$

Friday, 7 November 2014

Broga Hill

Date: 4th May 2014

Venue : Broga Hill, Semenyih

Saya masih lagi terasa happy nye masa panjat Broga ni. Kali ni kami ramai. 2 van dari gym. Tak macam masa pergi Bukit Ketumbar tu 3 kereta je. Seronoknya sampai tak lelap tidur ok. 

Berkumpul di gym pukul 4.30am. Sampai di kaki Bukit Broga dalam 5.30am rasanya. Terus start panjat. Orang dah mula ramai. Suasana memang gelap gelita lagi. Saya tak ada torch light. Dolly gym owner kami bagi saya pinjam torch light dia.


Ni actually masa dah turun dah sampai bawah dah pun. Tapi baru ternampak sign ni. Teruslah ambil gambar dekat sini walaupun asa ni dah terang benderang

Terus terang Broga Hill dah macam pesta dah kot sekarang ni. Kalau mendaki di sini memang kena start sebelum subuh supaya boleh sampai ke puncak ngam-ngam masa sunrise. dan sempat turun ketika matahari masih belum naik.

Kalau tidak, memang panas gileeerrrr!!!! 

Perjalanan ke atas tak sampai sejam pun. Itu pun saya terpaksa tunggu kawan-kawan 4 orang 1 group yang memang determine nak sampai ke puncak. Yang lain memang ala-ala lenggang kangkung hihi..takpe..this is for fun saja kan.. Bukannya race. Tapi kami 5 orang ni memang over sikit. Memang nak cepat sampai puncak. Menuju puncak!!!!

Yeah....dah sampai batu keramat!!!! Memang awesome!!!

I think this was my best weight so far-57+kg. Masa ni saya memang all out. Rajin berlari almost 5 times per week & gym 3 times per week. Tang part muka saya tu memang tak boleh ampun lah ye..memang lebar pinggan. Tape lah..saya redho...

Saya sempat solat subuh di puncak bukit ni. Masa tu gelap lagi..saya cepat-cepat pakai telekung solat di sebalik batu-batu ditemani oleh Kak Yus. Manalah tau..karang ada pulak orang jatuh gunung sebab terkejut tengok lembaga berkain putih di celah-celah batu kan. Padahal itu saya tengah solat..hihi..

Sampai sekarang saya masih lagi berasa bangga dengan achivement saya ni. Haha...kesian kan lah kita emak-emak ni memang over tau bila dapat kejayaan macam gini. Orang lain dah panjat Kinabalu pun tak heboh macam saya. Tak pe lah kaannn...kasik chance lah! Walaupun mata berkedut-kedut dah...berjaya makcik sampai ke puncak tau! Saya suka gambar ni...
Ok..ni dah turun dah ni. Kak Yus memang pandai ambik gambar tau.


Almost all of us that day. 

Overall - saya memang bersyukur sangat husband saya memang ah-may-zing. Sebab dia sanggup tolong jaga anak bila saya gila-gila nak berlari lah panjat bukit la gym la. Dia jugak bagi saya join gym ni. Dolly (gym owner) pun amazing sebab selalu buat aktiviti outdoor macam ni. Sebab tahu-tahu lah kan..kalau kita nak organized sendiri sudahnya baik tidur kan...

Bye!!!

P/S: Saya InsyaAllah akan naik Broga lagi December ni. Sapa nak ikut??


Thursday, 6 November 2014

Milo Breakfast Run 2014

Date : 20th April 2014

Venue : Perbadanan Putrajaya

Distance : 7km

Time: 58m28s

Hai ya'll - this time was very special for me. Sebab...saya berlari dengan 2 orang nephews saya. Budak-budak berdua ni dah besar panjang haa...ish..ish...nampak saya sungguh ketot di tengah-tengah diorang. 

My two kids sebenarnya jealous sangat sebab diorang dua orang tak dapat ikut ibu pergi race dengan Abang Ijat & Abang Imran diorang. Alahaaaii...kecik sangat sayang-sayang ibu ni. Nanti dah besar sikit mesti Ibu bawak ye. Dengan harapan Ibu belum terlampau kerepot lah masa tu. Saya memang plan nak train Ayong untuk race starting next year. Biar bila dia dah cukup umur & tenaga besaok mana tau dia boleh join full marathon kan. Tak macam Ibu dia umur dah hujung-hujung 34 tahun baru race untuk kali pertama..ish..ish..

Itu pun saya sebenarnya ada memasang cita-cita nak berlari half marathon sebelum saya berumur 40 tahun. Harapnya tercapai lah ye.


Or bibs

Imran yelah anak bongsu Kak Ngah saya. Memang manja niiihhh...kesayangan Kak Ngah. Macam-macam Kak Ngah pesan masa tu. Sebab dia takut Imran tak boleh berlari jauh-jauh macam tu. Come on Ngaahhhh jangan pandang rendah anak sendiri tau...hehe sebenarnye saya tahu dia bukannya pandang rendah pada anak dia...dia terlalu sayang...so dia kalau boleh mesti nak berlari sebelah anak dia sampai habis...

Kak Ngah siap pesan berbaku-bakul. Dia takut Imran terpengsan masa tengah berlari tu ke. Dia takut Imran nanti akan sampai yang paling last. Dia takut Imran nanti berlari sorang-sorang. Ngaahhh...ada 10,000 orang akan berlari sesama kami lah...

Lain pulak cerita budak dua orang tu. Being Izzat yang sya kenal, memang pendiam orang nya. 10 patah kita tanya sepatah je dia jawab. Huhu... tapi saya nampak Izzat excited masa tu. He talks a lot!! Wah..excited Mak Teh ye..sebab Izzat memang kurang bercakap kecuali dengan family je. Hehe..

Ni sebelum race. Muka masih berseri-seri.

Signature post wajib ada for my race collection

We did it!!! Both of them senyum nampak gigi....hihihih..happy lah tu!! 

I do hope..kalau ada rezeki nanti saya akan ajak lagi Imran & Izzat berlari dengan saya. Sekarang Izzat dah further study di Johor & Imran pulak next year dah nak SPM and pindah ke Ipoh. Sekurang-kurangnya both of them ada sweet memory with me. Can't wait for my boys to grow up nanti boleh pergi panjat gunung or berlari dengan anak sendiri.

Tata!!!

P/S: I'm still happy bila tengok gambar-gambar dengan budak berdua ni. :)






Wednesday, 5 November 2014

Hiking - Bukit Ketumbar - Cheras

Date: 5th January 2014

Venue : Bukit Ketumbar, Cheras

Can you believe that I have never hike in my life!! Eh..ada kot sekali Gunung Ledang. Tapi masa tu umur dalam 19 years old and we were looking for the nicer spot to berendam. So we hiked a bit. So I think that doesn't count lah kan?

So when my gym organized nak pergi hiking ni. Saya cepat-cepat setuju nak ikut. Walaupun saya terlewat sebab aa tah..lupa pulak..yelah cerita ni dah nak dekat setahun haha..baru nak masuk blog sekarang. Kami mendaki dalam 25-30 minit je. Penat jugak..berpeluh-peluh tapi sejuk je sebab ni macam hiking dalam hutan. Tak macam Broga Hill tu kalau lewat sikit daki memang panas terik!! So Bukit Ketumbar memang the best for beginner like me.

Ni tengah mendaki ni

Look!! Cantikkan?! Nampak satu KL maybe sampai ke PJ kot.

I still remember how I fell that day. Happy sangat sebab 1st experience kan. Memang balik dari mendaki tu saya terlelap kat sofa dengan tak mandi. Saya tidur 2 jam!! Anak-anak dengan husband takde masa tu. Keluar pergi mana entah. 

I look slim kan..hehe..baju ni baik kot. Tetiap kali pakai memang nampak kurus. Tapi saya memang belum kurus pun. Kalau dalam gambar kejap nampak slim, kejap nampak debab...haisshhh..

All of us.

Masa saya panjat Bukit ni kan...rasanya saya seorang je bangsa Melayu kat atas ni. Majority kaum Cina. Nope..saya bukan racist. Tapi saya tengok memang bangsa Cina lebih banyak rajin bersenam dan beriadah. Mungkin dah nature nye begitu ke? I mean diorang bersosial dengan cara begini. Tapi mungkin jugak locationnya kan. Sebab masa pergi Broga (nanti saya cerita di entry lain) memang ramaaaiii orang kita.

P/S: Sejak saya rajin post di FB pasal saya berlari, bersenam, masuk race & panjat bukit ni kan...ramai kawan-kawan kata diorang pun terasa bersemangat nak ikut bersenam sekali. Ramai jugak yang dah start berlari-lari sendiri. Good for you guys!!!