I am. I am a runner. 

Siap Ana kawan saya cakap dekat blog dia yang saya ni marathoner...hahaha jauh panggang dari api Ana oii...half marathon pun bukan. Sepanjang 2 tahun saya berlari ni saya baru join 7 races je kot. Tu pun paling jauh 12km je.

I'm training hard for my 1st half marathon targeted on October 24th. Saya ada masa lagi dalam 6 bulan. Saya nak cuba ikut 12 weeks training program. Saya nak buat 2 kali training program tu. Sekarang baru masuk minggu ke-2 hari yang ke 11. Mihmih...jauh lagi perjalanan saya.

Setakat ni memang memenatkan. Saya harap betul yang saya dapat habiskan training program ni dengan berdisplin sangat lah. Maknanya ikut betul-betul dan takde skip days.

Saya & Tun dah berangan nak dapat medal & finisher shirt untuk half marathon pertama kami. Kami pun dah berangan macam mana nak posing di garisan penamat tu. Nak berlari sambil pegang tangan melepasi garisan penamat lepas tu menangis terharu dan berpelukan bersama-sama...hahaaha...

Haruuuuuu...


P/S: Angan-angan tu free kan....






Tuesday, 10 March 2015

Bukit Jalil Half Marathon 2015

Date : 8 March 2015 (Sunday)

Venue : Stadium Bukit Jalil - KL

Distance: 11km

Timing : 1h 20m 57s.



Assalamualaikum semua.

Saya happy semalam & masih happy hari ini. Kenapa? Sebab hari Ahad yang lepas saya & TunTun berjaya dalam 10km race kami dengan catatan masa yang membanggakan diri kami sendiri.

Saya tak pakai official shirt sebab saya eksyen..hoho

Well, saya kan injured dari November 2014. So no exercise at all, for 2 freaking months. Saya memang down giler. Saya terus minta cuti 2 bulan juga dari gym saya. Mintak cuti so that tak payah bayar le membership for 2 month juer kan...

So starting early February saya dah sihat sepenuhnya. Saya pun started training semula. Owwhhh berat naik 5kg ok. So masa mula-mula berlari tu memang frustrated sangat sebab memang terasa berat & terhempap-hempap berlari tu. Tapi saya teruskan juer sebab kali ni saya akan berlari dengan Tuntun. Wokayy...jomlah kita check it out. 

Pepagi buta Tun dah gerak dari Seremban untuk fetch saya. Dia sampai tepat pukul 5.00am. Sampai stadium Tun nak gi toilet la pulookkk! Hoh...dia ni memang..manjang toilet tau. Masa dia dalam toilet tu saya call dia few times lah jugak..hahaha...saya tau saya annoying. Tapi saya terpaksa call sebab dah nak flag off dah. So dengan itu maka tiadalah gambar sebeum kejadian sebab tak sempat posing. 

Saya terjumpa Anees - kawan saya masa kar MRSM dulu. Dia pun tengah beratur tunggu toilet. Anees pun runner yang hebat!

Finally sempat la kami berlari-lari. 5km pertama kami berlari bersaing-sainglah. Semasa kami ketama kali berlari bersama masa IJM Run last year. Masa tu kami hanya lari 5km saja. Masa tu Tun lari macam nyonya ok. Tangan saja yang bergerak konon-kononnya laju. Tapi kaki tak bergerak pun. Tapi kali ini tidak...Tun memang laju. Membuatkan saya terpaksa push diri sendiri untuk berlari sama laju disebelah dia heheeh...syabas baby girl!!

Pada kilometer yang ke-5 kalau tak salah saya, kami terpisah. Rasanya saya terkedepan kot. Tun pulak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengejar. Tapi sampai sudah dia tak nampak saya di depan dia katanya. 

Ni masa baru sampai selfie lah dulu kan.

Saya mengesyaki bahawa Tun tak perasan bahawa dia telahpun memotong saya. Sebab kali ini Tun memang dasyat lajunya. Tidak boleh dipanggil nyonya lagi. Mungkin lebih layak dipanggil ahmoi. Bila dia tidak perasan bahawa dia telah memotong saya maka dia pun menambah kelajuan dia maka saya lebih terkebelakang dengan maha hebat jauhnya ketinggalan. Haha...

Sampai lah kegarisan penamat memang kami tidak berjumpa. Bila saya dah sampai saya sempat selfie 2-3 keping. Lepas tu terus call Tun sebab kami belum solat Subuh!!! Nak tahu.... khemah untuk kaum Muslim bersolat Subuh ada disediakan. Tetapi dalam 2km selepas berlari Dah la waktu perlepasan pada pukul 5.40am. 2km berlari tu belum masuk waktu solat daa....

Tapi tak mengapa. Sebab itu menjadi faktor pemangkin kami untuk memecut lebih laju supaya sempat sampai ke garisan penamat dan sempat bersolat sebelum fajar!! Chewaaahhh gitu. Dan ya!!! Kami sempat!!!! Solat di Surau Stadium Bukit Jalil tu. Surau nye selesa dan bersih, tetapi takde telekung. Sehelai pun takde. Maka kami tiada pilihan selain daripada solat dengan pakaian yang kami sedang pakai. Ya Allah terimalah solat ku...Amiiinnn...

Saya rasa sedikit bertuah sebab saya pakai baju lengan panjang yang tak ketat & seluar panjang. Kalau saya pakai seluar pendek macam mana? Hahah...gile ke kan..pakai seluar pendek lepas tu pakai tudung...hohohoh. Terima kasih dekat hubster sebab belikan saya baju tu...muackssss!!! Kasut pun dapat sponsor ok. Bertuahlah saya menjadi bini dia...hokhok!!

Auntie-auntie perkasa berjaya lari 11km

So lepas solat tu barulah kami berposing-posing dengan happy nya. Overall saya rasa happy sangat sebab saya dapat lari dengan BFF saya. Yang sanggup datang dari jauh ok. Entah pukul berapa dia bangun pagi tu agaknya. Yang kedua saya happy sebab saya lari laju dari biasa. Saya target 78mins untuk 10km. Tapi saya dapat buat 11km in 80mins. That's awesome!! (For me lah....)


Saya juer jumpa V. Ex-colleague yang rajn berlari juer. Dia 9 years senior than me tapi masih active berlari. She's a lawyer tau. Semua ni mak-mak handalan. Yang adik comel kiri sekali tu pun handal juer. Dia beberapa saat di depan saya. Tapi dia kategori K (Women Open) ..kami veteran hok hok...dah tua. Eh..tapi kami kuat ok!

I love this pic. Sebab nampak sign Stadium Bukit Jalil tu. Walaupun lipstick dah terpadam & gigi arnab terserlah...tapi tak pe..saya share juer gambar ni.

Nah ni yang saya captured guna app di phone saya. 727calories burned. Lepas tu saya belanja Tun makan nasi lemak tawaf..haahah...tambah calorie semula 



This is the official result. Saya nombor 51dari 187 runners category M (Woman Veteran). My timing was great too. Kalau saya letak timing saya dekat Women Open, saya nombor 125 dari 600 runners. Not bad kan...ok lepas ni boleh masuk Women Open lah hihi..eksyen kan? By the way, TunTun kesayangan saya nombor 63. Her timing was good. Super good actually. I'm proud of her. Kawan saya hebat!! 

Ok korang...till the next race!!! Tata!!




 P/S: Semalam saya tanya hubs "Are you proud of me?" Jawapan dia membuatkan saya rasa tiba-tiba ada orang potong bawang di sebelah saya...heheh..


Wednesday, 17 December 2014

Artis Jemputan: TunTun dengan tajuknya :-Aldinna Aisyah Mohd Nazim,


Aldinna Aisyah Mohd Nazim. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Kakak tahun depan dah 10 tahun umurnya. Kakak anak ibu yang sangat baik, dengar cakap ibu, rajin tolong ibu, Cuma kakak agak keciciran di dalam pelajaran berbanding rakan sebaya. 

Di usia 5 tahun, rakan-rakan lain ada yang sudah mahir bertutur, bijak membaca, mengenal huruf dan nombor tapi kakak masih lagi belum mahir untuk bertutur dan dikategorikan pelat. Penguasaan bahasa kakak sangat lemah. Kakak sangat terbatas pengunaan perkataannya. Disebabkan itu kakak malu untuk berkawan sebab ada juga kakak mengadu yang kawan-kawan selalu ejek kakak sebab kakak pelat. Hmmmmm… kesian anak ibu…

Kakak memulakan pendidikan awalnya pada usia 5 tahun.. sepanjang setahun persekolahan kakak masih belum boleh menguasai huruf dan nombor.. Di usia 6 tahun, kakak masih tidak dapat membaca setelah setengah tahun persekolahan… ibu agak risau pada waktu tu.. ibu perlu berbuat sesuatu untuk memastikan kakak dapat membaca.. ibu bercadang untuk menukarkan kakak ke tadika lain untuk mencuba teknik pembelajaran dan suasana baru untuk kakak.. Alhamdulillah, kakak dah boleh membaca perkataan yang mempunyai 2 suku kata selepas berakhirnya sesi persekolahan untuk tahun 6… syukur..

Ketika kakak berumur 7 tahun (darjah 1) kakak terpaksa menduduki kelas LINUS untuk pelajar-pelajar yang masih belum menguasai membaca, mengeja dan menulis… Dan ibu juga setiap hari akan meluangkan masa untuk perhatikan bacaan kakak.. Kesabaran ibu juga kekadang teruji bila kakak masih tidak dapat membaca dengan fasih.. Ibu cuba mengawal kemarahan ibu dan tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi supaya ibu tidak menyinga… 

Alhamdulillah.. kakak dah boleh membaca dengan suku kata yang lebih panjang.. Alhamdulillah.. sumanya atas keizinanNya…

Sejak kakak memasuki alam persekolah iaitu darjah 1 sehingga 3.. kakak ditempatkan dikelas terakhir berdasarkan prestasi perperiksaan kakak yang kurang cemerlang.. kakak juga sehingga ke tahun 3 masih lagi ditempatkan di kelas LINUS kerana masih lagi belum menguasai beberapa topik untuk mata pelajaran matematik.. 

Pada bulan November 2014, kakak telah membawa balik surat untuk dia hadir ke sekolah untuk majlis anugerah cemerlang di sekolah… pada masa tu, air mata saya bagai tidak dapat ditahan2.. walaupun saya tahu kakak tidak dapat anugerah pelajar terbaik, kedudukkan terbaik mahupun mata pelajaran terbaik tetapi saya tetap berbangga dengan peningkatan pelajaran kakak.. kakak telah mendapat hadiah di atas peningkatan di dalam pelajaran kerana telah lulus ujuan linus! 

Alhamdulillahhhhhh… sayu hati saya…. Dan kakak juga mendapat hadiah untuk kedatangan terbaik sepanjang sesi persekolahan… Syukurrr… Kejayaan kakak pada tahun ini lagi adalah, kakak dapat naik kelas!!!! Aminnn ya Alllah…. Syukurr.. Segala nya dari engkau ya Allah…

Disamping itu juga, kakak sekarang banyak perubahan lain yang saya dapat perhatikan.. kakak Nampak lebih bersemangat untuk belajar, lebih berkeyakinan, rajin bertanya, rajin bercerita.. Alhamdulillahhh.. Semoga Allah memberikan kakak kemudahan dalam segala apa yang kakak usahakan.. ibu tidak putus mendoakan kakak dan cuba meluangkan masa yang lebih lagi untuk pelajaran kakak..

Ibu sayang kakak!!




MK: Tun memang supermom. Saya memang tau & memang penyokong kuat dia. Lagi-lagi pasal Dina. Semua ni memang kehendak Allah. Dan memang dengan izin-Nya Dina sekarang dah banyak kemajuan yang saya sebagai orang luar pun bangga sangat. Actually, saya lagi bangga dengan Tun. Dia memang tak reti mengalah. Memang ini semua atas usaha Tun yang dah banyak kali terduduk, rasa macam nak tarik-tarik rambut sendiri, rasa nak melalak sampai tercabut anak tekak. Tapi Tun tetap bangun balik. 

Saya tau. Saya saksinya chewaahhh macam cerita mahkamah ye. Keep it up dear friend. Lepas ni maybe Tun boleh cerita tips-tips dia yang telah berjaya digunapakai dalam mendidik Dina kan.

Bye!!




Thursday, 20 November 2014

BSN Putrajaya Night Run 2014

Date/Day: 11 October 2014 (Saturday Night)

Venue : Perbadanan Putrajaya

Distance : 10km

Timing : Gun Timing: 1hr 19m 24s, Nett Timing: 1hr 18m 45s


Assalamualaikum,

Ini 1st time saya berlari pada waktu malam. Saya minta tolong hubs hantarkan saya ke Putrajaya. Sebab mesti ramai orang..lepas tu saya tak tau kat mana nak parking & mesti Putrajaya cramped dengan manusia kan. 

Yelah...anual event yang fofular macam ni mesti ramai manusia yang join race ni kan. So saya minta tolong hubs hantar dan drop kan saya je..lepas tu pergilah makan dinner dekat Alamanda ke..& datang fetch saya after 90 minutes. Cheeehh... confident je kan..boleh settle lari dalam masa 90 minutes.


Official race singlet. Dah la size macam tak betul je. Saya mintak size 40" macam size yang biasa saya mintak. Size 40" selalu saya pakai agak loose. Tapi singlet ni tak best, dia fitted sangat. Tak suka! Nampak gemok (huhu..alasan ke?) Dah la kena pakai running shirt long sleeve kat dalam sebab takkan nak pakai singlet ni je lepas tu pakai tudung. Ko dah hilang akal Senah??

Kenapa saya letak nama Mak Kintan? Hehe...saya rasa nama MK ni macam dah sebati dengan saya. Ramai dah panggil saya Mak Kintan or MK. Even mak-mak sedara pun dah panggil MK. Saya ok je..dengan harapan diorang ingat MK = Maya Karin (haha phuuiii)


Anak-anak saya memang sangat supportive. Diorang memang sabar je dengan karenah saya yang memang suka berlari. Kadang-kadang lepas bagi diorang makan saya turun berlari. Diorang pasrah je kena tinggal kat rumah sambil ibu diorang lari-lari keliling rumah. Kadang-kadang kalau bosan diorang akan call handphone saya "Lama lagi ke bu? Nak minum vitagen boleh ke? Nak makan jajan boleh ke?"

Ye..anak-anak saya memang mintak kebenaran untuk makan jajan ke, minum juice ke apa-apa yang ada dalam pantry or fridge. Kalau saya kata tak boleh..diorang memang tak kan makan. Bagus kan? Hey...tengok lah ibu dia..berdisplin kaaannn (konon)



Signature pose bertiga. Seronok lah saya sebab kali ni berlari malam. So anak-anak boleh share excited dengan saya. Selalu race pepagi buta. Saya keluar rumah pun anak tengah tidur lagi. So..diorang pun nak posing dengan saya. Ayong memang dah few times cakap nak join saya race. Tapi saya setakat ni belum ada masa nak train dia berlari. Betull....dia budak-budak mesti boleh berlari kan. Tapi saya belum yakin nak biarkan dia berlari sorang-sorang kalau saya join different category. Maybe next time saya registerkan dia untuk fun run & saya pun lari fun run. Start young baby!!!


Masa ni sedang tunggu gun berbunyi. Ramaaaiiii orang join race ni. Mostly dengan kawan-kawan. Saya macam biasalah, sorang. Tapi saya rasa memang saya jenis yang suka berlari sorang-sorang. Sebab saya memang jenis tak pandang kiri kanan. Lari hentam keromo je. Lepas tu terus balik. Saya rasa saya hampir tak pernah tunggu lucky draw after race kot. Baik balik rumah terus pergi makan char kuey teow ke...hihihi.. Lagi pun selalunya anak-anak tinggal kat rumah. Tu yang sebabkan saya memang nak balik cepat-cepat.

Kadang memang saya rasa bersalah berlari tinggalkan anak-anak & laki ni. Tapi suami saya memang kata "Takpe...ok je..pergilah lari..sayang bukannya buat benda tak senonoh pun" Sambil dia sambung selubung badan dia dengan selimut tebal hahaha. Sebab selalunya saya kejut dia pagi-pagi buta sebelum saya keluar rumah sebelum subuh sebab saya nak salam dia sebelum ke tempat race. 

So saya pun berlari-lari lah dengan bersungguh-sungguh. Haha..kadang-kadang tak berapa nak bersungguh jugak lah. Especially bila tang part bukit. Adoii la memang kelemahan saya. Actually kadang-kadang bukannya curam pun bukitnya. Saya je ketahanan mental memang drop habis bila nampak bukit. Padahal boleh je teruskan lari. Tapi taaakk..nampak je bukit..kaki terus lemah longlai.

Night run seronok!!! Lagi-lagi this is my 1st time lari malam kan. Lepas tu ada macam-macam station. Water station is a must lah kan. Saya berhenti minum di setiap water station. 

Lepas tu ada ramaaaiii volunteers yang support kita berlari. Ada lion dance, ada DJ main music kat tepi jalan tu. Ada kedai runcit jual buah-buahan!! Ada banner tulis kata-kata peransang. Ada superman, spiderman.

I should take time to snap some picture in my next race kalau ada lagi benda-benda yang seronok macam ni. Runner yang lain pun macam-macam fesyen. Ada yang pakai topi lampu-lampu kelip-kelip. Ada yang pakai macam superman. Ada group yang berlari pakai seluar kain pelikat!!!

Haha...fun fun fun!! Disebabkan saya berlari sorang-sorang saya malu nak ambik gambar. Takpe...next time I will!!!

My self target for that 10km is 80 minutes. Bila dah lagi 1km nak sampai ke finishing line tu saya call husband saya sebab nak bagi tau boleh lah datang jemput saya. Rupa-rupanya hubs tunggu saya dari mula start race tadi. Owwhhh...terharu juer!!!

Lari-lari lagi...dah nampak finishing line. Tapi kenapa tak sampai-sampai ni...penat nyeeeee!!!!!

Tiba-tiba.....


"Ibuuuu!!!! Ibu!!!!!!" saya dengar suara kecik panggil dari tepi. Owwhhh my boys!!! Seronoknyaaaa diorang lari sama-sama saya sampai ke finishing line!! Happy tau.


So this is my timing yang saya snap. Guna application Noom. Lagi 6 saat nak 80 minit. Haha...so..I achieved my target. Good job MK!!! Speed pun ok lah..membanggakan jugak untuk diri sendiri. Sebab selalunya saya pemalas. Nak-nak pulak 10km kan...mesti saya sloooowww sangat. Walaupun kadang kaki masih larat..cuma mental kata penaaaatt penaaatt...

Tulah..selalu ikut kata hati sangat..Kemmmoonnnn jangan malas!!! RUN RUN!!!

Overall kalau tengok dekat gambar tu, each kilometer is less than 8 minutes. Waahhh that's great for me. Selalunya saya bila dah sampai mood pemalas tu...saya mesti drop sampai 8 minit/km. Hooohh...kata race...tapi pemalas...baik duduk rumah makan nasik!!

See...my 4th kilometer tu saya buat in 8.00 minutes. Tu tiba time low lah tu..mood pemalas menguasai. Not good!!


Boyfriend saya senyum. Is he proud of me? Ke dia senyum senget sebab nak cakap saya poyo?! Ek eleehh bini aku ni... Yang penting lipgloss saya masih ada walaupun dah lari selama sejam lebih. Haha...barulah muka ada berseri lepas berlari. Habiiissss? Ko ingat CikTa je make up lepas beranak? Ahkak pun ok!!!! Lipgloss is vital!! 

Signature pose for 1st night race. Baju kecik entah sala pilih saiz atau size 40" penipu...so..sila lah salahkan baju tu...saya tak gemok ok!! (tak ngaku) 


I'm at no.188 from about 1500 runners in my category. Not bad ey??? And my timing....better than what Noom captured. Weeee....I'm a happy runner! You better watch out Janagi Balakrishnan!! You're only 5secs faster than me!! Haha..tetiba marah Janagi yang tak bersalah. Dah la tak kenal pun...


Overall..I had fun running malam-malam. My hubs & kids were there from the beginning sampai I finished berlari. They cheered for me. Ayen was proud of me. He hugged me at the finishing line and demanded to wear the medal. 

So...till the next race!! Tata!!!



P/S: Next target 78mins for 10km. Alahai...up grade 2 minit je target nye? hehehe..boleh laahh









Wednesday, 19 November 2014

IJM Run 2014

Date : 21 September 2014 (Sunday)

Venue : Seremban 2

Distance: 5km

Timing : 37m 54s

Owh well..hello!! Assalamualaikum. I am very excited to write about this event. Sebab apa? Sebab event ni paling istimewa untuk saya & TunTun. Saya tak tau la apa specialnya bff saya ni sebenarnya...haha..tapi yang saya tau saya memang tak boleh carik kat mana-mana dah kawan macam Tun. Hanya saya & dia yang faham our very special friendship. Tun & I adalah 2 orang manusia yang memang sangat berbeza. Tapi itulah yang merapatkan kami. 

Kami kenal sejak umur kami 11 tahun. Sekarang umur kami berapaaa??? Rahsiaaa??? Blueekkk...tak rahsia pun..umur kami 35 tahun. Saya hampir tiada rahsia dengan Tun. Kalau ada rahsia pun mungkin 0.005% dari keseluruhan hidup saya atau saya terlupa nak bagitau dia. She is like my archive. She knows everything about me. Seriously? Yes....seriously. Saya kadang-kadang terpikir jugak...entah-entah Tun malas nak dengar cerita saya...tapi saya macam ni lah..memang selalu bercerita jugak pada dia..hehehe.. I can't help it Tun..I'm sorry...

So..this event memang special sebab this is Tun's 1st race!! Special for me pulak sebab I'm running with my dear bff.

Ok..jom cerita. TunTun started running in April 2014 (if I'm not mistaken). Boleh rujuk cerita Tun di sini - TunTun The Supermom 

So after few months dia training, I decided to force her to join me in 5km race je (je?? hoh poyo). Tetiba ada event IJM Seremban 2 kan...memang sesueiiii sangat sebab Tun will not have anymore excuses yang selalu dia cipta..hihihi like jauhlaahhh.takutlaahhh...susahlaahhh...bla..blaa...bla..

Tapi lepas register tu, I tell you...dia yang terlebih over nya..haha..TunTun..that's why I love you. So sampai lah hari yang ditunggu-tunggu. Saya gerak dari Bukit Jalil jam 4.30am. Sebab saya nak tumpang solat subuh di rumah Tun. Saya tinggalkan anak-anak saya dengan hubs yang baik hati yang sudi jaga anak everytime saya nak ber-escapism berlari-lari. My hubs is a real champ I tell you...hoho.

So at about 6.30am kami sampai di Pejabat Urusan IJM di Seremban 2. Orang dah ramai. Kami masuk Fun Run je...hahah..5km. Tapi debarannya sama hebat je dengan orang yang masuk 12km, Half Marathon & Full Marathon.

1st thing to do, is to take signature pose lah kan...here goes!!

Selalu ambik gambar sorang, kali ni berdua. Happynyaaa saya. Baju ni oren gile..silau mata saya tengok. 

Saya ada janji dengan Tun. That I would never ever tinggalkan dia masa lari ni. Saya akan lari sebelah dia sampaaaiii habis. She looked nervous and excited at the same time. For me 5km kacang (hahaa berlagak giler) I mean kacang untuk dihabiskan berlari lah. Tapi untuk kejar timing yang kami target mungkin tak begitu senang. Apa-apa pun target saya masa tu hanya untuk have fun dengan Tun and bonus if I can finish before 40 minutes.

1km...2km...kami ok lagi. Semua nya ok. Tapi bila sampai 4km tu Tun dah macam nyonya tua berlari tau. Haha...tangan je gerak laju konon laju sangat larinya. Tapi kaki dia tak moving pun....hooohhh!!! Siap nak jalan lenggang kangkung. Masa ni dah 4.5km dah pun..dah nampak dah IJM office kat depan tu. Saya marah dia..."Hooohhhhhh!!!!! Larilaaahhhhh...lagi 500m je. Nanti sampai depan tu ko nak baring..baringlaahhh!"

Tun menjeling..tajam...hahahaha...boleh terluka pipi saya dengan jelingannya tapi saya cakap "Weekkkk tak takooottttt!!! Cepat lariiiiiii!!! Nyonya pun lagi laju dari ko lah!!"

See..muka kami bila nak sampai finishing line. See..muka Tun? Hihi...


Saya letak jugak gambar kami terapung di finishing line ni walaupun saya sedar muka kami berdua menang dah macam perempuan gile. Takpelah...ini kenangan yang paling manis buat saya & Tun. Kami berjaya...ahahahah. Ni gambar dari official photographer. Happynyaaa...see...saya memang memastikan kami betul-betul sama-sama melangkah gunakan kaki yang sama supaya timing kami exactly sama reached the finishing line. Haha...sampai saya type entry ni pun saya tersengih-sengih dengan geleng-geleng kepala mengenangkan perangai Tun yang kelakar. 


We did good too. Our timing and speed were great (at least for us lah kan) 


Selfus lepas berlari. How happy we was masa tu. Especially kawan saya ni because this is her 1st time. I still remember how I felt when I finished my 1st race. Tapi lepas tu saya muntah. So my 1st time was not as great as Tun's. 


We made it!!!! Kalau boleh kami nak bagitau satu dunia...hahaah.. betapa hebatnya kami berlari 5km..hahaha.. and I would never forget how happy my best-friend was that day. The same feeling like masa kami di zaman sekolah dulu. 

Signature pose for race collection

Tun's 1st signature pose for her collection

This was my cover photo dekat facebook for couple months. I really love this photo.

So after the race...we celebrate dengan makan nasi lomaaakkk...nasi lemak Mambau dekat dengan rumah Nabil Raja Lawak. Tun belanja...terima kasih Tun.

Apa-apa pun this is one sweet memory yang akan saya simpan dalam hati saya. Tun memang very special. Saya doakan kawan saya sentiasa dirahmati Allah, sihat, happy, bahagia dengan suami & anak-anak-anak (Tun ada 3) yang comel & bijak-bijak belaka. Saya doakan Tun sentiasa beriman, cantik, kurus, kaya hehehe..Saya doakan agar friendship kami akan berpanjangan selamanya. Tak ada orang lain yang faham saya seperti Tun faham saya. 

P/S: I really love you, girlfriend!! *HUGS*



Friday, 7 November 2014

Broga Hill

Date: 4th May 2014

Venue : Broga Hill, Semenyih

Saya masih lagi terasa happy nye masa panjat Broga ni. Kali ni kami ramai. 2 van dari gym. Tak macam masa pergi Bukit Ketumbar tu 3 kereta je. Seronoknya sampai tak lelap tidur ok. 

Berkumpul di gym pukul 4.30am. Sampai di kaki Bukit Broga dalam 5.30am rasanya. Terus start panjat. Orang dah mula ramai. Suasana memang gelap gelita lagi. Saya tak ada torch light. Dolly gym owner kami bagi saya pinjam torch light dia.


Ni actually masa dah turun dah sampai bawah dah pun. Tapi baru ternampak sign ni. Teruslah ambil gambar dekat sini walaupun asa ni dah terang benderang

Terus terang Broga Hill dah macam pesta dah kot sekarang ni. Kalau mendaki di sini memang kena start sebelum subuh supaya boleh sampai ke puncak ngam-ngam masa sunrise. dan sempat turun ketika matahari masih belum naik.

Kalau tidak, memang panas gileeerrrr!!!! 

Perjalanan ke atas tak sampai sejam pun. Itu pun saya terpaksa tunggu kawan-kawan 4 orang 1 group yang memang determine nak sampai ke puncak. Yang lain memang ala-ala lenggang kangkung hihi..takpe..this is for fun saja kan.. Bukannya race. Tapi kami 5 orang ni memang over sikit. Memang nak cepat sampai puncak. Menuju puncak!!!!

Yeah....dah sampai batu keramat!!!! Memang awesome!!!

I think this was my best weight so far-57+kg. Masa ni saya memang all out. Rajin berlari almost 5 times per week & gym 3 times per week. Tang part muka saya tu memang tak boleh ampun lah ye..memang lebar pinggan. Tape lah..saya redho...

Saya sempat solat subuh di puncak bukit ni. Masa tu gelap lagi..saya cepat-cepat pakai telekung solat di sebalik batu-batu ditemani oleh Kak Yus. Manalah tau..karang ada pulak orang jatuh gunung sebab terkejut tengok lembaga berkain putih di celah-celah batu kan. Padahal itu saya tengah solat..hihi..

Sampai sekarang saya masih lagi berasa bangga dengan achivement saya ni. Haha...kesian kan lah kita emak-emak ni memang over tau bila dapat kejayaan macam gini. Orang lain dah panjat Kinabalu pun tak heboh macam saya. Tak pe lah kaannn...kasik chance lah! Walaupun mata berkedut-kedut dah...berjaya makcik sampai ke puncak tau! Saya suka gambar ni...
Ok..ni dah turun dah ni. Kak Yus memang pandai ambik gambar tau.


Almost all of us that day. 

Overall - saya memang bersyukur sangat husband saya memang ah-may-zing. Sebab dia sanggup tolong jaga anak bila saya gila-gila nak berlari lah panjat bukit la gym la. Dia jugak bagi saya join gym ni. Dolly (gym owner) pun amazing sebab selalu buat aktiviti outdoor macam ni. Sebab tahu-tahu lah kan..kalau kita nak organized sendiri sudahnya baik tidur kan...

Bye!!!

P/S: Saya InsyaAllah akan naik Broga lagi December ni. Sapa nak ikut??