$

Wednesday, 5 January 2011

Kemamang, kami datang!

Salam Puan-puan,

Ini cerita 24/12/10. MK & family ikut rombongan kenduri kahwin ke Kemaman Terengganu. This was the 2nd time I went to Terengganu lah. The 1st time was like humpteen years ago masa my Angah Liza studied in ITM Kuala Terengganu.

Gerak pukul 9.00am. Sampai Kemamang pukul 5.00pm ok!!!!! 8 jam!!! 8 freaking hours! Sebabnya, kami naik dengan makcik-makcik yang mempunyai tangki yang kecil asyik selalu nak terkucil. Pastu setiap kali berhenti adalah lebih kurang 30-45 minit ok!! Anyhoo....perjalanannya amatlah menyeronokkan bagi semua orang especially Yen.

Kami dah janji dengan dia nak bawak dia naik bas since Jan 2010 ok. Hihihhi...akhirnya cita-cita Yen tercapai. Tahniah Yen!!!

Yen & Abg Ijat dia.

Hi-5!!!

Suasana dalam bas.

Warga emas duduk depan, Adult duk tengah-tengah, belakang skali kanak & teenagers. MK duduk di bahagian tengah tapi sedikit belakang. Adakah itu bermakna MK=remaja matang? hihi

Balong Faiz di make-up kan oleh adik dia Ms.Tasha

Sampai Kemamang, pukul 5.00pm. Kami menginap di Banglo Bank Rakyat. Lintas jalan ada kedai satar, kepok lekor bla..bla... S.E.D.A.P. Malamnya pulak bersiap-siap untuk ke Masjid Kampung Paya Berenjut - untuk majlis pernikahan Balong Faiz & Wahie

Ni pulak adik Balong, Bangah Syafiq namanya. Derang ni 4 beradik adalah super tinggi ok!!!

Lihat perbezaan Tasha dengan remaja normal


ayah bonda pengantin

The bride Ms.Wahie soon to be Mrs.Faiz

The akad. 1 kali lafaz saja. Bravo Balong!!!

Esoknya, hari besar di rumah pengantin perempuan pulak. Nak jadik cerita cincin kahwin MK hilang!! Huuuuu.....!!!!!

3 beranak berbaju bolang

MK bermata bengkak akibat kehilangan barang berharga. Dalam usahanya menarik Yen masuk ke dalam gambar, tapi beginilah hasilnya. Snapped by Bayong Adam

Yen sangat gembira dapat bawak bas

Tetiba MK kena bawak hantaran. Mula-mula dok belakang, pastu bila semua orang perasaan MK bawak Al-Quran, kena diri depaaaan sekali.

Makan beradap.

Kami gerak ke N.S dalam pukul 3.00pm. Sampai ke kampung pukul 12.00am. 9 jam ok!!!!! Overall, it was full of fun!!! Tapi MK takmo lah naik bas lagi jauh-jauh. Ponek!!!!

P/S: nanti MK masuk entry wedding Balong Faiz kat Seremban pulak...sangat grand!

Tuesday, 4 January 2011

Kepak Ayam Bermadu

Salam all,

Dah lama tak masakkan? Musim cuti sekolah & musim orang kawin. Fridge sentiasa penuh dengan lauk pauk kenduri (alasan malas masak). FYI restoren kegemaran saya yelah Johnny's. Makam steamboat yumm!!! Favourite steamboat dish yelah Golden Mushroom slice. Semestinya 2 bekas untuk saya sorang (tamak). Bayong suka fishball, crab ball, apa-apa ball lah. PakMir suka Thai belacan fried rice. Yen pulak suka golden honey chicken wings.

So - setakat teringin nak makan chicken wings terpaksa pulak ke Johnny's lagi baik MK buat sendiri je. Senang je, jom tengok resepi.

Bembahan:-
10 ketul chicken wing
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil gula (takmo letak pun tak pe)
2 sudu besar butter
2 sudu besar olive oil extra virgin

Cecara:-
  1. Bersihkan ayam. Masukkan semua bembahan KECUALI butter & olive oil. Gaul sekejap ketepikan untuk diperap lebih kurang 1/2 jam (lagi lama lagi best)
  2. Panaskan oven puan-puan ke 180' selama 10 minit.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam tray pembakar tu, pastu baru letak olive oil & butter. Letak je lah atas kepak-kepak ayam yang terpilih, hiks.
  4. Set timer ke 30 minit.
  5. Lepas 30 minit MK alihkan ayam ke atas para grill tu je. Sebab kanak dah jerit-jerit lapar.
  6. Jangan lupa letak tray kat bawahnya ye..kang meleleh-leleh kat dasar oven. Susah nak cuci.
  7. Terbalikkan ayam, bebaik ok...jangan sampai tercedera tangan!
  8. Tambah timer ke 30 minit lagi. Check lah ayam tu dah masak ke belom.
  9. Siap!!!
MK baked kentang sekali harung dengan ayam tu. Senang & sedap!!! Cantik & berkilat-kilat!! Nyummmmm!!


Happy 6th Birthday Bayong

Today is Bayong's 6th birthday. Dia nampak happy ke sekolah pagi tadi. Semalam yelah 1st day sekolah. Bayong cakap dia dapat jadi ketua tadika. Pagi tadi MK wish dia "Happy birthday ketua derjah" sambil tabik-tabik kat dia. Dia sengih je.

Celebration? Insyaallah Jumaat ni celebrate dengan kawan-kawan kindi dia. Bayong kata nak kek Ben10. Wokey...Ben10 it is son.

Malam ni maybe celebrate 4 org (MK, PakMir, Bayong & Yen) simple-simple one, tiup candles, potong cake & kasik present. Tsk..tapi belom beli!!!!!!

To Bayong : Ibu doakan Bayong jadi anak yang soleh, pandai, rajin, sihat selalu dan segala-gala yang terbaik untuk anak sulung ibu ni, ok Yong!! Happy Birthday Sayang!