$

Showing posts with label introducing. Show all posts
Showing posts with label introducing. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

Kita Bersama Mengejar Mimpi, Terpisah Sementara Ku Pasti

Hihi...marah tak tajuk panjang-panjang? Saya ingat nak sambung lagi nyanyi tadi. Tapi kang tak muat pulak. Uihs...dah berapa banyak post hari ni? Entah tak terkita pulak. Lantaklah...hari ni saya khaskan untuk mencurik tulang!!! Hihih...boleh ek cakap gitu? 

Nasib baik ada gambar tau puan-puan....dapatlah saya menggamit memori sepanjang January-May ni. Kalau tak mana nak ingat semua cerita yang terjadik selama 5 bulan ikut urutan yang betul tau. Saya kan control freak...semua mesti ikut susunan. Konon...uweekkk...bila kena kemas rumah je jadik tension..hihih...yelah...saya suka masak je..keams saya malas...ok..boleh??

So...end February juer saya berdating bersama girlfrens!!! TanTunMaMie nama group kami..hahaha ko ingat ko je ada group ke Dek Non? Akak pun dah dari dulu ada group ok!! Dating kami kali ini bersempena dengan nak celebrate Amy nak bersalin...hihih..macam tu pun boleh ek. Eh...boleh lah!! kita yang buat dia....suka hati kitalah nak buat macam mana pun kan.

Kami breakfast kat Papparich Seremban 2 kot namanya. Memang dah janji nak breakfast lunch brunch tea break bersama pada hari tu...hihih over kan omak-omak...

Amy pandai sorok perut. Padahal memang tengah tunggu hari masa ni.

Amykan...dia ambil gambarkan...suka sangat pegang-pegang tangan orang tau..hihihi..kalau tak dia jadik macam tak keruan kalau tak dapat pegang tangan sesapa..hahaha...jangan  marah Mie....

Lepas breakfast...moh gi shopping!!!!

Uish...tengok tu...habis satu kedai kasut nak try...TunTun lah tu terpaling over tuh. Tuh...mulut siapa yang muncung sangat tu? Hihihi

Lepas tu..karoksss....hah..matilah korang aku pecah rahsia kat blog. Laki korang baca ke blog aku? Habis semua lagu kami nyanyi...oppa gangnam pun ada



Uish...Ima...kemain bersungguh memilih lagu.....heheheh...berkerut-kerut dahi eh.

Last but not least....ni yelah mini bags. Ima yang buat with lots of lovesssssss. Dia buat from scratch ok. Tak mahal pun..semua RM7-RM18 rasanya..ikut design & size. Kalau berkenan boleh contact saya - MK Comel. 

Orait!!! Ada masa lagi ni...sekarang pukul 4.45pm. Sempat lagi nak update 2-3 post kot..hahaha... jumpa lagi!!!


Tuesday, 6 March 2012

Kesayangan - Nor Safiya Aqilah (Piyaya)

Salam,

Lama sungguh nak tunggu up entry ni. Maybe because it's so special.

I love children. Especially my own flesh & blood of course lah kan. Ini termasuklah my nieces & nephews. I got my 1st niece when I was just 9 years old. Oh my..sayangnyeeee...asyiklah berulang alik ke rumah Kak Long untuk tengok Ika kesayangan kalbu. I also sent her picture to a magazine and she won a prize tapi tak ingat apa hadiahnya and Ika tak bagi pun Mak Teh share hediah itu? Whaattt??!! I also kumpul duit untuk belikan Ika dress kat pasar malam which I still remember it was RM5 je. Haa..baju tu lah yang Ika pakai masa menang masuk majalah tu. Bangga I tau!!

Two years after that I got Amira. (Anak Kak Ngah) Alahaaii sayanglah juer..sanggup naik bas sorang-sorang dari Linggi ke Pedas untuk jumpa Mira. Amira seorang baby yang CANTIK. She was a beautiful baby girl. Bulu mata sangat panjang macam unta. Haha...unfair untuk bandingkan Mira dengan unta. But..seriously bulu mata unta memang cantik.

Panjang sangat kalau nak cerita pasal semua kesayangan saya ni. Kita pendekkan saja untuk ke tajuk cerita kita ok.

After that, Zaireen (1992), Izzat(1993), Sakina(1997), Nana(1997), Syahmi(1998), Imran(1998), Sufyan (2003), ADAM(2005), RAYYAN(2008), Haris(2010).

Dari 1998 cucu ibu ayah semuanya lelaki. Boring tau asyik hotdog je...we want burger please!! But last year here comes Piyaya!!!!!! Owwhhh kesayangan sungguh. Piya lahir pada 8/9/11. After saya balik dari Seremban melawat Arwah Mak Ngah. Baru je nak duduk di sofa rumah yang dingin & gelap, tiba-tiba Kak Ngah Diktator called and memberi arahan "Kau kena gi hospital sekaraaaaaaannnggg jugak!!! Ayu dah masuk OT"

Oh my...hokey! Terus turun ke kereta tapi terpaksa naik semula ke rumah sebab belum mandi lagi. Kan ke baru lepas melawat orang meninggal kan. Pastu nak tengok baby pulak.

Sampai ke Putrajaya Hospital, nampak adik kat waiting room. Ayu actually ceaser-emergency sebab bleeding rasanyalah. Kalau salah nanti saya buat correction cerita ni. Masa tu dia baru 8 months pregnant. Masa dalam waiting room tu dah selamat dibedah dah pun. Adik asyik berdiri ok sambil mata tak lepas dari pandang skrin yang tulis nama-nama pesakit tu.

Suddenly, nama Ayu kat skrin tu terpadam, means dah keluar dari OT. Adik keluar dari bilik tu sambil Ayu disorong keluar dari OT terus masuk ke lift. Adik cepat-cepat menyelit masuk lift. Yang saya ni dia tinggalkan ternganga-nganga. Tapi Adik sempat pandang saya meminta pengertian. Hihih...lawak panic namanya Adik ni. Being a good & pretty sister..ehehehe (nak jugaakkk) saya pun angkut segala beg Ayu, beg baby sekali dengan tembuni baby yang ada dalam beg tu. Tapi tak tau nak tuju ke mana. Last-last turun ke ground floor tanya kaunter pertanyaan kat mana wad bersalin. Sampai wad adik tersengih-sengih je mungkin mengenangkan ke-panic-kan dia tadi.

Saya suruh Adik pakaikan stokin untuk Ayu. Bila lagi ko nak layan bini ko macam princess kan. Dia pakaikan tapi tangan dia menggigil. Mungkin dia takut Ayu sakit. Kelakar. Tapi saya tahan je gelak tu. Jangan marah Dik.

The rest was history. Piyaya menjadi kesayangan & kegilaan baru. Buah hati kami. Baby yang kelakar & cantik. Berbulu mata panjang lentik. Owwhhh sayangnya Piya. Jom tengok gambar:-

Piya's 1st pic ever!!! Taken with my phone. Ekslusif hokey! Gambar ni lah yang dijaja pada semua yang menunggu berita kelahiran Piya

Cukur jambul Piya. Dengan 2 orang auntie dia yang over

Piya's recent pic. Makin hari makin cantik!!! Love love!

Look at her lashes & lips..... (gambar culik dari FB Ayu)

To Nor Safiya Aqilah:- Mak Teh dah laaaamaaa tak jatuh cinta dengan baby girl. Tapi since you came, Mak Teh dah jatuh cinta balik. Asyiklah nak tengok gambar Piya. Asyik nak sebut Piyaya, Piyaya, Piyaya. Kalau dengar Ayah Piya kata nak balik kampung, Mak Teh pun kelam kabut nak balik jugak sebab nak jumpa Piya. Semoga jadi anak yang solehah, berjaya di dunia & akhirat, kebanggaan ayah & ibu Piya. Kebanggaan Mak Teh juer. Love you Piyaya!!!!!


Friday, 3 June 2011

Cempaka Beach Lodge

Hai y'all!! End May hari tu MK & family balik ke Kuantan. Tempat percutian favourite kami..ngeehh. Ingat tak February dulu MK ada post pasal Cempaka Beach Lodge (CBL) kan. Now... CBL dah fully operated. Owh sila rujuk perious post kat sini

Perkara ketama yang wajib dilakukan yelah makaaannn!!!!

MK panggil kedai celup tepung....aduuii aaii tengok ni pun dah meleleh air lioq..dah la puasa nih. Sotong ball dia sangat lembut. Udang pun besar-besar puah hati makan. Ada ikan, sata, kepok lekor..bla..bla.. makan sampai macam nak pecah perut dengan air laici kang la..teh ice RM17 saje.

Ada dua kedai yang buat celup tepung ni. Selalunya penuuuhhh je. Kena beratur & sikit berebut nak ambik cocok-cocok ni. MK suka gi Kedai PokSu Moksu. Lagi satu kedai seberang jalan nama dia Kedai MokNa.

MK: Bie...rasanya poksu moksu ni kaya dah ke?

PakMir: Tuh moksu (sambil buat muncung tunjuk Moksu)

MK: Maaaakkk aiiihhh!!!!

Gelang emas moksu memang lagi 3 urat nak sampai ke siku ok!!!! Tu diaaahhh!!! Minggu depan kalau dia beli lagi 3 utas penuhlah sampai ke siku dah. MokSu ni ala-ala suka dengan PakMir...so selalu takyah beratur...hihihih...MK pun suruh PakMir kenyit-kenyit mata (ada ke gitu??) supaya mana tau dapat makan free...hihihih....

Pastu kan, Sunday tu baru MK tau ada Tourism Malaysia bawak orang Singapore datang ke tempat kami tu nak tunjuk cecara memukat, buat sata, otak-otak, kepok lekor, monyet panjat pokok kelapa bla..bla..

Ni monyet tu. Nama dia 'Budak bin Abdullah' dah masuk Islam kot sebab bin Abdullah. Mesti dah sunat nih.. ehh?

Ni haa...orang Singapore tengah memukat. MK yang selalu balik sini pun tak pernahnya nak memukat. Tau melantak je..hihihi...panas giler cuaca..nak bukak mata pun payah. Mengenyiiittt je lah kami.

Sebahagian kraf tangan yang dijual. Tsk..bila lah MK nak kreatif ek. Asyik buat keras-tangan je...

Ahh.. ni Cikgu Hussain, pemilik CBL. Beliau sedang memberi taklimat tentang Si Budak yang nak memanjat pokok kelapa. Sekali tu kan..tetiba keluar lipan bara sekor besar gile. Ayah tepis je...pastu announced kat orang Singapore "Sesiapa yang tak pernah tengok lipan...boleh datang sini ye" Ramai lah pulak yang datang tengok...kat Singapore takde lipan kot.

Teng te teeenngggg.... Swimming pool CBL dah siap. MK pun dah terjun mandi manda dah. Seronok!!!

Ni kira boleh minum-minum petang kat sini sambil menghirup udara pantai yang segar...hmmmmm....

Lagi sekali gambar dalam bilik untuk tatapan puan-puan.

OK!!! tunggu apa lagi..jom kita serbu CBL!!! 

Tuesday, 15 February 2011

Kem Desa Cempaka

Assalamualaikum puan-puan. Eh..kang kalau ade tuan-tuan yang membaca kang marah lak MK tak greet dia ek.... eh ada ke?

Hari cuti kali ni MK nak introduce satu tempat percutian harga budget tapi serious memang tak kalah dengan tempat-tempat yang berpantai lain ok. Ini serious...mesti bantu dia..eh itu wonderpets!! Ok carry on. Tempat ni yelah di Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang Darul Makmur. Memang serious makmur...sesuai dengan namanya. Dah berapa kali sebut perkataan 'serious'? So...this is serious businesssss bebehhh...

Setakat cakap je memang susah nak percayakan? Jom tengok gambarlah:-

Ini Pantai Cempaka berhadapan dengan Cempaka Lodge yang MK nak cerita ni lah. Pantainya sangat putih bersih, privacy...

Kat situ ada banyak pokok-pokok rhu...angin kadang kuat kadang sepoi bahasa... angin bayu membawa diriku..sepintas lalu ku terkenangkan mu....

Ini Cempaka Lodge...dalam pembinaan ni. Tapi sekarang ni dah lebih kurang 95% siap dah. Memang dah boleh di book.

Kat depan ni actually ada swimming pool. Sekarang ni dah siap dah pun. Ada pool untuk dewasa & kanak-kanak jangan dilupa.... Sekarang dah ada pokok-pokok kelapa melindungi swimming pool ni. Manalah tau puan-puan malu pulak nak mandi-manda bersama keluarga kan...takpe..jangan malu keluar je dari puntu bilik puan-puan boleh terus terjun ke dalam swimming pool. Ok la...nanti MK pergi bercuti lagi hujung bulan ni, MK ambil gambar swimming pool ok

Ahhh... ni rupa dalam bilik tu. Ni bilik deluxe family ni. Ada 1 katil queen + 1 katil single. MK duduk bilik ni, Sangat besar & selesa... bila kita bukak sliding door tu teruuuussss nampak pemandangan yang Maha indah ciptaan Ilahi gitu...angin laut pun terrruuuusss je masuk ke dalam bilik..terussss rasa nak tiduurrrr..zzZzzZzz
(New info; sekarang ni bilik family deluxe ada 2 katil queen...weeehooo lagi best..selesa nak tido 4 orang)

Biliknya fully air-contioned ok. Bukan cikai-cikai punya. Tapi harga sangat-sangat memeranjatkan & berpatutan. Ada water heater juer...sesuai bagi MK yang penakut sejuk ni.

Lagi satu gambar....this picture pun actually didn't do any justice pada keselesaan & kecantikkan tempat ni ye... katil tu...tsk tsk tsk..giler empuk..terasa takmo bangun tidur je.

Ahh...ni lah gambar bila bukak sliding door je terus nampak laut. Yelaaahh...nanti MK beli camera mahal baru nampak betul-betul kot... sekarang ni tanah kat luar pintu tu dah cantik dah..ini gambar lama nih...

Ini bilik Deluxe 1 katil queen. Bilik semuanya sama besar..jangan la bimbang ye,,beza nya cuma pada katil dia je. (New info: sekarang dah ada 1 katil queen + 1 katil single untuk bilik deluxe..jangan bimbang harga sama je...)

Bilik selesa sangat..bersih pulak tu..memang taraf-taraf hotel lah..tak tipuuuu...

Ada juga kedai serbaneka menjual serba sedikit keperluan puan-puan seperti ubat gigi ke, pelampung ke, sabun ke, makanan ringan ke, ice cream ke..bla..bla....

Jangan tak tau bahawa selain Cempaka Lodge ni, Kem Desa Cempaka juga menawarkan khidmat sewaan banglo 4 bilik, dorm/asrama, A-shape chalet (sesuai untuk back packers). Boleh buat family day, nak camping pun sesuai, nak buat kem motovasi pun boleh..macam-macam ada. Sukaneka ada, beach volleyball ada..you name it, they have it.

MK & friends bercadang nak buat reunion kat sini dengan kawan-kawan sekolah dulu mungkin dalam bulan 9 masa cuti Malaysia Day nanti insyaallah.

Dari KL ambil masa perjalanan dalam 3 jam. Ia terletak kurang 20 minit dari bandar Kuantan.

Ok - here's the best part. Kalau puan-puan nak pergi bercuti, puan-puan boleh call Cikgu Hussain - Pemilik Resort yang serious best ni call nombor ni: - 019-2286956. Atau Puan Zainab, isteri kepada Cikgu Hussain ni nombor telefon 019-9866956.

Bagitau Cikgu Hussain/Puan Zainab yang puan-puan kenal Mak Kintan. Mention nama MK ok. Mintak harga istimewa..serioussss!!! Tak tipu... Khas untuk pembaca blog merepek ni saja okeehhh...!!!!

Ok la...harga MK nak sebut ni harga normal ok...Semua bilik berharga RM150/room/night. Itu sebelum discount..kalau puan-puan nak pergi sebut nama MK & jangan lupa mintak discount!!! hihihih..serious ni..eh apa pasal MK ketawa pulak ni...ini serious...!!!

Till we meet there!!! Tata & hava a nice day!

Wednesday, 14 April 2010

Haris Dzulqarnain

Introducing- my new nephew yang kecik molek!!!!

Comel sangat Haris ni. Masa lahir 2.70kg. Tapi panjang jugak 52cm.

Ni masa baru beberapa jam lahir kat Ampang Putri ni. Dengan Ayah dia.

Abg Ryan kelihatan geraaaaamm dengan Haris

MakTeh finally dapat pegang & kiss Haris!!! Seminggu MakTeh tunggu ok!! Hari tu dapat tengok dari dalam cermin je. (Oppss sorry tak tutup kepala)

Bersiap sediakah Haris untuk bergusti dengan Abg Ryan & Abg Lon Adam? Haris jangan terkejut ek. Abang-abang sepupu Haris adalah sedikit aktif hehehehe....

Haris jom main!!!

Yang belakang tu tukang make-up nye

Ok Haris, cepat besar dan sihat selalu ok!!! Tak sabar nak jumpa Haris lagi hujung minggu ni.


Friday, 23 March 2007

MK belajar masak

salams..

ini yelah posting mk yg pertama, maka nak perkenalkan diri mk la. mk ni takde le tua sgt, tapi dah kira tua jugak le untuk belajar masak nih. mmg nye boleh dikatakan tak reti masak tapi suka masak (camne tu) pastu nak pegi belajar masak atau buat roti kek tak de masa dan modal la...maka nye belajar sendiri je.. (tere nye aku!!)

mk testing2 sendiri je..kalau tak jadi (selalunye tak jadik la..eheheeh) mk sedekahkan je pada semut2 (simpan kat tong sampah da...) membazir???? betul..tapi dah tak boleh dimakan..kang mk paksa korang makan kang..masuk spital plak.atau pun kalu rupanye tak cantik tapi rasanye hebat, akan disedekah kan pada security guard apartment mk atau pun kalu rajin bagi pada driver boss kat opis. tapi tak cakap la mk yg buat kek tu...senyap2 dtg pagi2 bute ke opis dan letak dlm bilik drivers tu.. (pandai kan? )okeh..tu saja introducing mk sgt bersemangat utk menerbitkan blog ini!! yeah yeahhhh!!!!!