$

Thursday, 4 March 2010

Bubur Malas

Hye y'all! What's up?

Kalau malas masakkan, pastu malas pulak nak keluar beli makanankan. Apa puan-puan buat? Berlapar? Kalau cuma kita ok kot buat gitu. Tapi kalau ada kekanak bagaimana ye? Kadang-kadang balik ke rumah sudah bersemangat nak masak. Tapi sampai-sampai saja ke rumah mood itu lenyap. Plingg!!! M.A.L.A.S.

Nak keluar beli makanan dah cuci muka pulak. Karang makcik jual nasi tu ingat pontianak datang nak beli nasi. Yelah, dah la datang maghrib kan. Lepas tu kena bawak dua orang kanak-kanak cergas itu. Adoiii laa...

Untuk bubur yang kali ni bahan-bahan yang digunakan ialah:-
1 genggam beras
1 btg carrot
4 helai sawi
2 biji kentang
1 kiub pati ayam
1 piring kecil ayam
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Cara-cara:-
  1. Tumis bawang putih & bawang merah menggunakan sedikit minyak.
  2. Bila dah wangi, masukkan beras, gaul sekata, dua kata atau tiga kata, hingga tidak boleh berkata-kata lagi. Tak la...tipu je..gaul sekata saja.
  3. Masukkan air sehingga air menjadi setinggi 1/2 periuk (MK guna periuk vision yg paling kecik tu) Puan-puan agak-agaklah kalau guna periuk besar jgn la pulak masukkan 1/2 periuk air ye.
  4. Campak semua bahan-bahan lain tadi. Hmmm masukkan elok-eloklah ye. Karang ada pulak puan-puan yang lurus campak semua bahan tu kang naya.
  5. Eh...kecuali sawi ye.. sawi masuk last.
  6. Kecilkan api. Pergi lipat kain yang dah timbun tinggi-tinggi everest tu. (Tsk...saya lah itu)
  7. Sekali sekala kacau bubur tadi.
  8. Bila dah masak (agak-agak dalam masa 20-30 minit kot) baru masukkan sawi. Kacau kejap 30 saat kot.
  9. Tutup api, hidanglah. Tapi jangan makan!! Panassssss....
Sedaplah, Ryan Bambam suka makanan orang malas ini. Janji nawaitu kita memberi anak-anak makan itu adalah baik. Hahahaha...tiba-tiba nawaitu, rasa guiltylah tu tak masak elok-elok. Pakmir pada malam itu MK suruh dia makan sebelum balik ke rumah dari office. Sebab dia tak suka bubur.

Dia tidak marah (kot). Eh..marah ke? ok lah...malam nanti MK masak elok-elok lah. Seperti Ayam Pancasitara (ade ke resepi tu? tak pernah dengar pun)

Itu saja...selamat masak!!




Wednesday, 3 March 2010

Rumahku Syurga Mereka

Keadaan rumah kecik kami semasa ketiadaan askar-askar aktif. Ini kira habis bersih dah ni. MK ingat nak cat dinding tu color kuning ke, brown ke. Tapi menurut PakMir, melihat keprihatinan Ryan melukis di dinding sekarang ini maka kami tangguhkan lagi niat untuk meng-color dinding rumah yang dah hampir 6 tahun kami duduk. Dulu nak cat tapi tunggu Abg Lon' besar sikit. Bila Abg Lon' dah besar, adik dia pulak tunjuk bakat melukis di dinding. Hmmm... nampaknya kena tunggu lagi.

Tiba di malam hari sewaktu askar-askar berada di rumah.......

Err... berkhemah di dalam rumah. Mudahkan? Segala peralatan disediakan oleh Bibik TanTan. Kalau lapar tak payah buat unggu api untuk masak. Jerit saja, terus bibik bawakkan biskut. Jangan lupa membawa pillow 'wangi' & blankie sewaktu camping ye adik-adik...nanti kerinduan. Tengok tu Ryan buat muka terkejut.

Ahh...Ryan berjaya menunjukkan giginya yang malas digosok. Err... macam mana nak suruh baby gosok gigi ye? Dia jelir lidah everytime MK nak gosok gigi dia. Last-last MK gosok guna jari je. Pastu dia telan ubat gigi Mukmin tu.

Ummm ok. Doakan MK masuk ke dapur semula!!!!

Tuesday, 2 March 2010

Birthday celebration

Salam puan-puan,

Owh, sebelum MK mula membebel dengan lebih lanjut "HAPPY BIRTHDAY to my beloved Kak Ngah!!! Lucky number 44 ye. Kenapa MK cakap lucky? Cuba tekan 4 tapi pakai capslock jadik apa? Answer = $$. weeeeeee.....Kak Ngah kayooo... semoga Angah sihat sejahtera bahagia kuat hadapi dugaan & tempuhi rintangan yang ada ye Ngah. Kami semua sentiasa menyokong & sayang Angah sikiiiiiit pun tak pernah berkurang sayang kami semua pada Angah. I love U Ngah (psstt...baju kurung yang tempah hari tu kasik discount ahh)


Ah - Kak Ngah share birthday cake dengan Ryan yang dah tak BamBam lagi. Ryan is 2 while Mak Ngah nye sila rujuk angka yang telah diwar-warkan di atas tadi. Karang sebut banyak-banyak kali kang sensitip pulak heheeh... Anyway, I do hope in future when I'm 40+ I'll be as pretty & slim as my Kak Ngah too. Abg Lon' pun sibuk juer nak tiup candles sebab dia kata masa birthday dia hari tu takde cake besar. Yelah kami dah bersuka ria kat genting masa 4 January lepas (nanti-nanti kalau rajin MK uploadlah pic nye orait).


(1) MK & ibu - yelah..yelah... itu baju MK pakai masa kat Jalan TAR ngan TunTun hari tu. Dah basuh dah...kering-kering je terus pakai balik. Habis tu, tu je baju lawa yang ada. Tsk..tsk..sedih. (2) Birthday girl yang gembira. Amira juer di-celebrate sekali harung birthday 20/2 hari tu. P/S - Kak Long - kalu tak suka Mak Teh letak pic ini sila beri komen. Nanti Mak Teh delete kalu tak suka. Kalu tak komen- means suka. (boleh?) Edited:- Okey-ada kawan tu tak suka nampak rambut Kak Long Mira. Sekarang sudah tidak nampak. Harap Kak Long ok. Muackkss!!!

(3) Birthday boy comot makan cake. (4) Present yang sangat disayangi - beg tarik-tarik. Selama ni Ryan asyiklah dok tarik travel bag MK yg besar giler tu. Siap besar sangat sampai dia pun boleh masuk dalam beg tu. Sekarang ni bolehlah MK simpan balik beg besar tu bawah katil.

(5) Ei..ei... kasut sapa yang comel sangat ni? Jawapannya = Kak Long Dina!!! yeay!!! Ibu dia Puan TunTun cakap Dina tidur bersama kasutnya. Auntie TanTan happy tengok kakak suka kasut itu. Nanti Auntie belikan hello kitty pulak okes!!!

Orait... jom keje!!!