$

Thursday, 26 May 2011

Wednesday, 18 May 2011

Milk a Deal - Spa Kelakar

Hi,

Remember hari tu MK ada cakap nak pergi spa? Well I bought the coupon through Milk a Deal worth RM48 dapat dead sea salt foot bath, salt scrub whole body & whole body massage. Tempatnya kat BB Plaza. Kami sampai sana pukul 1.30pm. Our 1st impression was like - err...ni spa apa nih? Macam menakutkan je. Spa dia ialah dalam kedai baju. Meaning, kena masuk kedai baju tu dulu pastu ada satu lagi pintu untuk ke spa tersebut. Dah la orang yang menyambut kami tu lelaki ok. Peramah pulak tu.

Manalah tahu tetiba ada rush ke..dengan kami 2 orang sekali kena cekup..ahahaha... But no lah... ini spa yang betul. Bukan yang bukan-bukan punya, just that it looked creepy & a bit cheap. Ngehh teruk explaination.

Appointment kami supposedly pukul 2.00pm but telah di-delayed-kan oleh taukeh itu ke pukul 2.30pm. Knowing me yang tak berapa suka tempat yang ramai-ramai orang. I pening kepalalah tengok orang bersesak-sesak macam there's no tomorrow to shop. Hari Isnin tengah hari pun ramai orang. Apa orang-orang ni semua tak kerjakah? (Eh..ko pun sama ok, cakap orang..hihi).

2.30pm - kami diterima masuk (cheehhh macam apa je ayat). Mula-mula foot bath. Dengan garam daripada laut mati katanya. Berbuih-buihlah mulut taukeh itu bercerita. Kami pun merendam kami dalam air tu. Siap ada rosses petals you all.... tapi petals tipuuu...plastic punya. MK & Mama (my colleague) tu tergelak-gelak ok. Kalau dah takde rosses petals yang original..tak payah letak pun tak pe kot. Kami tak marah. Hihihhi...10 minutes after that, dibawa masuk ke dalam tempat mandi-mandi garam.

Kena bukak baju semua..semuuaaaaaa ok. Err..tak pernah lah pulak gini kan. Pastu bilik tu ada 2 katil, ada curtain tengah-tengah. MK sebelah, Mama sebelah. Bilik tu kecik je bila bukak baju tu siap berlaga-laga lagi punggung kami. Kkekekeke..penat ketawa je 2 orang ni.

Pastu kena meniarap kat katil tu. Tetiba auntie yang massage Mama tu bukak curtain itu ok. Arghh...pasrah saja. Dua-dua muka ngadap bawah. Yang massage MK tu nasib baik amoi kecik je. Tapi kuat juer dia massage ok. Pastu dia agak sopan santun tolong tutup-tutupkan MK ni. Yang Mama punya takde belas kasihan rentap je towel Mama tu. Lagi sekali pasrah....muekeekekeke. Buat-buat tak nampak je lah ye Ma.

Bila dah siap semua dalam 90 minutes kami keluarlah. Gelak-gelak sebab rasa kelakar. Overall service dia ok. Badan rasa ringan je lepas tu & rasa bersih je sebab ada scrub bath katakan. Cuma maybe tempat dia menakutkan. Bilik kecik, siap boleh dengar orang lalu lalang kat luar. MK ngeri je kalau-kalau ada orang lain termasuk pulak bilik kami tu. Tapi takde lah orang termasuk pun.

Would I go again to the same spa? NO. hehehehe...

P/S:- I have another spa coupon kat Kota Damansara pulak. Yang ni maybe pergi dengan Kak Ngah. Jangan creepy macam yang ni lagi sudeehhh..


Monday, 16 May 2011

Dulu lupa nak post entry ni

Hai...ni gambar January ok. On my birthday hari tu. Gila lama simpan. apsal tak publish pun tak tau. So here goes:-

Colleague MK yang baik hati telah men-suprised-kan dengan Molton cake!! On my birthday. Suka!!!! Rasa nak nangis tapi tak macho pulak kang.

Rasa kelakar..but tiup jelah candle tu. Orang dah belanja jangan banyak cerita

Dia suruh posing potong-potong cake pulak. Layan saje.

Owh- Kami makan kat Delicious Jalan Tun Razak. Dekat-dekat office je.

Hers- dia vegan, so makan le sesayur je.

Ini makanan Maging (karnivor) haha. Itik...sedap! Nampak macam kecik je macam tak cukup tapi last-last seksa nak habiskan.

Pastu minum hot choc.

Kami gi 2 orang je. Jangan gossip pulak, my colleague pompuan ok. Dah pegi 2 orang je, so aku ambik gambar ko, ko ambik gambar aku.

T.P

P/S: Acid man sangat bermaharajalela sekarang ni ye. Ke-main lagi dia. Watch out girls!! (Peringatan kepada diri sendiri juer)