$

Thursday, 24 June 2010

Brussel Sprouts

Adalah sedap!

Pada masa dahulu saya adalah sedar akan kehadiran sayur ini. Tetapi saya tidak mengerti namanya. Saya panggil baby cabbage. Kononnya dah habis omputes dah saya tu. Memang serious saya ingat dia adalah anak kobis ok. Owh, on second thought anak kobis ialah cauliflower .Eh bukan...itu yelah bunga kobis. So.. maybe I am right about this brussel sprouts=baby cabbage

ni sauted brussel sprouts. Yummmmm!!!

Rasanya lemak-lemak macam sukun. Eh..hahah teruk description saya. Dia memang sedaplah!! Lagi-lagi penggemar sayur-sayuran seperti saya ini. Ada dijual di Cold Storage kot. Giant pun jiran saya pernah nampak. Tapi harganya agak pricey. Maybe lebih mahal dari asparagus. Tapi takde lah sama harga dengan emas 916. (eh tetiba)

Masak dia senang saja. Buang kulit luar yang tak cantik tu. Potong dua, tumis bawang putih bawang merah . Sprinkle some salt & pepper. Alah..senang cerita..macam goreng kobislah.

Anyway, hari tu saya google. Keluarlah gambar ini. Definitely bukan anak kobislah. It's like kobis-kobos kecil yang menempel di tepi-tepi saja... ahaks kesian brussel sprouts. Never fear dear brussel sprouts, I will make you as my favourite vege now.



P/s: Tuntun kalu ko teringin nanti aku carikkan kat cold storage okesss!!!

Wednesday, 23 June 2010

Mee Hoon Goreng

Hai all,

Kesian blog ni sebab macam di-abandon kan? MK busy bersama kawan-kawan menjual baju kurung daaa... Bagi business women amatur macam kami ni agaklah kelam kabut sangat. Especially MK lah. Siap kena marah dengan kawan lagi 2 orang tu. Hihihhi... tapi marah-marah sayanglah. Tak ambil hati pun. ~hai Tun & Mie - banyak sales hari ni?~

Ok - sebelum blog ni merajuk, MK nak tunjuk hari tu masak meehoon goreng yang sukses. Selama ni MK memang mengelakkan diri dari memasak meehoon goreng sebab either it will be lembik or hancur..hiks! So as a pembebel, MK tidak memalukan diri untuk bertanya soalan pasal petua masak. Kadang-kadang nampak senang atau kita pikir kita tau kan... tapi tetap tak jadik juer apa yang kita masak tu. So...rajin-rajinlah bertanya. Soalan bodoh pun tak pe....


Suke!! Jadik pun meehoon goreng ini. Cukup lembut tapi tak hancur. Sedap jangan ditanya...mestilah sedap! huhu...Jom tengok resepi.

Bembahan:-
1/2 bungkus meehoon (rendam sekejap dengan air sejuk - pastu toskan airnya guna tapislah..bukan sejat saja ok! jangan malas) ini adalah kesalahan MK dulu. MK just buang air dalam bekas tu guna tangan je. MK tak guna tapis
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 batang carrot (shred)
2-3 pokok sawi
1/2 sudu besar cili boh (tak pedas untuk kanak)
1 piring kecil ayam
1/2 kiub ayam (perasan tak MK memang suka guna kiub ayam dari garam - banyak MSG kah?)
1 sudu besar sos cili
1 sudu esar sos tomato
1 biji telur ayam
Kicap manis secukupnya
Air secukupnya (MK guna 1 senduk)
Minyak masak

Cecara:-

  1. Tumis bawang putih & bawang merah sampai wangi dekat-dekat nak garing tu masukkan cili boh

  2. Biarkan sekejap sampai naik minyak (cakap pasal minyak teringat Bayong cerita pasal orang minyak "Nama dia Lamin ibu tau tak? Ada pompuan tu cantik dalam cerita tu sebab dia pakai susuk" Pastu MK jawab "Habis tu ibukan cantik(perasan), ibu pakai susuk ke Bayong?" Bayong jawab "Tak laaa...ibu cantik sebab ibu makan vitamin" kekeekek....ok sambung

  3. Masukkan kiub ayam

  4. Masukkan ayam  kacau -kacau, masukkan semua sos & kicap

  5. Bila ayam dah agak empuk, masukkan sayur semua

  6. Pecahkan telur kacau sikit

  7. Masukkan meehoon

  8. Kalau kering sangat baru masukkan air. Itupun sikit sikit ye.

  9. Rasa - tip top?

  10. Hidang!
Ok tu saje. MK akhiri posting kali ini dengan ucapan "Jemputlah menjenguk blogshop kami di http://manisdesa.blogspot.com/

Kalau puan-puan nak beli baju kurung ready made yang terbukti cantik menawan jangan tunggu lama-lama sebab memang stok habis laju gila macam LRT (eh LRT laju ke ek?)

Owh - kalau puan-puan introduce kat blogshop tu yang puan-puan dari blog MK ni, MK akan bagi special discount!!!

Mari mari mariiii!!!

P/s: Eiii geramnyaaa.... macam mana nak hilangkan highlight ni...dah undo terhilang semua yang MK dah type tadik...lantak lah haiiihhh

Wednesday, 16 June 2010

Facebook Jahat?

Best ke facebook? Bayong budak 5 tahun pun tau facebook ok. Ibu MK kat kampung pun tau apa fecebook. Ada 1001 macam orang yang MK jumpa kat FB. Jom discuss!!
  • Orang yang dikenali dari jauh nak add. Hmm... rasa macam taknak accept. But will I need them in future?Friend of friend nak add. Hmm...kenal pun setakat kenal nama saje. Tak payah accept.

  • Orang yang kita tak berapa suka. Tapi kawan dia memang dah ada dalam list of friends kita. Hmmm rejected twice. Tak paham kenapa dia beriya-iya nak add kita jugak. Dah rejected sekali tu sepatutnya got the message lah kot.

  • Orang yang suka banding-banding "Eh..hubby I ada business sendiri, hubby u keje apa?" Sila jawab "Umm...tak taulah. Selalu tetiap malam balik rumah suami saya longgok-longgok je duit kat atas meja"

  • Orang yang setiap saat update status: 10.00am "I rasa nak gi berak". 10.10am "Eh tak jadiklah gi berak" 10.20am "eh..rasa nak berak balik"

  • Orang yang bangga-bangga "My hubby just bought me a Coach Bag! I love u hubby" Siap bold kan jenama beg itu ye.

  • Pastu dia jugaklah yang bergaduh dalam FB "I'll ask for divorce" pastu nanti kawan-kawan dia pun bagilah comment membina or husband pun pujuklah dia "Don't leave me honey bani" or if she's lucky the husband will give comment like "Go to hell you ungrateful wife!!"

  • Ada jugak yang rasa FB ni membuatkan kita kena speaking london all the time pastu dia pun nak speaking london juer. Berabuk katanya. Tapi.... "My hubby just brought (bought) me a Cauch (Coach) Bag" or yang paling kelakar "I hit (hate) him!!!" kekekek...don't get me wrong - my english also berterabur lah. kata manglish kan....

  • Tu kalau yang bercakap perihal dalam kelambu tapi suruh semua orang baca...adeehhh berdarah mataku "Keris suamiku sungguh ampuh!" atau "sejak makan jamu serapat ni, abang I selalu balik cepat tau...hikhik" (gelak miang).

  • yang comment tak membina "Eh..apsal ko ni sekarang dah gemok?" Lor... masa last dia jumpa kita tu time 16 tahun. Dah dia tu still macam dulu ke? Tengok dah macam rupa auntie-auntie je. Nyesal add!

  • ada so-called secret 2nd wife bercinta-cinta dalam FB ber-mushy-mushy & dirty jokes bersama husband serta mengumpat 1st wife yang baik hati siap cakap 1st wife tu "S*i*a*l". Padahal 1st wife tu sikit habuk pun tak pernah kacau dia.

  • Pastu husband bongok tu siap kata yang anak-anak dia yang dekat sebaya dengan bini no.2 dia tu mesti tak tau pasal account  FB dia tu. Of course lah budak-budak tau & boleh baca apa kau buat. Malulah sikit..otak ada ka??

  • dan macam-macam lagi
BUT - I'm not denying the pros of FB-ing. Contoh:-

  • boleh reunite dengan kawan-kawan lama (I mean REAL friend)

  • Boleh promote online business! (hey-I support this) but- kurang suka bila nama asyik di tag kat gambar product tu. Tak best lah. Kena fikir method lain untuk promote barang.

  • ada kes anak hilang, pastu parents pegi check FB kawan-kawan anak dia, dapat traced anak. Well this is good.

  • jimat-tak perlu call, tulis surat, just message.
Anyway, I'm going to delete some existing friends dalam my list. Yeap I feel guilty but rasanya kalau takde kepentingan & lebih banyak keburukannya lebih baik delete kan.

My pictures - thinking of padam those too.  Macam sayangkan? Tapi tengoklah nanti macam mana.

Ok nak pergi beli nenas!!! Tata!!