$

Showing posts with label education. Show all posts
Showing posts with label education. Show all posts

Thursday, 13 November 2014

Running Tips - To wear

Assalamualaikum.

Handal sangat ko Tipah? Baru masuk 2-3 race maksimum 10km je pun dah nak bagi tips? Hehe..takpelah kan...sharing kan caring... kalau taknak bca pun takpe..tak berdosa. Tapi kalau taknak solat..haa memang dosa. Dah solat ke belum??

Hari ni saya nak cerita pasal BRA!!!

Tips yang saya share ni adalah dari pengalaman sendiri, pembacaan dari blog-blog lain & tv, magazines dan google.

1. Paling penting - SPORTS BRA - High Impact

Sports bra ada banyak jenis. Low impact, medium & high impact. Ada yang ada hook ada yang sarung je seksa macam nak mamp memakainya. Ada yang strap halus ada yang strap besar. Macam-macam. Tapi untuk berlari, sila pakai yang high impact. Dia memang support kaw-kaw punya. Tak bergegar satu dunia ok. Haha..eh..ini bukan melucah..ini scientific reason ok. Sila percaya. Masa try tu sila buat-buat macam berlari ke, lompat-lompat ke...pilih betul-betul tau.

Sport bra pun memang tak murah. Tapi ini memang sangat penting. Ko nak ke hujung-hujung hari bila ko bukak bra tetiba kawan baik ko tu dah kendur sampai pinggang Senah? Nak ke? Haha...baca pun macam ngerikan..inian pulak tengok sendiri. Sila buat pencil test untuk check bahawa kawan baik kita pass ke tidak. Apa benda 'pencil test' tu? Pergilah google..manja sangat ni hah??!! "Pencil Test for Breast" go google.

Harga sports bra bergantung pada brand dia lah. Selalunya RM110-RM150 tu kira standardlah kot untuk high impact bra brand Adidas, Nike, Reebok. Lagi mahal pun ada. Lagi murah pun ada ikut kesesuaian dan budget. Tapi ingat Senah...jangan kedekut sangat nak beli yang murah lepas tu 'kawan baik' ko sorang ke utara, sorang ke selatan bila ko berlari....hmmmm not a good sight to look at. Hadoiii...melaburlah sikit untuk kepentingan 'kawan baik' anda.

Tengok berapa panjang ahkak membebel pasal sports bra ni. Serious penting kan?? Lagi satu saya suka jenis yang sarung je. I mean bukan jenis yang ada hook. Sebab...yang ada hook support dia tak sehebat yang jenis sarung. 

Ni jenis strap halus tu...saya tak suka. Support tak berapa bagus (for me lah ye)

This one is my favorite of all. Dah la safari printed...umm.. padded, getah bawah dia tu memang support yang bagus. Ye..memang seksa sikit la bila nak pakai dan bukak sport bra ni...Tapi it is vital!!

Ni fesyen yang ada hook & strap adjuster. Ni pun rasanya tak berapa sesuai untuk running. Sebab apa adik-adik??? Sebab support tak cukup bagus.....pandaaaiiii.... ni maybe low or medium impact kot. Sesuai untuk yoga ke, gym ke cycling ke.

Jangan lupa beli yang padded ye. Ada yang memang dah siap padding dia. Ada yang kita kena beli separately. Mana-mana satu pun ok. Padding pun ada size. Sila tanya dengan Sales Assistant tu. 

Belilah color-color kegemaran kita. Ada yang striking ada printed. Pilih je dan sediakan ongkosnya. Saya ada dalam 5-6 kot high impact sports bra. Memang selesa dan yakin memakainya. Rasa lebih cun!!! Haha..over!!! Lepas berlari masa dah balik rumah tu...terus boleh bukak je baju yang basah lencun tu. Pakai sports bra je kulu kilir depan laki. Eh..apa jadik lepas tu ahkak tak jamin aahh...hahaha.



Ok..nanti kita sambung cerita tips lagi ye!!

P/S: Siapa nak beli high impact sports bra yang tak sampai RM100?? Boleh email saya intansiza@gmail.com



Thursday, 20 February 2014

Tips Bersenam

Hai y'all!!! Seperti dijanjikan saya nak bagi tips untuk bersenam!! Semangat nih!! Harus diingat, tips yang saya bagi ni memang personal tips dari saya & dari pembacaan ke dari khidmat nasihat coach tak rasmi hihi. Tips ni bukan tips untuk kurus pun. Seriously I tell you, saya sekarang pun belum kurus lagi pun. Memang la dah kurang 6kg tapi tak kurus pun. Tapi...ahhh...moh baca tips dulu lah jom:-
 
1. Mula-mula sekali - pakai baju cantik - beli jersey color-color yang cantik. Mahal? Mana ade...beli je kat pasar malam. Ambik color pink!! RM10 pun dapat kot. Tak payah mahal-mahal. Duit tu simpan untuk beli baju masa kita dah slim sikit. Perlu tuh...sebab percayalah cakap saya 4-6 bulan kalau konsisten bersenam, baju-baju favourite puan-puan akan tiba-tiba menjadi longgar. So duit tu simpanlah...sebab kena beli baju baru..kan..kan..
 
2. Beli yoga pants kat pasar malam pun ada bukan mahal pong. Kat pasar malam Jalan TAR ada banyak yoga pants yang cantik-cantik. Serious cantik. Bukan macam seluar katok apek cina pun. Ni memang cantik macam seluar Jeniffer Lopez. Hihi..Rasanya price dalam RM35 kot. Kalau beli 2 dapat RM60. Tengok tu...anje-anje betul korang ni ye? Siap nak kena cakap nak beli kat mana dengan prica sekali ye? Huh!!
 
3. Pakai kasut sukan. Saya dapat kasut color hijau dari husband saya brand Puma. Lepas 2 bulan kasut tu kena curik....sedih betullah. Lepas tu husband belikan lagi kasut yang sama colot purple...suke!!!! Lepas tu saya beli lagi satu kasut Nike kat warehouse sale je. RM100 kot. Yang penting color pink. Huhu..kasut tak kesah nak mahal ke murah ke, sebab kaki mungkin akan tetap sama size orait!!! nak murah kat Bata pun ada brand Power. Ok whaaatt...ringan je. cantik pun ye. Sekarang Bata dah setaraf dengan brand kasut lain ok. Dah tak cokia dah. Jangan memandang rendah pada kasut Bata tau. Nanti pasal kasut murah tu lah korang slim & fit. 
 
4. Mulakan dengan 5 minit. ko gelak senaahhh? ko cuba melompat bintang tanpa henti seminit tengok camne? semput ke rasa nak mati. Nanti dah lama-lama tambah la 7 minit, 10 minit, 12 minit, 15 minit, 20 minit. Jangan gelojoh Senah, jangan eksyen juer... yang penting konsistensi. Itu magic word kita. Konsistensi. Mesti buat hari-hari.
 
5. Kalau terloncat-loncat sorang-sorang dah la pagi-lagi buta kan. Memanglah rasa macam loser. Huhu...mula-mula je. Ok lah...meh ahkak ajar, kan sekarang telefon dah canggih. Apa gunanya khen? Bukak la lagu. Lagu tu tak kisahlah lagu apa-apa pong P.Ramlee ke, 4U2C ke, Najwa Latip ke..lantak korangla...habis satu lagu baru korang stop meloncat. Satu lagu maybe 3 minit kot...biasanya lah kan. So...kalau nak tambah lagi 1 lagu pun ok jew..kalau tak..takpe..kita sambung esok je.
 
Contoh work out yang paling senang dah kalau 5 minit je masa yang kita ada yelah Circuit Training.
 
 
 
 
Bersenam pagi-pagi actually lebih senang sebab kurang gangguan, anak & husband masih tidur, badan jadi segar, tenaga bertambah, badan cergas otak cerdas. Increase metabolism sebab calorie dibakar dipermulaan hari. 
 
Last year berat saya 64kg. Tinggi saya 160cm. Saiz seluar jeans levis 30. Itu pun melimpah keluar perut saya. Bila ambik gambar nampak demok pendek. Ughh.. saya start jogging 30 minit sehari sejak February 2013. By June 2013 masa vacation saya dengan kawan-kawan ke Pulau Perhentian, saya ingat lagi kawan saya Emma cakap dia geli tengok jeans saya yang bahagian peha belakang tu menggelebeh. Saya gelak je. Sebab saya ingat dia gurau-gurau. Lagi pun saya actually baru je kecikkan pinggang & kaki jeans saya tu. Hantar alter dekat tailor.
 
Tapi bila tengok dalam gambar & tengok kat cermin baru saya nampak kegelian Emma tu macam mana. Memang tak cantik pun. Nampak selekeh gila pakai jeans yang tak ngam saiz. Jeans favourite saya yang baru berusia setahun kot yang saya dah kecikkan tu dah longgar banyak!!! Tu jeans size 30!! Saya memang sejak umur 20-an memang pakai size 30 kot. How come tetiba jadi begini hah?
 
So July 2013 saya berkobar-kobar pergi Levis beli jeans baru. Mintak size 29 = longgar. Mintak saiz 28 takde pulokkk!!! Adik tu bagi size 27. Saya ketawa kuat-kuat kat situ. Memang tak lah dek oiii kata saya. Ni saiz masa akak umur 21 kot. Adik tu kata...cuba je kak. Jeng..jeng..jeng.... muat. Ngam choy chak boiii....Selesa gileeeee!!!! Rasa nak cium adik tu (adik tu pompuan, don't worry). So saya beli 2 helai terus jeans tu & hadiahkan jeans size 30-31 kat kakak-kakak-kakak saya. Ye saya ada 3 orang kakak. Jeans size 30-31 tu pun baru setahun kot beli. Tsk..tsk..tsk...
 
Lepas tu pergi ke rumah Emma hantar kuih raya yang dia order sambil memakai jeans baru. Emma tidak geli lagi...hihi...
 
Ok...saya bagi 5 tips dulu ye. Nanti sambung lagi. Ada banyak lagi tips. Jangan takut bersenam. The key is TO START!!!! Second is CONSISTENT. Kena beranikan diri untuk memulakannya!!! Semangat nih!!! Saya pun macam puan-puan juer, berkerja ada anak, kena basuh pinggan, basuh kain, lipat kain, masak, jadi harimau jadian nak marah anak-anak. Kita serupa...but I did it for a year dah pun. Saya pun pemalas gila macam korang jugak dulu. Serious!!! Tak tipu. Ok sambung nanti..

Ta!!!

P/S: Saya memang belum kurus. Saya belum capai ideal weight pun.
 
 
 
 
 

Friday, 3 February 2012

Education 2

Pernahkah puan-puan mengajar anak-anak puan-puan untuk memukul anak orang lain? Saya pernah. Hahaha..sounds brutal! Well...bukanlah tiba-tiba memukul anak orang lain, ia actually lebih kepada self defense.

Saya ingat lagi sewaktu Bayong Adam berusia dalam 3-4 tahun. Dia budak tinggi so other kids easily thought he's like 5-6 years old. Jadi selalunya dia akan dibuli secara sengaja atau tidak di playground. Semasa di playground, saya selalunya akan memerhatikan dia dari jauh, biar dia berdikari & join other kids. Selalunya dia akan ditolak oleh budak lain. Bayong tak tau macam mana nak react, dia hanya menjauhkan diri & memandang saya meminta pengertian. Kadang-kadang siap jatuh tertonggeng-tonggeng ok. Kesian anak saya.

Yang menggeramkan saya ialah, parents or penjaga budak-budak lain tu. Hello....boleh tak ko cakap dengan anak ko jangan main kasar-kasar?! Anak aku ni baik ok...sebab emak dia tak ajar tolak-tolak anak orang lain. Nak main buaian ke slides ke dia ikut giliran, sebab emak dia ajar gitu. Dia tak tolak-tolak anak orang lain. Emak dia siapa? Ahkak la....hihihi

Kadang-kadang saya pergi selamatkan dia, bangunkan dia ke. Tapi dia tak serik, nak jugak berkawan dengan budak-budak tu. Mentang-mentanglah dia jenis tak menangis, so budak-budak lain bulilah dia sesuka hati. Tak kan lah saya nak larang dia bercampur gaulkan? Cuba ko buat dengan Yen sekarang, ko belum cuit lagi dia dah menjerit atau lagi best terus berlari mengadu sambil tunjuk-tunjuk tangan dia kat budak tu so saya bolehlah memandang budak tu dengan pandangan mata yang dah macam nak terkeluar ok. Horror..!

Sambung cerita Bayong:-

Bila balik ke rumah, saya cakap dengan dia;

Ibu: Yong...lain kali bila orang tolak Bayong, Bayong kena lawan balik tau!

Bayong: Boleh ke Bu, Ibu kata tak baik buat orang.

Ibu: Ehhh... kalau orang dah buat kita dulu, kita mesti lawan!! Tapi kita janganla buat dia dulu.

Bayong: Takpe eh camtu?

Ibu: Takpe...kita mesti mempertahankan diri sendiri.

Bayong: Ok, esok Bayong tolak dia!!!! (Semangat ni!!)

Ibu: Good boy! (Semangat juer)

Esoknya, benda yang sama terjadi lagi. Seperti biasa saya akan meminta pengertian parents budak yang membuat onar itu. Seperti biasa juer, dia pandang saya dengan pandangan sepi dan buat tak kisah. Bayong sekali lagi meminta pengertian & kadang-kadang hanya menjauhkan diri. Tapi budak itu tetap ikut dia & buli-buli dia. Saya memandang Bayong dengan mata dan anggukan yang mengharapkan dia mempertahankan diri dia, tapi mungkin dia tak sampai hati or tak tahu cara macam mana nak buat.

Ok FINE!!!! Meh sini ibu take action. Nanti ko ye budak noty...meh sini auntie ajar ko. Mak ko tak nak ajar ko kan...kejap eh..ko tunggu. (Emo ni ok).

Sambil dukung Yen yang masa tu baru umur 1+ kot, saya pun pergilah dekat-dekat dengan group yang main buaian tu. That particular kid pun ada kat situ sedang bermain tolak-tolak dengan kawan-kawan dia. Bayong masa tu tengah main kat slides.

MK: Hai...

Kid: Huh? (Buat muka comel, memang dia comel pun)

MK: Nampak tak budak yang pakai baju biru tu?

Kid: Nampak! Kenapa?

MK: Selalu antie nampak awak buli-buli dia, tolak-tolak dia..kenapa ek? (Tanya dengan ramah & nada ceria ni tau)

Kid: Saje....

MK: Owhh...saje ek.

Kid: ~buat muka puas hati sambil pandang Bayong~

MK: Ok, dengar sini, budak tu ialah anak auntie, dia budak baik..dia tak kacau awak, so baik awak jangan tolak-tolak or kacau dia lagi. Kalau auntie nampak sekali lagi, auntie cubiiiiiiiiiiiiiiiitttt perut awak tau! (Dengan muka serious ya hamat)

Kid: ~Angguk tanpa henti~

MK: Good boy! ~gosok kepala dia, senyum, berlalu pergi sambil angkat tangan dekat emak dia yang duduk kat hujung sana yang sedang bergossip~

Ok, call me KEJI, but I would do anything for my son. If you don't know how to teach your son/daughter, let me help you - thank you!

Itu dulu.... since Bayong dah masuk sekolah dia tau protect diri sendiri. Lagipun sekarang dia lagi besar/tinggi dari rakan sebaya, so kebarangkalian untuk dibuli amat tipis semasa di tadika. But now, dah masuk sekolah rendah, mungkin dibuli semula oleh budak darjah 2 or 3.

Malam tadi saya dengar ayah dia memberikan lecture tentang self defense & sebab musababnya. Harap Bayong faham & mempergunakan ilmu yang diajar.

P/S: I am maybe not the greatest mother in the world, but I wanna be the best for my children. Sila memahami. Tengkiu!