$

Showing posts with label puhleaseee. Show all posts
Showing posts with label puhleaseee. Show all posts

Wednesday, 26 November 2014

Aku Manusia Biasa

Assalamualaikum semua. 

Tajuk nak kena hebat je kan...hahaha meh sini ahkak nak cerita ni.

Walaupun saya memang selalu sibuk bekerja, berlari-lari, panjat gunung, have fun bersama girlfriends, balik kampung sana sini bla..bla.. bla...Tetapi saya tahu priority saya dari dulu hingga sekarang dan InsyaAllah sampai bila-bila ialah FAMILY saya. 

Ye, kadang-kadang ada terdapat suara-suara sumbang mempersoalkan tentang keaktifan saya melayan diri saya sendiri sahaja. Bagaimana pula dengan anak-anak saya? Adakah terbiar di rumah nanny or taska bila saya sibuk sangat melayan diri saya sendiri? Siapa yang beri mereka makan? Suami saya terbiarkah? Kena lipat baju & spender sendiri kah dia? Hooohhh!!!

Kalau saya jarang bercerita pasal anak-anak ke suami ke ibu ayah adik abang kakak saya ke...bukan bermakna meraka tak penting dalam hidup saya. Tolong ye...Ish..ish...sungguh concern kan orang-orang yang bertanya soalan begitu ye. Tahniah sebab mengambil berat. Thanks, but no thanks.

Saya tak perlu nak explain atau pun report setiap segala aktiviti saya. Hanya saya dan keluarga sahaja tahu bagaimana kelam kabut atau tenangnya hidup saya sebenarnya. Yang happy-happy saja saya kongsi. Come on...can't you guys just be happy with me? Atau nak ke saya kongsikan cerita sedih-sedih? Nak ke mereka tu berkongsi kesedihan & tolong saya solve kan problem yang saya ada tu. 

Adakah mereka bersimpati dengan cerita-cerita sedih saya? Atau bertepuk tangan senyap-senyap sebab gembira dengan kesedihan, kegagalan saya. Haha...saya manusia biasa laahhh...mesti ada ups & downs. Tapi saya prefer untuk menulis yang happy-happy sahaja. Untuk kegembiraan saya sendiri. Dah kalau saya tulis cerita-cerita yang sedih, nanti bila 2-3 tahn lagi saya baca semula pasal cerita yang saya memang dah solved dan lupa. Lepas baca saya akan teringat kembali tentang luka-luka lama...hah Suka ke?

So...stop it. Just read my story & have fun with me. Thanks a lot!



P/S: Kalau tak nak baca pun takpe..saya tak paksa. Blueekkk!!

Wednesday, 24 August 2011

Marah di bulan Ramadhan

Hari ini terasa hendak menggunakan kataganti-nama - AKU.

Iye - aku baru je lepas marah ni. Pasal apa? Pasal... ada orang tak berpuasa kat office ni lepas tu macam bangga dengan perbuatannya. Mengharap orang lain memahami bahawa mereka boleh hidup tanpa makanan, tapi tanpa rokok... tak boleh hidup. Habis tu kenapa engkau melantak macam orang kebuluran? Kata terpaksa merokok je? Kenapa engkau tanya pasal sisa makanan meeting semalam pulak? Bodoh!

Mind you, aku ni bukanlah ustazah ke alim ulamak ke bijak pandai agama ke. Tapi aku tahu kalau tak puasa tu berdosa. Inikan pulak engkau sengaja. Engkau tu boleh bekerja, kuat, LELAKI lagi ok. Engkau tahu tak anak aku umur 6 tahun tu puasa cukup waktunya? Masa umur dia 5 tahun lagi dia dah mula puasa. TAK MALU! Kami orang perempuan yang ada waktunya diharamkan berpuasa pun makan menyorok-menyorok ok.

Boleh tak engkau buat perangai buruk tu kat tempat lain. Jangan tunjuk-tunjuk macam engkau bangga & perbuatan bingai engkau ni kononnya kelakar? STUPID!

Nasib baik aku terserempak tadi korang dah habis buat kerja bodoh tu. Kalau aku dapat tangkap red-handed memang aku jerkah je. Tak kira lah kawan-kawan ke, adik ke. Ingat ye... korang buat pasal in my territory ok.

Last warning ahhh!


P/S: lagi satu benda yang aku sangat tak puas hati iaitu bila hari jumaat orang lelaki tak pergi solat jumaat tapi boleh pulak pergi dating & makan-makan dengan awek. Aku pernah tanya tepat-tepat kat sorang lelaki tu "Tak pergi solat jumaat ke? dating boleh pulak" masa tu kat Chili's KLCC. Huh!!! Terus dia tak jadik makan dan insaf terus memakai kopiah lebai dan berlari ke masjid KLCC (ok ayat yang last ni aku tipu je..hihi)







Tuesday, 7 June 2011

Prema Yin vs Mat Sentul

Have you guys watched video clip 'Marilah' by Preman Yin?

Well MK sudah. Before this I do not know who the heck is Prema Yin. Now I do...so..bravo!!! She did a very good job sebab MK dah kenal dia. Haha...itu hanya disebabkan akhbar Metrofulus tu lah. Katanya video clip aksi ghairah?

Nih Prema Yin

Korang cariklah sendiri video clip tu kat you tube. Tak kuasa MK nak meng-upload-nya kat sini. Katanya video tu untuk pasaran Amerika. Whaattttt? Apa ko ingat Obama nak tengok ke video gitu? Err...nak kata sexy memang tak laaahhh... macam kelam kabut je..teraba-raba badan sendiri sana sini. Macam orang kena kaligata. Tau tak kaligata ke apa kenama puan-puan panggil bende yang bila kita kena gatal-gatal bengkak badan tu. Ahh..macam gitulah.

Ni Shah Jazle nama dia.

Puhleaaseeee..kalau lah pada suatu hari tiba-tiba PakMir balik rumah dengan pesyen rambut gini, MK mesti pengsan 2 hari 2 malam. Bila bangun dari pengsan MK akan guling-guling tanpa henti sehingga PakMir menukar fesyen rambut dia kepada fesyen ala Usher semula. Usher katanya...heheheh takmo kalah ko ye.

Owh by the way budak Jazle ni sebagai hero dalam video itu. Eh..apsal gambar derang sama pulak pose nye. *Gambar-gambar diambil dari en.gugel.


Well, apa kaitan Prema ini dengan Mat Sentul? I was chatting dengan Cicik si penasihat ditakuti tadi so terkeluar cerita Mat Sentul ni.

Ingat tak iklan yang Mat Sentul buat yang memang tah apa-apa dan sangat lawak serta cheapskate, tetapi dekat di hati kita? Walaupun kita rasa bongok sangat iklan tu kita tetap ingat details nya sampai sekarang. Tora datang lagi....weeeuuu weuu weuuu...

Ahhh gitu lah dengan budak Prema nih. Sekarang ni walaupun MK sampai keras-keras perut ketawa tengok dia joget macam beluncas..tapi at least dia berjaya membuatkan MK kenal pada dia & akan ingat dia sampai bila-bila. Tahniah Prema!! Lagipun dia bersungguh-sungguh ok nak menjadi sexahhhh baybeehhh. I'm shoreee she tried to be ze best!! (sila baca dengan slang omputes sangat-sangat)

Blueekkkk.... pity them. My vote is for Mat Sentul!!!