$

Wednesday, 21 March 2012

Karangan - Misteri Ladang Jagung

Bayong sekarang ni tengah sibuk menulis novel katanya. Baru siap 2 1/2 muka surat. Meh kita baca. Tak nampak kalu..kasik click untuk proses tumbesarannya ye. In bracket tu CikBu (Cikgu + Ibu) membuat correction ye.

Sebuah pekan tanaman yang suram. Di suatu hari yang panas di musim panas. Seorang petani mengerjakan ladangnya. Dia berhenti untuk mengesat peluh ke keningnya. Urrgghhh... Ladang jagung. Sebuah jet berterbanggan...

(Siap ada sound effect tu 'Urghhh' katanya...kikikikiik lawak anak saya. Ada 1 kesalahan ejaan ye Bayong. Sepatutnya BERTERBANGAN. 1 G saje sayang, bukan 2)


Ladang jagung. Sebuah jet berterbangan sebaik sahaja dia melintas. Kelihatan seperti bebola api menyelusup ke atas dan masuk ke dalam ladang jagung. Dua orang polis turut mendengar

(Tak pasti betul ke perkataan 'menyelusup'? Cer komen cer komen. Menyusup kot? ek?)

deruman itu. Sheriff Adam (seorang amerika) Afrika dan timbalannya, pegawai Rayan....

(Muekekekekeek.... tak pasti dia nak cakap dia Sherif Amerika ke atau Sherif Afrikan American. Atau dia nak kata dia American & adik dia African)

Saya baca sambil tergolek-golek ketawa. Bagus betul imaginasi budak ni. Tak sabar nak kongsi dengan puan-puan semua.

P/S: Nantikan sambungan novel ini... Misteri Ladang Jagung!!!! Jeng jeng jeeengggg!!!!

Thursday, 15 March 2012

Bagaimana Soft Shell Crab Terjadi

Saya memang suka makan ketam. Lagi-lagi soft shell crab. Dulu masa kecik-kecik ibu kadang-kadang beli kat pasar. Saya kagum sebab kulit dia lembut & boleh dimakan. Selain ketam, udang juer ada yang soft shell.

Masa kecik saya tanya ibu bagaimana terjadinya soft shell crab/prawn ni. Ibu kata semasa bulan mengambang, ketam/udang bersalin kulit. Saya tanya sampai setakat tu je. Tak de pulak saya tanya lagi.

Bila dah besar ni saya masih suka makan soft shell crab. Selalunya Soft Shell Crab Temaki kat Sushi King. Ada orang kata proses terjadinya kulit lembut ni apabila kulit ketam dikopek semasa ketam masih hidup & ketam dimatikan. Samada terus dimasak atau ditidurkan dalam peti sejuk. Wallahualam. Macam kejam ek..sakitlah dia kopek kulit dia hidup-hidup. Tapi saya pikir balik. Kalau kopek kulit ketam tu maknanya nama dia mesti ketam biasa bukan ketam kulit lembut. Sebab semua ketam pun kita kopek kulit dia sebelum masakkan. Tapi kita selalu masak pun ketam tu dah mati.

Saya pun meng-google lah saya dapat jawapan dia.

Bila sampai waktunya, ketam-ketam akan bersalin kulit. Caranya begini, ketam-ketam akan menyerap air dengan banyak & tisu-tisu badannya akan membengkak sehingga kulit lama itu tidak dapat lagi menampung maka ia terpisah dari badan ketam kecintaan saya itu.

Pastukan, ketam tu pam air melalui tisu badan dia in order to inflate kulit baru dia dalam saiz yang lebig besar. Selalunya 1 kali proses akan membesarkan ketam sebanyak 1/3 daripada saiz lama dia. Selalunya kulit baru ini mencapai saiz penuh dalam masa 6 jam.

Kulit baru ini akan mengeras dan menebal dengan bantuan air garam. Proses penebalan & pengerasan kulit mengambil masa 2-4 hari. Itu pasal bila kita keluarkan ketam tu daripada laut, kulit dia tak jadi keras. Proses tu terbantut. Sumber

Dalam bahasa pasarnya:-  Tujuan bersalin kulit ialah untuk tumbersaran. Kulit ketam keras, ia tak elastik macam kulit kita. Untuk membesar, kulit baru yang lebih besar diperlukan untuk menggantikan kulit lama. Kulit baru ni mulanya lembut je, lepas tu akan mengeras.

Maka, semasa proses pengerasan ni selalunya ketam-ketam tidak akan makan & akan mencari tempat perlindungan daripada pemangsa. Sebab dia sangat fragile. Sayalah antara pemangsanya tuh..hihihi

So...semasa proses inilah ketam-ketam ditangkap & dijual di pasar.

Meh kita tengok proses bergambar kejadian kebesaran Ilahi ni jom!! Klik SINI

Saya pun beli.

Saya pun masak kotam balado potai.

Jadi mungkin teori Ibu saya itu ada kebenarannya. Nanti saya buat research betul ke ketam melakukan proses pembesarannya sebulan sekali tatkala bulan mengambang?

Kita nantikan episod seterusnya. Baca sendiri owh Ibu saya genius!!! Walaupun dia hanya sekolah sampai darjah 5 je. Sini


P/S: I love you ketam lembut!!!!! Nak beli lagi!



Soft Shell Crab Balado Potai

Selamat Hari Khamis.

Stock lauk pauk masih ada dalam fridge, so janganlah kita malas masak ye adik-adik. Moh masak Ketam Kulit Lembut Aww!

Walaupun ketam jenis ni mahal, tapi saya rasa ia sebenarnya menjimatkan. Sebab semuanya, saya ulang semuaaaaanya boleh dimakan. Masuk perut. Tak ada la kita terhisap-hisap tergigit-gigit, bibir tersangkut kat duri sepit ketam tu ok.

Just potong 2 ke potong 4 ke, goreng & masak belado. Tambah potai di hujung acara pemasakan. Saya sorang je pun yang makan petai tu. Ahli pasukan yang lain tak makan. Tapi saya tak boleh makan banyak-banyak sebab nanti sakit perut yang macam kentut tak boleh nak keluar tu..hahahaha grosssss... So saya masukkan 4 biji je itu pun hiris 3 ok.

Kotam Balado Potai

Dikawankan dengan kobis cina goreng campak-campak & telur dadar request dari Bayong budak baik.

Sekian, selamat memasak!!!

P/S: Malam ni malas masak, sila beli burger jalanan ye! Ayam special 1 please!