$

Wednesday, 29 October 2014

The Reason

Assalamualaikum - Hai!!!

Tak tau lah saya dah cerita ke belum pasal kenapa saya suddenly decided to exercise i.e RUN.

In January 2013, my husband bought me a weighing scale yang memang cantik. I don't know what is his intention sebab saya selalu check dengan dia saya cantik tak? Saya gemuk ke? Dia selalu puji saya cantik, saya tak gemuk. So I trusted him.

But incase you guys don't know - Pasa suatu hari yang indah, saya telah membawa anak-anak meneman saya shopping baju secara paksa-rela. Rumah saya memang 2km saja dari Parkson yg kecik tapi best sebab tak ramai orang & semua barang dia pun best lah di mata saya.

Actually jalan kaki pun boleh je kan nk pergi Parkson tu. Tapi masa tu sama pemalas & banyak lemak so..semestinya saya drive ke sana.

Ok - sampai saja di sana saya pun nak try lah few pants & blouses and off I went to the fitting room dragging my two sons with me.

Masa saya sedang try jeans tu, saya ingat lagi size nya yelah 31 (AARGHH). Saya berhempas pulas men-try lah nak zip. Finally saya berjaya zip lah. Tapi masyaAllah...perut saya melimpah-limpah. Anak saya yang bongsu tu Ayen nama dia dengan muka marah dia cakap "Ibu!!! kenapa ibu buat perut ibu gitu? Tak cantik...dah..jangan buat gitu lagi.!!"

OMG - dia ingat saya sengaja buat berlakon buat perut saya jadi boncet kot. Padahal dah memang begitulah hakikatnya sedih sungguh.

So since then...I decided that I have no other choice than to exercise lah... 


Update So far

Assalamualaikum.

OMG 2013-2014 rasanya tahun-tahun yang teramat busy dan macam-macam untuk saya. I have too much things in my plate. Semua segala benda nak kena buat & nak dibuat. I'm not complaining ye..cuma seriously...memang banyak benda berlaku.

I have abandoning my blog quite sometimes since June 2012 rasanya. Since I started my job in Bangsar South. Mind you right now pun saya dah pindah kerja. Masih lagi di Bangsar. Cuma berpindah office & company. The I private kan my blog because I feel guilty everytime I log in blog sendiri...heheeh..tak ada apa-apa update. 

I don't know where to start since there are sooo many things that I wanted to share. About my kids Ayong & Ayen, my works, my passion, my cooking banyaklah.

I love this blog sebab ada banyaaakkk cerita & memories that sometimes saya pun terlupa pasal cerita tu and after I browse through my own blog then I teringat semula memori tu (ye - saya memang pembaca tegar blog sendiri hehe). Kadang-kadang malu jugak sebab even my in-laws pun baca blog ni. But since saya dah lama tak update maybe diorang dah lupa kot pasal blog ni...heheeh

And I sometimes feel like apa yang I tulis tu dah tak kelakar dah. I'm not funny anymore? Or was I ever been funny before? Ke perasan? Entah lah...Tak apa lah..since memang I love to share my stories & experiences la moh la teruskan..

Anywaaayyyy...

Since my few last entries previously, saya ada janji nak share pasal cerita my new passion. So my next entry will be about that lah kot.

Stay tune!!!

Monday, 12 May 2014

Segmen Artis Jemputan: TunTun The Supermom


Kisah benar seorang pelari. (ini suma poyooooo.. hihihi)
Aku ibu kepada 3 orang cahaya mata. Dulu rutin rumahtangga aku bermula seawal 6.00 pagi. Menunaikan kewajipan terhadap Pencipta di awal pagi. Sibuk menyiapkan sarapan pagi untuk anak-anak dan bekalan untuk ke sekolah, menyidai pakaian yang semalam, dimesin dan menggosok baju yang telah kering semalam, menyiapkan diri untuk ke tempat kerja dan anak2 untuk dihantar ke taska serta tadika.
Waktu kerja dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang, isnin sehingga jumaat. Rutin kerja macam biasa. Melayan kerenah clients, kerenah boss, rakan sekerja dan macam-macam orang lah.
Pukul 6.00 petang, sampai rumah. Mulakan pulak tugasan sebagai chef handalan kepada anak-anak yang selalu nyanyi lapar. Sesambil tu bolehlah memulakan tugas mesin basuh yang sangat berjasa tersebut dan sambil menunggu lauk masak sambil melipat kain. Tup tap tup tap jam dekat pukul 8.00 malam. Ohhhh.. belom solat dan  mandi… zasssss.. mandi dan solat maghrib.. membaca beberapa helaian surah sementara menunggu waktu isya’.. masuk waktu aku pun solat.
Pukul 9.00 malam baru nak makan malam… No good… nasik pulak tu… siap makan kemas-kemas pukul 9.30malam. Masa untuk mengajar anak pulak… 10.30malam masa untuk tido.
Itulah rutin hidup aku sebelum ini…. Macam tak de masa untuk diri sendiri.. Tapi setelah diperli oleh seorang coach yang kejam, aku tersedar diri. Dari situ lah aku berazam untuk berlari dan mementingkan diri sendiri. Bukan untuk orang lain, untuk suami dan anak-anak juer. Aku percaya bahawa ibu/isetari yang gembira akan menjadikan anak-anak dan suami juga turut gembira.
Permulaan aku adalah setelah mendapat kebenaran oleh suami tercinta. “Abang, esok ayang nak pergi jogging kat kompleks sukan tu boleh?” Encik suami menjawab “Boleh.. “
 
Ting ting ting…. Masa tu suka sangat!! Impian menjadi kenyataan. Permulaan aku pada sabtu pagi bersama penyokong-penyokong tegar (anak-anak-anak) yang sibuk main di taman permainan sambil diawasi ayah.
Aku bermula pada 19 April 2014, aku berjaya berlari sejauh 2.45km selama 23 minit. Aku cukup berbangga dengan pencapaian ini. Walaupun baru 2.45km aku tetap kagum. Semenjak aku berumahtangga hampir 10 tahun, hari itu lah hari permulaan aku bersenam. Sebelum ni ada juer berlari tapi banyak jalan la.. lari 2 minit rehat 10 minit.. gitu je lah… tidak bersungguh… Coach aku Kevintan Zahra yang bagi banyakkkkk tips berlari.
"Berlari sampai setengah jam, jangan berenti jalan tak per jangan duduk, paham??!!"
Kena marah pun selalu… tsk tsk.. tapi aku sangat sayang kan coach aku itu…
Aku mula bercadang untuk berlari pada weekend, tetapi rasa macam tak puas. So aku memberanikan diri untuk meminta izin suami untuk berlari pada weekdays.  Sungguh memeranjatkan aku, suami aku memberikan kebenaran tanpa bertanya banyak. Ohhhh.. bertambah lagi aku sayang pada dia… hihi…
Semenjak dari itu lah aku rajin berlari. Sehingga ke hari ini aku dah berari sejauh 45km (dah sampai KL dah aku lari ni.. huhu).
Di samping itu juga, coach aku telah menghadiahkan aku sports attire reward kerana aku rajin berlari katanya. Lepas dapat hadiah aku lagiiiii bersemangat. Plus, berlari ni dah jadi macam addicted, kalau tak dapat berlari rasa macam nak melompat2 je… hihi… Aku berazam untuk join 10km race di Seremban bersama coach kesayangan aku pada bulan Ogos kalau tak silap. Aku akan gigih untuk training. Doakan aku dapat merealisaikan impian ye… Aamminnnn…
Walaupun sibuk berlari.. aku juer masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa.. tiada perubahan. Cuma terkejar-kejar untuk memasak pada permulaan. Tapi Alhamdulillah aku dapat melaksanakannya.
Thank coach Kevintan Zahra saya tersayang.
Muka gembira baru lepas berlari.
 
MK: Hehe...comel kan TunTun ni. Dulu dia pun ada blog. Tapi lepas dia buat entry pasal buat kuih masalavadei... dia dah terus tak update blog dah. Mungkin dia terlalu kenyang makan vadei...hahaha. Jangan marah Tun. 
FYI 'Kenvintan Zahra' tu saya lah....hehehehe
Bravo girlfriend!!! I'm proud of you. TunTun memang seoang ibu yang super caring memang selama ni tak pernah terpikir untuk buat sesuatu untuk diri sendiri. Dia memang buat semua benda untuk orang-orang tersayang je. Owwhhh...sayaaanggg dia. Tapi tengok!! TunTun berjaya buktikan bahawa kasih sayang dia tak berubah secubit pun kalau dia spend time tak sampai sejam je untuk diri sendiri - itu pun bukan ber-party-party pun...pergi berlari je..
Ibu happy - anak-anak happy, suami happy. Yeayyyy!!!! So come on girls!!!!! Let's parteeeyyyyy!!! (read: RUN)
Ok till the next 'artis jemputan', bye!!